Kekurangan zat besi boleh bantutkan tumbesaran anak, jangan main-main! Kenal pasti 6 simptom kekurangan zat besi ini supaya anak anda tidak ketinggalan.
Menurut Sarina Sariman, Pensyarah Jabatan Profesional Penjagaan Kesihatan , Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, MSU zat besi ialah salah satu nutrien yang mustahak dalam perkembangan diri si kecil. Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan.
Selain itu, zat besi memainkan peranan penting dalam perkembangan otak si manja terutama dalam pembentukan sel-sel saraf. Kekurangan mineral ini untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pertumbuhan si manja yang terbantut atau tidak mencapai pertumbuhan yang optimum.
PENYUSUAN SUSU IBU
Bayi perlu diberikan susu ibu secara ekslusif selama enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberikan bermula usia bayi enam bulan kerana keperluan zat besi si kecil semakin meningkat dan tidak hanya boleh ditampung oleh susu ibu semata-mata.
Amalan penyusuan susu ibu dan pemakanan yang seimbang sepatutnya tidak menimbulkan masalah kekurangan nutrien ini kepada bayi dan kanak-kanak. Pada tahap yang kronik, ia dinamakan anemia. Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang berhadapan dengan risiko menghidap anemia sejak awal lagi.
Ads
4 GOLONGAN KANAK-KANAK YANG BERISIKO MENGALAMI ANEMIA
Kanak-kanak yang dilahirkan sebagai bayi pramatang.
Bayi yang mana ibunya mengalami anemia semasa hamil.
Anak yang cerewet makan di mana mereka hanya memilih kumpulan makanan tertentu sahaja.
Anak yang hanya bergantung kepada susu ibu atau formula dan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Pergantungan ini berlaku selepas usia enam bulan tanpa makanan pelengkap.
Ibu yang menyusu juga disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan lengkap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berkualiti. Makanan yang kaya dengan zat besi boleh diamalkan.
TANDA-TANDA ANAK KEKURANGAN ZAT BESI
Anda boleh memerhatikan ciri-ciri ini pada anak. Ia adalah petanda bahawa anak anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan zat besi.
1.Pucat.
2.Kelihatan lemah.
Ads
3.Tidak bertenaga.
4.Perkembangan fizikal sangat perlahan tidak seiring dengan usianya.
5.Kurang fokus kepada sesuatu perkara.
6.Mudah terganggu emosinya.
Ads
ELAK ANEMIA PADA KANAK-KANAK
Kandungan zat besi yang rendah dalam darah (anemia) disebabkan diet yang tidak optimum boleh menjejaskan perkembangan mental dan fizikal si manja. Kanak-kanak atau bayi yang mengalami kekurangan mineral ini senang mendapat jangkitan kuman atau penyakit. Mereka juga mempunyai perkembangan yang lambat dan kenaikan berat badan yang sedikit. Selain itu, mereka kurang cergas dan tidak aktif melakukan aktiviti fizikal.
Amat mustahak bagi ibu bapa memberikan makanan yang seimbang kepada si manja sejak awal pengenalan kepada makanan pelengkap. Makanan dalam bentuk pepejal dan separa pepejal ini perlulah mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan.
PILIH MAKANAN PELENGKAP YANG SEGAR
Makanan pelengkap yang disediakan sendiri lebih baik kerana ibu dapat memastikan penggunaan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat sahaja untuk si manja. Sebagai alternatif, makanan pelengkap atau bijirin bayi komersil juga boleh didapati di pasaran, namun awas dengan kandungan gula dan sodium dalam produk yang dipilih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang bila kita suruh anak buat sesuatu dan anak tak nak atau susah nak buat apa yang kita suruh, sampai kita pula yang naik angin dan marah-marah, bebel kat anak….mungkin kita yang tak sedar satu perkara.
Ok berdasarkan perkongsian dari Dr Siti Ujila cara ibu bapa menyuruh antara salah satu sebab anak jadi susah nak ikut arahan.
Bila anak liat nak mengaji, mungkin kita yang tak perasan, cara kita semasa ajar anak mengaji garang mengalahkan guru disiplin dia kat sekolah.
Bila kita nak suruh anak lipat baju, bersihkan bilik, buang sampah dan anak muncung je mulut…mungkin kita tak sedar yang cara kita menyuruh anak itu yang buat mereka monyok.
Bahasa kita. Ayat kita. Nada kita. Memek muka kita.
Mungkin marah-marah, menyuruh macam big boss.
Kadang kita fikir anak degil, tak nak dengar cakap, tak nak ikut cara kita, tak nak buat apa yang kita mahu mereka buat…pernah tak kita fikir
“Mungkin cara aku yang salah”
Itulah kesilapan saya. Bila saya suruh anak macam saya ni ‘big boss’…monyok je muka dua beradik tu.
Tapi bila kena caranya…mereka sendiri akan suka buat apa yang saya suruh. Semua bergantung kepada kita sebagai ibu bapa.
Tak ada orang yang tak nak buat baik. Tak ada orang yang tak nak jadi baik.
Tapi mungkin cara kita yang tak kena…yang menjauhkan mereka dari kita.
Tegas memang perlu bila keadaan memerlukan. Tapi suasana yang menyeronokkan, membahagiakan, mendamaikan itu juga perlu. Bahkan sangat perlu dalam sesebuah keluarga.
Sumber: Dr Siti Ujila Official
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarkah perlu beri kasih sayang baru dapat kasih sayang? Sebenarnya fasa perkembangan anak yang pertama banyak kita ambil mudah.
Menurut Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa, anak banyak sebenarnya belajar dari ibu ayah tentang Regulasi Emosi masa dalam alam rahim lagi sehinggalah fasa 0 ke 6 Tahun.
Anak akan sukar kawal emosi atau hadapi fasa egosentriknya sekiranya kita yang dewasa yang sukar kawal emosi.
Perkembangan ini saya kongsikan dalam Mahir Didik Anak Bersama Nuhavengers
Dalam memahami emosi anak ini sebenarnya kita yang perlu faham emosi kita sendiri.
Masa sedang bergolak memang segeralah
➡️ Ambil masa untuk Tenangkan diri
➡️ Ambil masa untuk beri Cinta pada Diri
➡️ Terus teranglah pada diri kita perlu bantuan
Yes Bukan Anda sahaja hadapinya. Tidak kisah apa profession anda.
Sejujurnya profession jadi ibu ayah amanah paling besar. Menjadikan anak kita khalifah yang beri manfaat pada manusia lain.
Perjalanan masih jauh. Tapi destinasi kita sama sahaja.
Dan untuk mudahkan perjalanan itu, kitalah yang perlu beri CINTA dulu supaya lebih mudah anak Terima CINTA dan beri pada yang lain.
Jadi semuanya bermula dari Kita ibu ayah. Jadilah CINTA PERTAMA ANAK ❤️
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...