Kita mudah sangat rasa geram dan marah pada kanak-kanak yang tak reti duduk diam, tak kiralah sama ada anak sendiri atau anak orang lain.
“Hishh budak ni terlompat sana, terlompat sini. Baru duduk sekejap dah berlari. Mak dia ni tak tau ajar ke anak duduk diam.” marah kita dalam hati bila ada kanak-kanak yang tak reti duduk diam di tempat awam.
Kalau anak sendiri yang berperangai sedemikian, kita pun akan tegur dan marah mereka supaya duduk diam seketika. Namun ia bagaikan bercakap di angin lalu sebab anak tetap dengan karektornya yang lasak dan aktif. Aduh pening kepala!
Jangan marah atau cepat melabel anak jenis tak reti duduk diam ini sebagai nakal dan tak makan saman tapi fahami dulu karektor mereka dan sebenarnya mengapa mereka tak reti duduk diam.
Semoga penerangan dari Dr.Taufiq Razif dapat membuka minda ibu ayah dan masyarakat sekeliling terhadap kanak-kanak yang aktif, lasak dan tak tahu duduk diam. Mereka bukan tak boleh berjaya cuma perlukan cara didikan yang betul dan kena dengan caranya, InsyaAllah mereka akan cemerlang dunia dan akhirat.
APA ITU KECERDASAN KINESTETIK?
Kecerdasan kinestetik ataupun biasa disebut Body Smart ni adalah kemahiran dan bakat yang sangat istimewa. Cuma yang sedihnya ramai anak dengan bakat ni disebut sebagai anak nakal dan juga anak yang tak reti duduk diam.
Bukan!
Anak yang ada kecerdasan kinestetik ni memang belajar dan meneroka dunia melalui pergerakan tubuh dan anggota badan. Anak yang tinggi Kinestethic Intelligence ni disebut dengan Tactile Learners.
Si comel kita yang tak reti duduk diam tu kemungkinan seorang Tactile Learners yang mana mereka perlu melompat, belari, berjoget dan berguling-guling untuk menukarkan informasi dan ilmu tu kepada memori yang tertanam kukuh dalam otak mereka.
SUSAH FOKUS KALAU KENA DUDUK DIAM JE
Ibu bapa dan cikgu pun perlu faham yang seorang anak yang mempunyai kecerdasan Kinestetik yang tinggi ni memang susah nak belajar hanya melalui kuliah,ceramah dan demonstrasi yang mana mereka terpaksa duduk diam je.
Mereka memang tak boleh! Mereka jadi bosan dan muram! Jadi kalau nak mereka belajar, kena bagi mereka aktiviti yang membuatkan mereka bergerak.
Banyak ciri-ciri anak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi ni antaranya mereka suka aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berenang, naik basikal, melempar bola, tangkap bola dan berlari. Mereka jenis yang sensitif dengan persekitaran mereka, mereka menghargai tekstur benda yang dipegang, mereka tak takut pun tangan mereka kotor dengan debu dan tanah dan juga mereka suka sangat cabaran fizikal bila buat sesuatu.
Nak senang, tengok je anak kita ni jenis camne. Kalau jenis tak reti duduk diam kalau belajar, suka panjat-panjat kerusi, suka berlari sana sini, suka naik dan panjat tangga dan suka menari tu ada kemungkinan besar anak kita tu jenis yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi la tu.
Jangan main-main dengan anak yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi ni. Kalau digilap dengan cermat suatu hari nanti mereka berpotensi untuk menjadi seorang atlet sukan yang tangkas hingga la kepada pekerja yang cekap dan mahir. Jangan pandang rendah pada bakat dan kecerdasan terpendam anak kita ye.
Sumber: taufiqrazif.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI