Kalau mak-mak masuk kedai tak bawa balik berplastik-plastik memang tak sah. Yelah nak fikirkan semua perut yang ada kat rumah dan sentiasa lapar. Biasalah kalau mak-mak bila masuk ke kedai akan mengambil masa yang lama kerana selain senarai barang yang ditulis, ada juga beberapa barang tambahan yang perlu di beli dah alang-alang teringat atau ternampak.
Jadi para suami tolonglah bersabar dan jangan marah-marah. Isteri beli untuk anda juga kan? Bagi yang dah terbiasa beli barang dapur untuk isteri tentu faham keadaan ini.
Lepas balik dari lunch semalam kawan aku cakap nak singgah Speedmart kejap, nak beli pampers katanya.
Aku pun tunggu lah kat luar tu. Baru berkira nak jawab whatsapp dia dah keluar, tak sampai 2 minit pun.
“Aikkk, apasal cepat sangat? Pampers jer?”
“Kita orang laki bang, nak beli itu maka itu jer. Ambik, bayar dan terus keluar.”
“Ohh, aku lupa. Aku ni dah half-hal dah, tak sama macam korang. Separuh mak dan separuh bapak, so kalau masuk kedai jadi lama.”
Baca: Gagal tak apa, mungkin belum masanya. Kita cuba lagi sekali. Perbaiki empat perkara ni ya mommies.
Kah kah kah, kami bantai gelak.
Yelah, dulu aku sama jer macam laki lain. Apa sahaja bini pesan memang itu sahajalah yang dibelinya. Takde nak beli extra nye.
Kadang-kadang tu berbulu jugak bila bini masuk kedai. Kemain lama dia dalam tu, katanya nak beli telur dengan garam jer. Tapi masuk kedai dekat 20 minit dan keluar satu troli.
Haishhh.
But now aku merasalah benda yang sama.
Masuk jer kedai maka mata akan terus scan dari satu rak ke satu rak. Bukan memilih barang tetapi memikir barang yang ditengok tu ada lagi tak kat rumah.
Kalau lalu bahagian sabun, maka terus scan rak sabun kat rumah, sabun basuh, sabun mandi, sabun cuci pinggan dan sebagainya.
Lepas tu rak lain pulak, maka lagi sekali mata tengok barang dan otak scan mengingat barang kat rumah ada ke tak. Lepas tu tengok pulak ada jenama lain harga lebih murah pulak, dok pikir nak tukar ke tak, nak tukar ke tak.
Haaa, sebab tulah masuk kedai jadi lama.
Orang laki ni dia tak monitor atau keep track barang kat rumah ada ke tak. So apa bini pesan dia beli sahaja. Sebab tu boleh cepat. Tapi bila time bini yang beli maka peluang tersebut diambil sepenuhnya untuk topup semua barang yang dah habis atau tak ada.
Jadi, wahai orang laki sekalian, korang janganlah marah kalau bini korang berlama-lama kat kedai tu. Atau bila dia cakap nak beli satu barang tapi dia keluar dengan 16 barang.
Itu semua adalah untuk kebaikan rumahtangga kau jugak.
Sesungguhnya kalau diorang takde maka kau kena take over dan akan buat benda yang sama jugak.
Macam aku.
KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy
Kredit: Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI