Kekurangan zat besi boleh bantutkan tumbesaran anak, jangan main-main! Kenal pasti 6 simptom kekurangan zat besi ini supaya anak anda tidak ketinggalan.

Menurut Sarina Sariman, Pensyarah Jabatan Profesional Penjagaan Kesihatan , Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, MSU zat besi ialah salah satu nutrien yang mustahak dalam perkembangan diri si kecil. Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan.

Jangan Main-Main, Kekurangan Zat Besi Boleh Bantutkan Tumbesaran Anak. Kenal Pasti 6 Simptom Ini

 

Selain itu, zat besi memainkan peranan penting dalam perkembangan otak si manja terutama dalam pembentukan sel-sel saraf. Kekurangan mineral ini untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pertumbuhan si manja yang terbantut atau tidak mencapai pertumbuhan yang optimum.

PENYUSUAN SUSU IBU

Bayi perlu diberikan susu ibu secara ekslusif selama enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberikan bermula usia bayi enam bulan kerana keperluan zat besi si kecil semakin meningkat dan tidak hanya boleh ditampung oleh susu ibu semata-mata.

Amalan penyusuan susu ibu dan pemakanan yang seimbang sepatutnya tidak menimbulkan masalah kekurangan nutrien ini kepada bayi dan kanak-kanak. Pada tahap yang kronik, ia dinamakan anemia. Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang berhadapan dengan risiko menghidap anemia sejak awal lagi.

Jangan Main-Main, Kekurangan Zat Besi Boleh Bantutkan Tumbesaran Anak. Kenal Pasti 6 Simptom Ini

IKLAN

4 GOLONGAN KANAK-KANAK YANG BERISIKO MENGALAMI ANEMIA

  1. Kanak-kanak yang dilahirkan sebagai bayi pramatang.
  2. Bayi yang mana ibunya mengalami anemia semasa hamil.
  3. Anak yang cerewet makan di mana mereka hanya memilih kumpulan makanan tertentu sahaja.
  4. Anak yang hanya bergantung kepada susu ibu atau formula dan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Pergantungan ini berlaku selepas usia enam bulan tanpa makanan pelengkap.

Ibu yang menyusu juga disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan lengkap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berkualiti. Makanan yang kaya dengan zat besi boleh diamalkan.

TANDA-TANDA ANAK KEKURANGAN ZAT BESI

Anda boleh memerhatikan ciri-ciri ini pada anak. Ia adalah petanda bahawa anak anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan zat besi.

1.Pucat.

2.Kelihatan lemah.

IKLAN

3.Tidak bertenaga.

4.Perkembangan fizikal sangat perlahan tidak seiring dengan usianya.

5.Kurang fokus kepada sesuatu perkara.

6.Mudah terganggu emosinya.

Jangan Main-Main, Kekurangan Zat Besi Boleh Bantutkan Tumbesaran Anak. Kenal Pasti 6 Simptom Ini

IKLAN

ELAK ANEMIA PADA KANAK-KANAK

Kandungan zat besi yang rendah dalam darah (anemia) disebabkan diet yang tidak optimum boleh menjejaskan perkembangan mental dan fizikal si manja. Kanak-kanak atau bayi yang mengalami kekurangan mineral ini senang mendapat jangkitan kuman atau penyakit. Mereka juga mempunyai perkembangan yang lambat dan kenaikan berat badan yang sedikit. Selain itu, mereka kurang cergas dan tidak aktif melakukan aktiviti fizikal.

Jangan Main-Main, Kekurangan Zat Besi Boleh Bantutkan Tumbesaran Anak. Kenal Pasti 6 Simptom Ini

Amat mustahak bagi ibu bapa memberikan makanan yang seimbang kepada si manja sejak awal pengenalan kepada makanan pelengkap. Makanan dalam bentuk pepejal dan separa pepejal ini perlulah mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan.

PILIH MAKANAN PELENGKAP YANG SEGAR

Makanan pelengkap yang disediakan sendiri lebih baik kerana ibu dapat memastikan penggunaan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat sahaja untuk si manja. Sebagai alternatif, makanan pelengkap atau bijirin bayi komersil juga boleh didapati di pasaran, namun awas dengan kandungan gula dan sodium dalam produk yang dipilih.

Jangan Main-Main, Kekurangan Zat Besi Boleh Bantutkan Tumbesaran Anak. Kenal Pasti 6 Simptom Ini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI