Bersempena hari lahir anak kesayangannya semalam, ucapan Sharnaaz Ahmad buat anaknya, Jebat Jayden menarik perhatian ramai.
Jebat Jayden yang menyambut hari lahirnya semalam bersama Sharnaaz yang turut sama berkongsi tarikh lahir sama diraikan dalam satu majlis yang cukup meriah.
Majlis bertemakan karton Smurf itu diraikan bersama keluarga besar bekas isterinya, Noor Nabila.
Namun apa yang menariknya pastinya ucapan Sharnaaz buat Jebat yang menyentuh hati ramai.
“Dear Boy, Baba sayang boy in everything baba buat dalam life. Baba kerja kuat pun untuk boy supaya boy boleh hidup senang.
“Tapi kena ingat, susah itu pun satu nikmat, nikmat untuk terus berjaya.
Ads
“Baba nak ada dengan boy sampai boy dah tak perlukan baba dah, tapi boy tetap akan jadi little slipknot baba for then rest of my life.
“Nanti dah besar jangan malu kalau baba jalan slow, baba cakap ulang ulang macam baby sekarang.
“Nanti dah pandai baca, baca balik apa yang Baba tulis ni na, Jangan malu bila Baba dah tak selincah sekarang na. Baba love you always sayang baa,” tulisnya.
Ads
Bukan itu sahaja bahkan kehadiran Sharnaaz yang turut sama meraikan hari lahir Jebat bersama keluarga Nabila dipuji ramai.
Walaupun sudah berpisah namun sikap profesional Sharnaaz dan Nabila dipuji demi memastikan Jebat sentiasa gembira dan bahagia.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut setia Sharnaaz turut terharu dan sebak dengan ucapan bersahaja namun punya maksud mendalam dari Sharnaaz.
Ads
Semoga Jebat Jayden menjadi anak yang baik dan terus membahagiakan ibu dan ayahnya.
Tak salah pun kalau kita nak obses dengan anak sendiri! Semua yang anak buat terutamanya waktu dia baru lahir, kita akan rakam untuk dijadikan kenangan. Yalah, anak-anak ni cepat membesar. Tak lama pun, tahu-tahu anak dah masuk sekolah.
Selagi ada peluang nak abadikan momen indah bersama si manja, buatlah. Bila dah besar nanti dah tentu segala senyum, tawa dan tangisan mereka akan kita rindui.
Terbaharu melalui perkongsian video di TikTok intannurazieka, ibu secara tak sengaja merakam riak wajah comel bayinya yang dikatakan ‘menurun’ dari si ayah.
Suami Suka ‘Buat’ Muka
Ketika mengandung, dia selalu merakam tabiat suaminya yang suka membuat mimik muka lucu.
“Masa tengah pregnant laki asyik dok buat muka cemni.”
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.
“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.
“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.
Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar.”
Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.
Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam. -Bernama
Pa&Ma: Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab serta mengambil berat soal keselamatan orang lain, ikut setiap arahan yang dikeluarkan pihak berwajib.
Elakkan dari berkumpul di satu-satu kawasan sehingga membentuk sebuah perhimpunan atau keluar merentas negeri.
Setiap apa yang kita lakukan hari ini mungkin meninggalkan kesan buruk kepada diri sendiri atau orang lain pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tular gambar fotogenik bersama kerbau kesayangan, Syukor, ‘Mowgli Malaysia’ kembali tarik perhatian. Suatu ketika dahulu, pernah tular gambar ikonik seorang kanak-kanak bersama kerbau ternakannya. Gambar tersebut bukan sahaja mencuri tumpuan ramai, malah mencipta fenomena yang luar biasa.
Syukor, ‘Mowgli Malaysia’ Pernah Tular Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan
Keunikan hubungan erat antara kanak-kanak dan haiwan peliharaannya berjaya menarik perhatian dunia dan diiktiraf dalam pelbagai pertandingan fotografi peringkat antarabangsa.
Gambar itu mula terkenal selepas dipilih untuk dipamerkan di Austrian Cultural Forum, Itali, sebagai sebahagian daripada himpunan gambar terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan, bukan sahaja kepada jurugambar yang mengambil gambar tersebut, tetapi juga kepada kanak-kanak yang menjadi subjek utama dalam karya tersebut.
