Apabila kita terlalu sibuk dengan kerja harian, tidak dapat dinafikan kita akan terleka dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Ini menyebabkan mereka mula ‘panjang akal’ untuk melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan kita fokus sebentar pada anak.
Tetapi ada masanya perlakuan anak untuk mendapatkan perhatian itu akan menyebabkan kita naik angin dan mula marahkan mereka. Kasihan anak-anak kan?
Dr Ahmad Luqman Bukhari mengatakan, untuk berhadapan dengan anak yang sedang ‘buat perangai’ ini adalah dengan memeluk mereka. Di dalam perkongsiannya itu, Dr Luqman memberitahu bahawa pelukan dapat meredakan tantrum anak.
Takutnya bila tengok ada parent yang tiba-tiba naik hantu sama bila anak meragam dan mengamuk tak tentu hala.
Selalunya budak jadi macam tu bukan sebab dia orang nakal. Tapi hati mereka rasa kurang kasih sayang, tak dapat cukup perhatian. Cuma yang sedihnya dia tak pandai nak ekspresikan perasaan tu dalam bentuk perkataan.
Itu yang kita nampak kelakuan dia pelik-pelik. Semata-mata nak tarik balik perhatian parent pada dia.
Patutnya bila berlaku keadaan tu, kena segera rawat balik luka kat hati anak tu. Ubat paling efektif, kita cepat-cepat peluk dan cium anak seikhlas hati. Tunjukkan yang kita sebenarnya prihatin.
Dengan pelukan tu, bonding antara parent dan anak jadi menguat balik sebab masa tu badan akan keluarkan hormon oxytocin dan dopamine. Hormon-hormon ni lah yang rangsang kita semua kembali rasa tenang dan gembira.
Baca Juga:
“Power Kaki Mak-Mak Ni.” Adira Kongsi Video Ambil Remote Guna Kaki, Ramai Ibu Boleh Relate!
Cara Rasulullah SAW Tunjuk Rasa Sayang Memang Amazing, Jadi Contoh Untuk Para Ayah!
Memang Lasak Tapi Hati Anak Lelaki Ni Lembut. Pandai ‘Tackle’, Mudah Dengar Kata
Dan yang paling best, biasanya anak yang ada ikatan kuat dengan parent mudah sangat nak dengar nasihat dan teguran. Sebab tu anak yang rapat dengan orang tuanya kita boleh nampak motivasi dalam diri mereka sangat hebat!
Saya selalu pesan pada isteri. Kita mesti biasakan tabiat peluk dan cium anak-anak masa mereka kecil lagi. Supaya anak-anak tak rasa janggal nak tunjukkan rasa sayang pada kita bila dia orang dah makin dewasa nanti.
Mudah-mudahan.
#notaDrALB
Sebenarnya anak-anak tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan mereka. Perasan atau tidak, kadang-kadang bila mereka ajak kita bersembang, kita pula sibuk dengan hal lain? Biasanya yang menjadi ‘musuh ketat’ anak adalah handphone! Sibuk sangat kita dengan handphone sehinggakan anak bercakap pun kita tak peduli. Bila anak tantrum tak dilayan, kita marahkan mereka.
Artikel Menarik: [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]
Mungkin kita boleh adakan sesi khas untuk berborak dengan anak-anak setiap hari. Dalam sesi itu, tiada sebarang gangguan luar dibenarkan. Hanya kita dan anak-anak. Ambil tahu apa yang mereka mahu ketika itu. Dengan cara ini sebenarnya bonding akan menjadi lebih kuat dan kita dapat sama-sama berkongsi keinginan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)