Semasa solat, itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah. Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu.
Ibu bapa yang ada anak kecil, semestinya tidak pernah akan terlepas untuk merasai pengalaman seperti anak menangis, memanjat di belakang, tiba-tiba datang duduk di depan, tarik telekung, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.
Itulah yang dihadapi oleh suami pelakon dan pengacara Yana Samsudin, yang berkongsi telatah anak Mateen di laman Instagram miliknya. Pada awalnya, Yana yang tiada di rumah cuba menghubungi suaminya, Fadhil Zahari tapi tiada sebarang jawapan.
Oleh sebab itu, Yana mengambil tindakan untuk menonton di cctv rumahnya dan melihat gelagat anaknya sedang ‘menganggu’ suaminya solat bersama-sama.
Ya Allah!!! patut la call tak angkat… tengok cctv diorang tengah solat
???
@AisyMateen @FadzilZahari
#MateenDanDadi
Perkongsian ini turut mendapat perhatian pengikut Yana di ruangan komen yang menceritakan kembali pengalaman mereka.
TIP MEMBANTU IBU KUSYUK DALAM SOLAT
Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘pengganggu’ waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.
Mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk kusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa’ yang ma’tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.
Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Muslim).
Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik. Misalnya:-
“Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat”
“Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat”
Bila dah besar sikit, boleh tanya,
“Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?”
“Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?”
Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ni kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.
Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ad sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.
Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil “modelling” yang bermaksud “learning through observation and imitation of a model” (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.
SUMBER: Yana Samsudin