Banyak benda yang berada disekeliling kita sebenarnya terdedah kepada kuman dan virus. Terkadang kita terlupa sekecil-kecil perkara boleh membahayakan kesihatan anak-anak.
Nak makan kat kedai pastikan basuh dulu sudu dan garfu yang tersedia di atas meja !! Bukan apa, baru ni saya bawa anak dan isteri makan di kedai. Kebetulan benda ni jadi depan mata saya.
Geli, kotor dan bahaya !!
Saya ternampak ada seorang individu ni terbersin betul-betul tepat ke arah bekas sudu dan garfu ni.
Sepatutnya satu bekas tu kena basuh semula. Mana boleh biar macam tu je.
Ads
Virus, lendir, hingus dan air liur dah melekat kat semua sudu garfu yang ada kat situ. Kena basuh.
Aniaya kat orang lain yang nak guna nanti.
Ads
Tak semua orang basuh dulu sudu dan garfu yang ada terletak di setiap meja makan. Ramainya ambil terus suap ke mulut. Aduh, geli betul la.
Sepatutnya pemilik kedai makan elakkan letak bekas sudu dan garfu kat atas meja. Sebab anda tak tahu apa orang dah buat kat atas meja tu.
Kalau diorang nak buat aniaya pun bukan korang tahu. Nampak ringan sudu dan garfu je tapi kalau terkena boleh jadi kes naya ni.
Ads
Paling kesian sekali mestilah anak-anak kecil. Antibodi diorang bukan kuat sangat, senang-senang je boleh sakit kalau berjangkit bakteria dan virus dari sudu tu.
p/s : Tolong sampaikan meseg ini pada orang ramai supaya mereka boleh lebih berjaga-jaga dan tak teraniaya begini.
Malang tak berbau, walaupun kita mengelakkan anak dari masuk ke dapur, ada waktunya bahaya mengundang anak kita. Minyak panas atau air panas paling penting dijauhkan dari anak. Letaklah di tempat yang tinggi.
Namun jika ia terjadi, jangan cemas dan bertindaklah dengan pantas. Apa yang penting menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan, elakkan meletakkan benda-benda yang tidak masuk akal.
Ikuti langkah yang dikongsikannya jika anak melecur.
Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan. Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
◾Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
◾Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
◾Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Rawatan kecemasan awal betul adalah: 1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengambil berkat tujuh hari kelahiran, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu kepada orang ramai. Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” kongsi pasangan ini.
Dalam perkongsian tersebut, Mira dan suami turut berkongsi foto Wan Khair Amir daripada pandangan sisi dan menyertakan akaun Instagram bayi berkenaan.
Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri ini juga turut melakukan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka itu.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.
Mira dan anaknya berkongsi tarikh lahir sama mengikut kalender Islam. Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.
Cepat atau lambat luka pembedahan ketika melahirkan anak sembuh adalah bergantung kepada tahap ketahanan tubuh seseorang ibu itu sendiri.
Oleh itu, nutrien pemakanan yang anda ambil sepanjang berpantang sangatlah penting. Namun makanan sihat dan segar antara yang disyorkan oleh doktor sepanjang tempoh berpantang.
Makanan yang baik bukan saja boleh membantu luka jadi baik bahkan mengurangkan bengkak, lebam dan rasa sakit yang biasa dialami selepas pembedahan.
Makanan-makanan ini juga boleh mengurangkan masalah penghadaman yang berpunca daripada pengambilan antibiotik sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang disebabkan oleh ubat yang anda ambil.
Protein
Untuk membantu luka cepat sembuh dan tisu tubuh bercantum semula, kolagen adalah elemen penting bagi tujuan ini. Kolagen menggunakan paling banyak protein dalam badan.
Jadi, anda memerlukan 0.8 gram protein untuk setiap kilogram berat badan. Jika berat badan terkini anda 55kg, maka 44 gram protein diperlukan setiap hari.
Namun, selepas pembedahan, anda perlu ambil lebih banyak protein sebab luka perlu disembuhkan. Dianggarkan tambahan 1.5 hingga 2.0 gram protein untuk setiap kilogram badan diperlukan.
Makan banyak protein bukan bermakna setiap hari anda perlu makan daging (ayam atau lembu). Banyak lagi sumber protein baik yang lain seperti ikan dan kekacang.
Yogurt
Selepas prosedur pembedahan, doktor akan membekalkan antibiotik bagi mengelakkan risiko jangkitan. Seperti yang ramai tahu, antibiotik berupaya membunuh bakteria baik dalam sistem penghadaman. Sedangkan, bakteria baik membantu anda menghadam makanan dan menguatkan imun tubuh.
Tambah bilangan bakteria baik ini dengan mengambil yogurt. Namun, berhati-hati dengan minuman yogurt yang tinggi gula dan pewarna di pasaran.
Serat
Ubat penahan sakit, diet pemakanan yang berubah, dehidrasi, stres dan aktiviti fizikal yang terhad selepas proses pembedahan akan menjejaskan proses penghadaman.
Selain daripada itu, ibu perlu minum banyak air, makan buah prun juga boleh bantu mengurangkan sembelit. Hal ini kerana, prun adalah sejenis buah yang mempunyai kandungan serat mudah larut yang boleh melembutkan najis.
Makanan lain yang tinggi dengan serat seperti kekacang, oat, flaxseed, epal dan pir. Jangan dilupakan sayur-sayuran berdaun hijau.
Buah-buahan berwarna
Ada segelintir ibu lepas bersalin mengalami stres selepas pembedahan. Stres boleh menambah beban bahan teroksida dalam badan. Ia juga boleh menghasilkan radikal bebas yang rosakkan sel badan.
Walaupun anda sudah biasa mengambil makanan antioksida untuk kurangkan tekanan, ambil ia dalam jumlah yang lebih banyak selepas pembedahan. Anda boleh makan buah-buahan berwarna seperti strawberi, bluberi, raspberi dan delima.
Buah-buahan ini mengandungi anthocyanidins, bahan yang bukan sahaja meningkatkan kandungan vitamin C dalam tubuh tetapi turut menguatkan saluran darah dan kolagen badan.
Buah-buahan sitrus
Vitamin C adalah vitamin larut air yang membantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan dan apabila mengalami luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkannya.
Stres boleh hilangkan kandungan vitamin C dalam badan. Jadi, selepas pembedahan lebih vitamin C diperlukan. Jangan lupa ambil sumber vitamin C seperti buah sitrus seperti oren.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.