Semasa solat, itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah. Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu.
Ibu bapa yang ada anak kecil, semestinya tidak pernah akan terlepas untuk merasai pengalaman seperti anak menangis, memanjat di belakang, tiba-tiba datang duduk di depan, tarik telekung, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.
Itulah yang dihadapi oleh suami pelakon dan pengacara Yana Samsudin, yang berkongsi telatah anak Mateen di laman Instagram miliknya. Pada awalnya, Yana yang tiada di rumah cuba menghubungi suaminya, Fadhil Zahari tapi tiada sebarang jawapan.
Oleh sebab itu, Yana mengambil tindakan untuk menonton di cctv rumahnya dan melihat gelagat anaknya sedang ‘menganggu’ suaminya solat bersama-sama.
Perkongsian ini turut mendapat perhatian pengikut Yana di ruangan komen yang menceritakan kembali pengalaman mereka.
TIP MEMBANTU IBU KUSYUK DALAM SOLAT
Bacakan doa.
Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘pengganggu’ waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.
Mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk kusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa’ yang ma’tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.
Ads
Pesan.
Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Muslim).
Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik. Misalnya:-
Ads
“Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat”
“Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat”
Bila dah besar sikit, boleh tanya,
“Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?”
“Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?”
Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ni kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.
Letak sejadah.
Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ad sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.
Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil “modelling” yang bermaksud “learning through observation and imitation of a model” (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera parah selepas parah terlibat kemalangan jalan raya di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, Klang dekat sini semalam.
Kredit video: Perak Today
Video insiden berdurasi seminit itu tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak berbaju t-putih dan berseluar merah dan rambut tak diikat berdiri pantau di tepi jalan sebelum berlari melintas jalan secara tiba tiba sebelum bunyi perlanggaran itu berlaku.
Pemandu salah sebuah kenderaan yang diparki bersebelah tempat kemalangan itu menjerit meminta tolong sebelum beberapa penduduk kampung dipercayai ahli keluarga mangsa berlari ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.
Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian berlaku pukul 5.45 petang itu mangsa dilanggar seorang pemandu wanita berusia 21 tahun yang menaiki Perodua Kembara.
“Semasa kejadian seorang kanak-kanak di Kampung Delek Kanan yang lari bersama beradiknya sebelum berhenti di tepi jalan sementara dua buah kenderaan lalu di hadapan mereka.
“Mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan yang berdiri di tepi jalan melihat pergerakan kenderaan di kedua-dua arah sebelum secara tiba-tiba berlari melintas jalan.
“Ketika itu Perodua Kembara dipandu kerani itu terkejut kemunculan kanak-kanak itu secara tiba-tiba melintas dan tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun telah cuba untuk membrek kecemasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Akibat perlanggaran itu mangsa telah tidak sedarkan diri terlantar atas jalan raya.
Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut dan mengalami kecederaan organ dalaman yang parah.
“Mangsa mengalami pendarahan pada limpa dan kecederaan usus sebelum mangsa segera dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar,” katanya.
Manakala pemandu wanita itu tidak mengalami kecederaan dan kenderaannya mengalami kerosakan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi No.1 tanah air, Dato’ Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sayangnya yang mendalam kepada cucunya, Arif Jiwa Asyraf anak kepada Asyraf Khalid dan pelakon, Tya Arifin.
Perkongsian itu dikongsi melalui instagramnya bersama-sama video sempena dengan hari istimewa, hari lahir buat Arif Jiwa Asyraf.
Harini tarikh yang sangat istimewa buat permata hati @tyaarifinnw & @asyrafkhalid .. Sebenarnya , ikut perkiraan Doc..Aafiyah lahir harini iaitu sama tarikh dengan @arifjiwaasyraf ..(Tapi aafiyah keluar awal)..
Arif istimewa buat Umi Ti kerana dari Arif Umi Ti dapat tumpang rasa naluri keibuan.. (sebelum aafiyah lahir) Umi Ti belajar banyak perkara dari Ibu Arif @tyaarifinnw .. Doa Umi Ti Arif menjadi anak yg soleh, sentiasa hormat Ayah & Ibu serta berjaya dunia & akhirat … aamin ya rabb… Love u @arifjiwaasyraf#videomasaumitipregnant
Sebelum ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sudah melakukan rawatan IVF sebanyak 5 kali selama 10 tahun dan gagal sebelum akhirnya berjaya hamil dan melahirkan cahaya mata yang sangat comel dan popular bernama Siti Aafiyah Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
Dato Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah. Perkahwinan terdahulu Datuk K dikurniakan 4 anak lelaki, 3 telah berumah tangga dan seorang lagi masih bujang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini Yana Samsudin, pernah berkongsikan dia dan suami, Fadzil Zahari sedang berusaha mendapatkan cahaya mata kedua bagi membolehkan anak lelakinya, Aisy Mateen, 2, mempunyai teman bermain.
Yana yang juga seorang pelakon dan pengacara berkata, dia dan suami, turut menjalani rawatan bagi membolehkan mereka menambah anggota keluarga.
Katanya, dia kasihan melihat Aisy yang bermain tanpa teman dan setiap kali berjumpa dengan kanak-kanak lain, dia akan panggil abang dan kakak.
“Setakat ini saya dan suami bukanlah membuat perancangan keluarga. Cuma, sejak tahun lalu dah berusaha walaupun belum lagi berhasil.
Malah menerusi instagram suaminya, Fadzil ada memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang ada makna disebaliknya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.