Mengugut anak dengan mengatakan ‘Jangan nakal, nanti ibu tak nak beli apa-apa mainan’ antara cara kita mengugut anak supaya mereka dengar cakap.
Tahukah anda kesan mengugut anak? Walaupun kita menganggap ia antara perkara yang biasa untuk peringatan anak namun kesannya adalah sebaliknya.
Sebenarnya dengan cara mengugut anak kita tiada ruang untuk berkomunikasi dan mendengar permasalahan anak. Anak perlu patuh jika mahu ibu sentiasa di sisi. Muktamad! Ikuti perkongsian dari Muhammad Naim Abd Manaf yang merupakan seorang guru mengenai kesan mengugut anak kepada perkembangan sosial.
Salahkah kaedah ini?
Tidak. Tetapi kaedah ini tidak sesuai lagi dipraktikkan pada masa sekarang.
Cara kita mendepani anak-anak harus seiring dengan zaman yang dilalui. – Harus berhemah dan mempunyai komunikasi dua hala agar semua pihak (ibu dan anak) berasa puas dan lega.
Ini penting agar disiplin terbentuk dalam suasana hormat dan faham, bukan kerana patuh akibat diugut dan dipaksa.
Biasa kita lihat cara ibu mengugut anak adalah sesetengah ibu berpura-pura mengugut meninggalkan anaknya dengan menolak anak ke luar rumah dan mengunci pintu dari dalam untuk beberapa ketika. Tersenyum lebar mendengar anak-anak menjerit dan merayu memanggil namanya.
Ads
Kesan ini bukan sahaja meninggalkan fobia dalam diri anak tetapi anak menyimpan dendam pada ibu bapa sendiri.
Betulkah cara mengugut ini boleh mendisiplinkan anak?
Perlu kita tahu, setiap pendidikan yang berasaskan kekasaran akan memberikan pulangan yang serupa kepada kita.
Jangan terkejut kalau pada alam remajanya nanti anak akan mengunci pintu biliknya sehari suntuk dan membiarkan kita merintih, melaung dari luar kerana tidak bersetuju dengan beberapa hal kecil.
– Akibat daripada kita mengajar mereka berbuat begitu sejak dari kecil. Mereka terkesan dengan cara kita menyelesaikan masalah.
Ads
Apa yang boleh kita harapkan dari seorang budak? Selagi usianya budak memanglah mereka akan memekak, menumpahkan air, menyakat adik-adik, degil dan enggan patuh pada ketika-ketika tertentu. Hendak cari dimana budak yang tidak nakal dan tidak berbuat salah?
Bukan langsung tidak boleh menghukum dan membuat tegahan, tetapi biarlah bersesuaian dengan kecerdasan insan yang ingin dilahirkan. Sejauh yang dilihat, ugutan sebegini tidak membantu dalam mendisiplinkan anak.
Yang jelas anak menjadi lebih takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Takut salah dan ditinggalkan pergi. Padahal itu semuanya adalah lakonan.
Ads
Mendidik dengan lebih kreatif!
Sebagai penyelesaiannya, dalam mendidik anak kita harus kreatif. Sesuatu masalah boleh diselesaikan hanya dengan sepatah dua perkataan yang lembut dan sedikit kesabaran. Jangan dera minda suci anak dengan taktik-taktik mengugut sebegitu.
Walaupun tujuannya adalah baik, namun kesannya belum tentu memihak kepada apa yang kita sangkakan. Tetapi yang nyata, minda anak akan terdera dengan pengalaman ngeri yang kita berikan.
Takut-takut yang terbentuk nanti adalah mindset, “Hendak menyelesaikan masalah ialah lari dari rumah, tinggalkan semua orang.”
Kalau ini yang berlaku, siapa yang mengajarkannya kalau bukan kita?
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Biasanya bila anak usia 5 atau 6 tahun masuk dapur, ibu-ibu mula la sibuk suruh anak main di luar dengan alasan anak kecil lagi. Belum sesuai nak belajar berdikari. Paling penting waktu ini kita utamakan akademik.
