Jangan dilihat pada kekurangan, tapi fokuslah pada kelebihan yang ada pada isteri. Allah sudah kurniakan kita pasangan yang baik, bersyukurlah, tidak ada wanita yang sempurna. Setiap manusia ada lebih ada kurangnya.
Kalau ingin semuanya sempurna, itu bukan manusia lagi, itu Malaikat namanya!
Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini cukup kena dengan persoalan yang sering merisaukan golongan wanita selepas bergelar isteri dan ibu.
Kesetiaan dan kasih sayang bukan pada paras rupa tapi pada ikhlasnya hubungan itu untuk sama-sama bahagia hingga akhir hayat.
Suami yang telah bergelar ayah lagilah perlu memahami, isteri yang melahirkan anak kebiasaannya akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.
Isteri makan banyak sebab dia bimbangkan anak dalam kandungan semasa hamil, dan selepas bersalin, isteri perlukan makanan yang banyak untuk menyusukan anak pula.
Berterima kasihlah sebab dia telah mengandungkan anak kita selama 9 bulan lebih, itu juga akan membuatkan perutnya mula melebar, hingga mudah buncit selepas selamat melahirkan.
Begitu juga, bila anak sudah membesar, bila anak-anak tidak habis makanan, isteri kita jugalah ‘mangsa’ menghabiskan makanan anak-anak kerana tidak mahu menjadi sahabat Syaitan yang suka membazir.
Teman nyatakan beberapa manfaat Isteri yang kelihatan gemuk:
1. Isteri yang gemuk merupakan petanda yang dia seorang yang bahagia.
2. Isteri yang gemuk menjadikan suami lebih aman sebab selamat duit poket suami daripada kos-kos kecantikan diri. Wanita yang takut gemuk pasti memerlukan kos kecantikan diri yang tinggi.
3. Suami tidak perlu pening kerenah isteri yang terlalu memilih makanan. Wanita yang takut gemuk terlalu takut memilih makanan hingga menyebabkan suami menjadi stress.
4. Isteri yang gemuk tidak terlalu obses dengan penampilan dirinya sebab dia hanya perlu tampil hebat untuk suaminya sahaja. Jadi suami tidak perlu takut dengan pandangan lelaki luar terhadap isterinya.
5. Isteri yang gemuk akan memberikan pelukan yang lebih hangat kepada suaminya. Bersyukurlah kerana kehangatan cinta semakin bertambah.
6. Isteri yang gemuk selalunya seorang yang lucu dan mudah dibawa bergurau kerana banyak tempat yang boleh dicubit manja oleh suaminya.
Apapun, bukanlah bermaksud isteri yang kurus itu tidak romantik. Isteri yang kurus juga banyak kelebihannya.
Bagi isteri yang sudah berisi, jagalah kesihatan dan penampilan diri juga. Buatlah kerana untuk kebahagiaan suami, sebab mata lelaki Allah jadikan suka melihat kepada wanita yang cantik, berusahalah untuk jadi cantik pada pandangan mata suami, ianya akan beroleh pahala buat isteri. Kesihatan amat penting untuk terus bahagia! Tak terkecuali juga untuk suami ya!
Sumber: Imam Muda Hassan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI