Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah tugas yang senang. Terutama anak lelaki.
Perangai setiap anak juga berbeza dan sebagai ibu bapa kita juga sedang belajar cara terbaik untuk mendidik anak. Bagi yang mempunyai anak lelaki boleh ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Dr Taufiq ini.
Anak lelaki mesti diajar masuk ke dapur
– Tempat anak lelaki bukan di depan TV, main PS4 dan menunggu makanan sampai ke riba sahaja. Itu adalah tanda anak dah mula nak jadi raja dalam rumahtangga
– Tempat anak lelaki bukan bertukang semata mata kerana memasak dan mengurus dapur juga adalah kemahiran & Life Skills yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jantina
Ads
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi anak yang lebih bertimbangrasa dengan pengorbanan ibu dan bakal isterinya kerana mereka tahu betapa renyahnya menguruskan makanan harian sekeluarga
– Anak lelaki yang selalu masuk dapur akan membesar menjadi suami yang cekap menguruskan keluarga ketika isteri sedang berpantang. Barulah tidak timbul isu lelaki memaksa isteri memasak dan menguruskan dapur ketika mereka masih dalam fasa berpantang
– Anak lelaki yang selalu ke dapur akan membuatkan mereka ada Sense of Responsibility. Mereka akan lebih bertanggungjawab dan tidak bersifat suka lepas tangan
– Anak lelaki yang selalu ke dapur tidak akan sesekali bertukar menjadi pondan kerana tidak ada satu kajian sahih pun menujukkan lelaki yang selalu ke dapur akan bertukar pondan. Malah lelaki yang pandai mengurus dapur lah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua keluarga yang mithali dan penyayang kepada ahli keluarganya sendiri
Soal zuriat, rezeki semuanya Allah dah tentukan. Sama ada cepat atau lambat Allah yang lebih tahu. Bersabar, tak cepat putus asa, akhirnya mesti ada manisnya.
Bagi Anzalna Nasir, dia tidak terkilan dengan pelbagai komen negatif serta mempersoalkan keupayaannya untuk mendapatkan zuriat.
“Komen-komen sedemikian tidak melemahkan semangatnya dan akan membuktikan satu hari nanti ada rezekinya sekeluarga.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu.
“Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah.
“Tak kisahlah nak kata apa, saya tak ambil berat pun orang cakap apa,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, jelas Anzalna dia tidak terlalu terburu-buru untuk mendapatkan zuriat memandangkan usia perkahwinannya baru memasuki dua tahun.
“Saya sudah usaha tapi Allah tentukan. No rushlah, baru dua tahun kahwin, tak cukup lagi masa untuk bersama suami.
“Biar puas-puas bersama, ada baby lagi best. Apapun, doa yang terbaiklah,” tambahnya.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak yang sedang membesar memang sukar untuk diberikan makanan berkhasiat. Malah ada juga ibu ayah yang terpaksa pula berdepan dengan anak-anak yang cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan kepada mereka.
Anak menolak untuk makan sayur atau buah itu biasa berlaku kepada ibu bapa masa kini. Lantas kebergantungan terhadap makanan segera yang boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan seringkali dihidapi oleh anak-anak.
Ibu bapa mana yang tidak risau melihat anak berterusan dengan tabiat makan seumpama ini sekali gus mencetuskan dilema buat mereka yang mahu anak membesar dengan sihat dan nutrisi mencukupi.
Lantas, ramai mengambil jalan pintas dengan memberikan pelbagai jenis makanan tambahan atau suplemen kerana berasakan anak mereka memerlukannya untuk memenuhi keperluan nutrisi bagi tubuh.
Pakar pemakanan, Fizah Sobri dalam perkongsiannya di Facebook menjelaskan apa fungsi sebenar suplemen yang diberikan kepada anak-anak kerana ramai ibu ayah salah anggap tujuan sebenar suplemen buat si kecil.
FAKTA SUPPLEMENT ANAK
‘Saya beli supplemen sebab anak tak cukup makan dari sumber real foods’
‘Saya bagi anak supplemen nak naikkan selera makan’
‘Saya bagi anak supplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana…’
Ada ke mommie tergolong dalam kumpulan di atas?
Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi supplemen dan menyalahgunakan supplemen tersebut untuk anak anak
Berikut fakta supplemen:
Supplemen yang dijual di pharmacy yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin
Tujuan
Untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu seperti
Sakit (demam ,selsema, iron deficeincy anemia etc)
2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc
3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma
TAPI SUPPLEMEN
TIDAK BOLEH Naikkan berat badan anak
Supplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori
Yang menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat,lemak dan protein.
Kalau ambil supplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya….
TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK tanpa real foods
Anda sentiasa fokus untuk ambil vitamin C nak kuatkan immuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa.
Ia MENYOKONG sistem immuniti tapi bukan pertahanan utama. Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit,tisu,darah dan macam macam lagi.
Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik
BUKAN UNTUK ANAK PANDAI
DHA banyak dalam bentuk supplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak.
Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja.
Stimulus datang dalam bentuk
– komunikasi
– hands in bermain
– problem solving (menyelesaikan masalah)
– main di luar
– bertanya
Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti. Mak ayah pun tengok fon je…mana datang stimulus komunikasi…
TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN
Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan.
Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia
Yang ada hanya dalam haiwan…
Anak anak akan berselera jika mereka
– makan on time
– aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya
– menu yang balanced
Maka zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak
SEMUA YANG ADA DALAM SUPPLEMEN ada dalam real foods
Galakkan anak makan real foods…
Antara tip untuk ibu bapa:
1. Jangan paksa anak untuk asik makan menu yang sama..asik nasi nasi nasi….kalau anak nak makan pasta silakan, tapi buatla jadi balanced
Sentiasa ada buah standby
Sentiasa ada air masak dalam botol standby
Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan,chocolate,gula gula..OUT OF SIGHT OUT OF MIND
Tahun 2021 yang semakin ke penghujungnya membuatkan kita terpaksa mencari altenatif baru untuk meneruskan perbelanjaan dengan sempurna.
Tabungan dengan konsep berjimat cermat dan disiplin dalam menabung antara yang perlu diamalkan oleh setiap dari kita agar dapat memastikan kita sentiasa punya wang untuk berbelanja untuk anak-anak dan keluarga.
Apa plan tabungan mak ayah untuk tahun hadapan? Tak perlu bersusah payah, tabungan simple dan ringkas tapi pasti menjadi ini memang satu cabaran yang memberi pulangan paling memuaskan hati.
Nak menyimpan macam mana? Trik mudah dengan enam konsep simpanan ini mak ayah perlu cuba. Menarik tapi agak mencabar.
Tabungan 1 RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
Tabungan 2 RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
Tabungan 3 RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
Tabungan 4 RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
Tabungan 5 RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM300.
Tabungan 6 RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM600.
Ringkas dan mudah tapi perlukan disiplin yang tinggi. Selain mak ayah, boleh juga meminta anak-anak melakukan konsep tabungan yang sama. Pasti bertambah seronok dan semangat anak menyimpan.
Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Selama dua hari penguna bakal menikmati pengecualian tol pada 23 dan 24 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas. Buat keluarga yang merancang nak pergi bercuti tu boleh lah mengambil manfaat tol percuma ni!