Madu memang memang berkhasiat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik untuk bayi. Tapi tahukah anda madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi?
Madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan. American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Ads
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
Keletihan
Selera makan menurun atau kurang menyusu
Sembelit
Tangisan yang lemah
Otot menjadi lembik (tanda mungkin atrofi otot)
Kelemahan muka
Susah untuk menelan atau refleks gag yang lemah
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Ads
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
https://www.instagram.com/p/B18bxteHQ9P/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tip masak cekodok pisang, elok bulat cantik bentuknya. Cekodok pisang sudah wujud sejak zaman dahulu dan menjadi sebahagian daripada warisan kulinari masyarakat Melayu. Dikatakan kuih ini tercipta sebagai cara untuk mengelakkan pembaziran pisang yang terlalu masak.
Tip Masak Cekodok Pisang, Elok Bulat Cantik Bentuknya
Dengan hanya mencampurkan pisang yang sudah lembik dengan tepung, sedikit gula, dan garam, terhasillah cekodok pisang yang enak dan mudah dibuat.
Keunikan cekodok pisang terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya. Ia tidak memerlukan bahan yang mahal atau rumit. Malah, ramai orang mempunyai resipi turun-temurun yang mereka ikuti, menjadikan setiap cekodok pisang mempunyai rasa yang sedikit berbeza mengikut cara penyediaannya.
Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak boleh ikut cara ini ya.
Cara buat cekodok pisang yang elok bulat
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
7 biji pisang (lebih pun boleh)
1 1/2 cawan gula (ikut citarasa)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.
2. Kisar pisang, gula dan garam.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.
5. Tip untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)
Anak picky eaters bila ibu bapa lakukan kesilapan ini, kalau pernah buat, segera hentikan. Anak yang memilih-milih makanan atau dikenali sebagai ‘picky eaters’ seringkali menjadi masalah kepada ramai ibu bapa.
Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini
Kecenderungan untuk menolak makanan tertentu atau mempunyai pilihan makanan yang sangat terhad boleh menjadi sumber kebimbangan. Hal ini kerana ia sangat berkaitan dengan nutrisi dan perkembangan anak.
Picky eating biasanya didefinisikan sebagai penolakan untuk makan makanan tertentu atau keengganan untuk mencuba makanan baru. Walaupun kebanyakan kanak-kanak melalui fasa ini pada satu titik dalam perkembangan mereka, bagi sesetengah, kebiasaan ini boleh berterusan atau menjadi lebih serius.
Kebenaran ini mesti disampaikan walaupun pahit. Saya tahu ramai akan susah nak terima. Tapi tujuan post ini adalah bukan untuk menyalahkan dan menunding jari pada ibu bapa. Bahkan untuk sama-sama belajar memperbaiki diri dan bantu anak atasi picky eaters.
Most of the time, kanak-kanak bukan dilahirkan picky eaters. Mereka tiada masalah apa-apa tapi disebabkan oleh cara ibu bapa mengendalikan anak-anak pada waktu makan menyebabkan anak jadi picky eaters.
1️⃣ Menggunakan makanan sebagai hadiah dan hukuman. Beri anak aiskrim sebagai upah kalau habiskan makanan akan buat anak bertambah tak makan. Paksa, ugut, menengking anak untuk makan juga sangat tidak membantu!
2️⃣ Tidak menunjukkan contoh yang baik ketika makan. Parents tak tunjuk healthy eating habit tapi nak anak makan tanpa gula dan garam. Buah tak makan, sayur susah telan, macam mana anak nak ikut. Ibu bapa kena mulakan dulu.
3️⃣ Tidak variety kan makanan anak. Hanya beri makanan anak suka sahaja sebab sudah give up anak tak nak yang lain. Key untuk anak suka sesuatu makanan adalah exposure exposure exposure.
4️⃣ Ada snek di rumah. Kalau di rumah ada keropok, jajan, sweets, icecream lah, memang susah nak makan proper. Anak akan ada tendency kenyang dengan snek begini. Bukan tak boleh langsung tapi sesekali sahaja dan beli on usage basis. Tiada stok makanan begini di rumah.
5️⃣ Pressure anak waktu makan. Merenung anak, paksa anak makan, asyik suruh makan je. Bila pressure tinggi, anak pun tak selera nak makan.
But dont worry, picky eating disebabkan oleh faktor begini mudah nak reverse kan dengan mengubah approach dan behaviour ketika waktu makan.
Jika anda pernah perkenalkan anak dengan sushi pasti mereka akan menyukainya. Persoalannya adakah boleh berikan anak makan sushi secara kerap memandangkan umurnya masih lagi muda?
Sushi merupakan makanan yang sinonim dengan negara matahari terbit, Jepun. Penyediaan sushi adalah pelbagai tetapi kebiasaannya sushi terdiri daripada nasi dengan campuran cuka bersama bahan-bahan tambahan seperti makanan laut, sayur-sayuran atau buah-buahan tropika.
Kebimbangan para ibu bapa terhadap anak-anak yang menyukai sushi mungkin disebabkan oleh:
Pertama, adakah anak mereka mendapat zat makanan yang mencukupi kerana menggemari makanan selain ruji penduduk Malaysia iaitu nasi. Secara amnya, bahan-bahan sushi adalah rendah lemak, tinggi protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Sayur-sayuran yang terdapat di dalam sushi menyumbang kepada serat, vitamin dan mineral. Makanan laut mengandungi kebaikan omega-3 yang memberi kebaikan kepada kesihatan jantung.
Kedua, kebimbangan ibu bapa adalah kerana sesetengah bahan sushi terutamanya yang disediakan mentah boleh menjejaskan kesihatan. Majalah kekeluargaan dari negara Jepun mencadangkan supaya ibu bapa tidak memberikan makanan laut tanpa dimasak kepada kanak-kanak pada usia yang terlalu muda. Ini disebabkan oleh sistem penghadaman mereka yang masih belum matang. Ibu-ibu di negara Jepun memberi anak mereka ikan yang telah dimasak bersama makanan pelengkap lain setelah anak mereka mula makan makanan pejal. Secara amnya, mereka mencadangkan kanak-kanak yang berusia dua tahun setengah ke atas untuk mula diperkenalkan sushi yang mengandungi ikan mentah. Jika ibu bapa masih mahu menyediakan sushi ikan mentah atau sashimi di rumah kepada kanak-kanak sambil anak-anak boleh menikmati kepelbagaian tekstur dan rasa, adalah dicadangkan untuk melayurkannya terlebih dahulu di atas api.
Adakah sushi sesuai dimakan pada setiap hari?
Jawapannya tidak sesuai terutamanya kepada kanak-kanak kerana walaupun sushi rendah kandungan lemak, tetapi kebanyakan sushi adalah tinggi dengan garam dan gula yang digunakan sebagai perasa dan bahan perapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.