Biar pandai ABC, 123 atau baca buku. Itu yang ibu bapa harapkan. Perlu ingat kalau lepas ni kita masih lagi dengan persepsi macam ni, tak mustahil, bila anak dah besar kita pula kena berperang untuk ajar anak masuk dapur dan tolong mana yang patut.
Berdasarkan pengalaman Puan Aminah Hussain kesilapan yang dilakukan sebelum pada anaknya tak akan diulang lagi dan boleh dijadikan peringatan buat seua ibu bapa lain.
5 tahun yang lalu:
“ jangan adik, terkena air sabun tu”
“ Tak payah duduk sini, adik kecil lagi nak basuh pinggan cawan ni”
“ penyapu ni besar, adik tak boleh menyapu lagi”
1 tahun yang lalu:
“ Iman, tolong ibu basuh pinggan”
“ tak nak lah ibu, nanti kena air sabun”
“ Iman tolong ibu sapu nasi tumpah tu”
“ penyapu besar la ibu”
Kesilapan ini saya takkan ulang pada anak seterusnya. Ilmu akademik itu penting, tapi ilmu berdikari juga sangatlah penting.
Berdikari di sini maksudnya anak boleh makan sendiri, boleh gunakan tandas dengan betul, boleh bangun pagi dan kemaskan katil sendiri, boleh basuh pinggan sendiri dan boleh sapu sampah yang mereka sendiri buat.
Anak-anak usia 2-3 tahun kebiasaannya sudah mula tertarik apabila melihat ibu mereka sedang basuh pinggan. Berilah peluang untuk mereka lakukannya walaupun perkara itu nampak leceh.
Mungkin anda akan basuh semula pinggan tersebut sekali lagi. Tapi masa inilah proses pembelajaran berlaku. Basuh pinggan begini caranya, menyapu begini.
Lebih awal anak berdikari, lebih cepat mereka menggunakan otak dengan baik dan matang lebih awal. Berdikari juga dapat membantu emosi seseorang supaya tidak bergantung pada orang lain untuk hidup lebih bahagia.
Anak akan lebih yakin dengan diri sendiri dan tiada masalah untuk bergaul dengan kawan- kawan di tadika mahupun di sekolah.
Menurut doktor ada 8 jenis makanan yang boleh menyebabkan otak jadi bodoh jika diamalkan makan berterusan. Salah amalan pemakanan boleh memberi kesan terhadap tahap kepintaran otak kita. Bayangkan kalau kita kerap bagi anak-anak dari kecil makannya secara berterusan. Apa akan jadi pada otak anak kita?
Oleh itu sebagai ibu bapa, anda seharusnya mempunyai ilmu tentang pemakanan anak supaya tidak membiarkan si kecil terbiasa dengan makanan tak menyihatkan yang turut mengganggu tahap kepintaran mereka nanti.
Seperti kita sedia maklum, otak manusia bukan hanya berfungsi untuk berfikir sahaja tetapi ia berperanan penting bagi mengawal sistem tubuh badan manusia. Otak adalah tempat sel-sel saraf manusia berkumpul, semua saraf yang ada di dalam badan manusia akan berpusat di otak.
Jelas sekali kan betapa pentingnya peranan otak. Maka penjagaan otak anda turut merangkumi bab pemakanan kerana rupanya menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pensyarah UNIMAS dan Pengasas Otak Cerdik Otak Cerdas (OCOC) yang lebih dikenali sebagai Doktor Otak, ada beberapa jenis makanan jika kerap dimakan oleh seseorang ia boleh memberi kesan buruk terhadap otak termasuk aspek kepintaran/kebodohan!
KENAPA 8 MAKANAN INI PERLU DIELAK?
8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.
PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan.
PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum.
Bahasa kasarnya begini. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.
8 jenis makanan tersebut adalah:
Yogurt berperisa
Sosej
French fries
Ais krim
Mayonis
Jus buah-buahan bergula
Minuman berperisa
Salad dressing
Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...