Tidak terhenti di situ, gambar tersebut turut memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards dalam kategori Wajah dan Karektor Menarik. Anugerah ini mengiktiraf kekuatan emosi dan ekspresi wajah yang ditampilkan dalam gambar, memperlihatkan keistimewaan hubungan antara manusia dan haiwan.
Selain itu, kejayaan gambar ini diteruskan apabila ia dinobatkan sebagai pemenang Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People). Pencapaian ini mengukuhkan lagi status gambar tersebut sebagai karya yang tidak hanya indah dari segi visual, tetapi juga membawa makna mendalam tentang kehidupan dan keakraban manusia dengan alam sekitar.
Difahamkan, kanak-kanak yang berusia 14 tahun dalam gambar tersebut ialah Mohd Syukor Khamis, yang terkenal dengan hubungan erat bersama kerbau-kerbau ternakannya. Syukor, dengan wajahnya yang tenang dan penuh kasih sayang, telah berjaya menawan hati jutaan orang melalui gambar tersebut.
Hubungan uniknya dengan kerbau telah menjadi simbolik kepada keakraban manusia dengan haiwan, memperlihatkan nilai-nilai kasih sayang, kepercayaan, dan penjagaan.
Kejayaan gambar ini bukan sahaja mengangkat nama Syukor, tetapi juga membuka mata dunia kepada keindahan dan kekuatan hubungan antara manusia dan haiwan. Ia adalah peringatan tentang pentingnya memelihara dan menghargai alam sekitar, serta bagaimana hubungan ini boleh mencipta kenangan indah yang dirakam dalam gambar.
Gambar ikonik Mohd Syukor bersama kerbaunya akan terus dikenang sebagai lambang kasih sayang, keakraban, dan kejayaan yang mampu melangkaui sempadan budaya dan geografi.
Ia merupakan inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat, bahawa kasih sayang kepada haiwan dan alam semulajadi mempunyai keindahan dan makna yang tidak ternilai harganya.
Kembali Tarik Perhatian
Baru-baru ini, Syukor kembali menjadi perhatian apabila GIATMARA Malaysia menerusi laman Facebook berkongsi gambar terkini ‘Mowgli Malaysia’ itu sebagai salah seorang pelajar di institut tersebut.
“Macam kenal? Mungkinkah dia? Raut wajah ini seperti insan dikenali yang pernah tular satu masa dahulu.
“Kini beliau telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama 6 bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.
“Beliau telah beraksi di Ekspo TVET@KKDW dalam pertandingan servis motosikal yang diadakan di Melaka tempoh hari.
“Dengan jolokan ‘Mowgli Malaysia’ sebelum ini, beliau kelihatan selesa bersama peliharaannya yang kelihatan begitu akrab dan bersahaja.
“Ya benar! Beliau adalah Syukor Khamis- ‘The Kampung Boy’ yang pernah tular bersama kerbau kesayangan sejak beliau masih kecil lagi,” tulis hantaran di laman Facebook.
Tambah GIATMARA, Syukor memilih bidang kemahiran motosikal kerana ingin meneruskan legasi keluarga yang memiliki bengkel motosikal sendiri.
Berikut hantaran di TikTok GiatMara:
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai warga maya yang kagum dengan perkembangan terkini Syukor.
Ramai yang tidak menyangka kanak-kanak yang pernah membintangi telemovie “Budok Kuba” itu kini telah dewasa.
Berikut antara komen-komen warga maya di laman Facebook GiatMara:
“Hebat anak bangsa. Beginilah yang selalu kita harapkan pada anak bangsa. Tak pandai akademik tak mengapa tapi bijak dalam bidang yang lain. Jauhi dadah.. Tahniah MARA. Terus terang. MARA Memang terbaik dan banyak membantu anak bangsa.”
“Selamat Maju Jaya the Kampung Boy.”
“Wahhhhh! Dah remaja Syukor.”
“Syukur Khamis the kampung boy.”
“Alhamdulillah, selamat maju jaya.”
Sumber: Facebook GIATMARA Malaysia TikTok GIATMARA dan Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy