Selalu kita terlupa akan hal-hal kecil yang semacam ini. Walau kita sibuk macam mana sekalipun, jangan biarkan emosi anak kosong dek rasa emosi dan kemarahan kita yang tidak stabil.
Jangan hamburkan kemarahan kita pada anak yang tidak tahu apa-apa. Anak kecil kita terkesan! Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, belajarlah untuk mengisi sebaiknya tangki emosi anak kita yang kosong. Ini yang boleh mak ayah lakukan.
Terharu sungguh masa saya baca komen seorang ibu ni baru-baru ni. Ibu ni bercerita, dia ada seorang anak lelaki yang baru berusia 3 tahun. Tapi dia sedih sebab perangai anak tu selalu buat dia tertekan dan sakit kepala.
Suka sangat menjerit-jerit, rampas barang dari adik beradik dia dan kadang tu sampai ke tahap memukul orang lain.
Namun sejak musim wabak yang teruk itu hari, si ibu dapat luangkan banyak masa dengan anak yang seorang ni di rumah. Tiap pagi ibu ni akan amal ucapkan salam pada anak kecil tu. Sambil peluk dan usap ubun ubun anak tu sekali.
Tiap-tiap hari dia buat perkara yang sama. Konsisten. Terkejut besar ibu ni sebab dia mula perasan perubahan sikap si anak tu ketara betul. Berubah 360 darjah!
Dah tak ada adegan rampas merampas, pukul memukul dan menjerit jerit yang menyesakkan jiwa. Mudah benar nak dengar kata dan ikut arahan sekarang ni. Makin baik pulak tu dengan adik beradik yang lain. Syukur sangat sangat!
Ads
Jadi betullah apa yang saya percaya selama ni. Kalau kita nak anak anak kita tunjukkan sikap kasih sayang, mereka kena rasa perasaan dikasihi dan disayangi tu dulu. Barulah mereka dapat nak berkongsi kasih sayang tu dengan orang lain.
Nak tak nak, kita sendiri pun kena alert bila nampak anak kita tu dah mula jadi – gelisah – suka merengek – asyik nak bergaduh – kerap memukul mukul – selalu kacau kita dan orang lain
Boleh jadi sebenarnya masa tu Tangki Emosi (Emotional Tank) dia sedang kosong dan dia nak kan perhatian supaya jiwanya rasa terisi.
Ads
Sebab tu lah sebagai mak ayah, at least kita usahalah jadikan pelukan (physical touch) ni sebagai rutin wajib dalam rumah kita setiap hari. Paling mudah, tiap kali lepas solat terus je usap kepala, cium dahi dan peluk si kecil tu.
Walaupun simple, tapi aktiviti tu lah yang buatkan beberapa jenis hormone penting seperti Oxytocin & Endorphin akan terembes seterusnya bantu bahagiakan emosi kita dan anak anak.
Cubalah amalkan ilmu ni ye. Rasai betapa hebatnya kesan pada anak anak kita sendiri.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu bapa kita memang nak yang terbaik untuk anak-anak. Kadang-kadang bila kita memarahi anak-anak atas kesalahan yang dilakukan dengan kemarahan yang membuak-buak, menjerit memarahi membuatkan kita terlupa bahawa kesalahan dia tidak lah sebesar mana pun.
Ibu bapa mana yang tak menyesal selepas memarahi anak bukan? Marah anak itu perlu sebagai proses pembelajaran mereka, tapi jangan sehingga memaki dan boleh mencalarkan emosi anak-anak.
Semalam Aku Rasa Marah Sangat Dengan Anak Aku, Tapi Anak Minta Maaf
Kita Hari-Hari Mendera Mental Anak-Anak
Kita Bila Anak Nak Sembang, Acuh Tak Acuh, Sibuk Dengan Henset
Diakhirnya, Anak Tertanya-Tanya Mak Ayah Sayang Tak Dia Sebenarnya
Ubah Tabiat Sikit-Sikit Nak Maki Anak-Anak, Bukan Tak Boleh Marah Tapi…
Memandangkan aktiviti untuk anak bermain di luar rumah agak terhad sekarang ni atas faktor masa dan keselamatan, kebanyakan ibu bapa lebih selesa untuk anak berada dalam rumah.
Melainkan jika hari cuti hujung minggu atau cuti sekolah baru ibu bapa dapat merancang aktiviti menarik untuk anak seperti bawa ke pantai, taman permainan atau bercuti ke mana-mana lokasi percutian menarik.
Disebabkan kekangan ini, masa anak-anak lebih kepada televisyen atau gajet. Jadi aktiviti untuk sensori agak kurang dilakukan. Bagaimanapun, jika ibu bapa kreatif, sebenarnya ada aktiviti santai yang mudah dan sangat bermanfaat untuk anak-anak.
Perkongsian Puan Natrah Mohd Isa ini boleh anda cuba untuk anak-anak dengan buat sendiri pasir daripada tepung gandum.
DIY MOON SAND
2 kg tepung gandum
2 cawan minyak kelapa
1 botol pewarna
Alhamdulillah tak dapat pergi pantai pun tak apalah, dapat anak-anak main pasir kat rumah. Pasir ni selamat kalau termakan pun, cuma masih perlu pantau rapi dari ibu bapa ye, sebab choking hazard.
Main pasir ni elok untuk anak-anak punya sensory skill ye. Lagi best kalau ada mainan pasir macam ni.
Oh ye! kalau nak tahan lama, elok microwave kan dulu dengan suhu sederhana kira-kira 15 minit. Lepas main boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Sebagai ibu bapa, anda pasti setiap anak bersatu hati, saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi.
Memang kadang-kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka. Namun, jika anda sejak daripada awal, sudah mendidik mereka erti kasih sayang antara adik-beradik, tidak mustahil mereka akan berbaik dalam masa yang singkat lantaran tahu menilai kasih sayang yang telah anda terapkan dalam diri mereka.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan semasa anak-anak anda masih lagi kecil. Diharapkan ia dapat membantu anda membina hubungan adik-beradik yang kukuh sepanjang hayat.
1. Makan bersama
Dalam sehari, pastikan anda dan anak-anak berkumpul seisi keluarga untuk makan bersama-sama. Selesai makan, anda dan mereka boleh saling berbual dan bercerita tentang apa sahaja yang berlaku pada hari kejadian. Dengan yang demikian, semua ahli keluarga berasa seronok apabila dapat terlibat dalam aktiviti seharian masing-masing.
2. Jaga antara satu sama lain
Sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga diri mereka antara satu sama lain. Yang lebih berusia perlu tengok adiknya yang lebih kecil. Malah anak yang lebih muda pun boleh melakukan perkara yang sama juga.
Sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik. Begitu juga adik. Perlu juga jaga abang atau kakak.” Percayalah jika dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini kepada anak-anak, apabila mereka dewasa kelak, pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka.
3. Berlaku adil
Tanpa sedar, kadang-kadang ibu bapa itu sendiri berlaku tidak adil kepada anak-anaknya.
Paling biasa dilakukan ialah apabila adik buat silap, kakak atau abangnya akan dipersalahkan. Hal sebegini akan membuatkan anak yang tua berasa kecil hati dan berdendam kepada adiknya.
Sama juga halnya apabila membeli sesuatu barangan. Pastikan anda sentiasa berlaku adil. Hal ini penting untuk tidak menimbulkan perasaan cemburu di antara mereka. Tidak kira apa-apa pun, sebenarnya setiap anak mahu dihargai secara sama rata. Untuk itu, anda perlu bijak mengawal keadaan.
4. Tolong-menolong
Biarpun anak-anak masih kecil tetapi sikap tolong-menolong perlu diajar daripada awal. Antara yang boleh anda lakukan ialah meminta adik dan kakak atau abangnya sama-sama mengemas alat permainan yang telah digunakan semasa bermain bersama-sama. Sambil mereka mengemas, jangan lupa selitkan kata-kata pujian kepada mereka. Pastikan mereka bangga dapat berbuat baik sesama sendiri.
5. Tunjukkan contoh baik
Jika mahu anak-anak berhubungan baik antara satu sama lain, anda sendiri pun perlu menjaga hubungan dengan adik-beradik. Sikap saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi dan saling berhubung antara anda dan adik-beradik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan yang ada itu perlu dijaga setiap masa. Contoh yang baik seperti ini dapat mereka jadikan panduan di masa hadapan mereka.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...