Lepas ni ibu ayah jangan histeria bila tengok anak berkaki ayam tanpa kasut. Sekali-sekala membiarkan anak tanpa kasut berikan manfaat  kepada perkembangan mereka.

Si kecil boleh dirangsang daripada apa yang ada di sekelilngnya. Sentuhan pada kulit misalnya ialah salah satu cara untuk si kecil merasa. Ia secara tidak langsung akan memberikan rangsangan semula jadi kepada perkembangan sensori motor.

Kaunselor, Puan Farhan telah berkongsi tentang info ini. katanya ibu bapa jangan terlalu menyekat anak-anak untuk berkaki ayam menyentuh permukaan bumi seperti permukaan berumput dan sebagainya.

Nak Anak Ceria & Kurang Meragam, Sekali-Sekala Biarkan Anak Berkaki Ayam. Bagus Untuk Rangsangan Sensori

Perkara ini perlu dilakukan dengan kerap dan perlu variasi. Aktiviti ini memberikan banyak manfaat kepada perkembangan anak, jadi ibu ayah usah terlalu cerewet, biarkan kaki anak lepas bebas bermain. cuma aspek keselamatan seperti bimbang tercucuk objek tajam seperti kaca perlu dititikberatkan ketika pemilihan tempat.

BIARKAN ANAK BERKAKI AYAM

Anak anak hidup zaman ini jarang mendapat peluang untuk berkaki ayam.

Kita excited pakaikan anak anak kasut yang cantik cantik. Kadang kadang ada yang bertali dan sukar untuk anak kita buka.

Dalam rumah pun kadang kadang kita pakaikan stokin untuk anak-anak.

Sebenarnya, apabila kaki anak meyentuh tanah, pasir, rumput dan kotoran di kaki mereka itu sebenarnya sangat baik untuk mereka.

IKLAN

Nak Anak Ceria & Kurang Meragam, Sekali-Sekala Biarkan Anak Berkaki Ayam. Bagus Untuk Rangsangan Sensori

BOLEH BERIKAN ANAK MOOD YANG BAIK
Perasan atau tidak, apabila anak dapat bermain diatas pasir, contohnya dipantai, mood mereka akan menjadi sangat baik.

Mereka akan melompat lompat dan melepaskan perasaan mereka seolah olah dunia ini milik mereka.

EARTHING
Apabila kaki anak anak bertemu dengan rumput, tanah atau pasir, ia sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada anak anak. Aktiviti ini dinamakan earthing.

Anak anak yang tidak biasa dilepaskan di atas pasir, rumput atau tanah tanpa kasut akan mengalami kepayahan untuk membiasakan diri berpijak tanpa kasut.

Cuba sekali anda buang kasut di kaki anak anda dan letakkan di taman yang ada rumput.

Jika anak anda tidak boleh berpijak dengan baik, maknanya dia kurang mendapat ransangan pada kakinya. 

Dari kecil sudah terbiasa memakai kasut dan stokin, jadi kaki mereka tidak merasa untuk berpijak pada lantai bumi yag sebenar.

Nak Anak Ceria & Kurang Meragam, Sekali-Sekala Biarkan Anak Berkaki Ayam. Bagus Untuk Rangsangan Sensori

IKLAN

BERIKAN MEREKA PELUANG MEMIJAK BUMI
Ibu ibu jangan risau pada cacing, kuman dan sebagainya.
Anak anak memerlukan peluang untuk berpijak pada lantai bumi.
Biarkan anak merasa bagaimana kesatnya tanah
Biarkan anak merasa deraian pasir pantai
Biarkan anak merasa gelinya rumput di kaki mereka.

Buka kasut anak anak dan biarkan mereka berkaki ayam. Biarkan kaki anak anak bebas bernafas.

Antara kebaikan membiarkan anak berkaki ayam adalah, mereka akan mendapat tenaga segera.

Bumi yang dipijak itu mengandungi tenaga semulajadi, dan apabila kita memijaknya sudah pasti tenaga itu juga disalurkan kepada kita.

Jadi, sekiranya anak nampak lesu dan lemah lepaskan mereka di atas tanah, biarkan mereka bermain dengan pasir pantai dan, berbaring diatas rumput.

Nak Anak Ceria & Kurang Meragam, Sekali-Sekala Biarkan Anak Berkaki Ayam. Bagus Untuk Rangsangan Sensori

IKLAN

BOLEH RECHARGE ENERGY
Ia bukan sahaja menbantu mereka recharge energy, malah secara tidak langsung membuatkan mereka bertambah sihat, ceria dan gembira.

Usah terlalu berkira dengan kaki anak anak yang kotor.Kotornya kaki itu masih boleh dibasuh, namun pengalaman dan moment yang mereka perolehi itu sangat penting.

Untuk memulakan aktiviti ini, mulakan dari rumah. Untuk permulaan, tidak perlu pakaikan stokin kepada anak anak 24 jam, sebaliknya biarkan mereka menyentuh simen atau mozek di rumah

Setiap hari, bawa mereka bermain di luar rumah dan berlari lari bebas tanpa kasut.

PERLU KERAP KE KAWASAN YANG PELBAGAI TEKSTUR
Kerapkan menbawa anak anak untuk ke taman, pantai sungai dan di mana mana sahaja agar mereka boleh rasa tekstur bumi yang berbeza.

Jadi ibu-ibu, mulai sekarang jangan menjerit bagaikan histeria apabila melihat anak anak tanpa kasut.

Sekali sekala beri mereka peluang berkaki ayam dan menikmati bumi yang mereka pijak secara terus tanpa ada gangguan

Sumber: Puan Farhan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI