“Jangan On Off, Nak Keluar Mesti Pakai.” Tips Ibu Ini Ajar 7 Anaknya Bertudung

Share

Menjadi tanggungjawab ibu bapa yang beragama Islam untuk mengajar anak-anak perempuan menutup aurat. Secara asasnya anak-anak kecil masih belum tahu bahagian mana yang perlu ditutup atau mengapa perlu ditutup, tetapi langkah mengajar anak memakai tudung sejak kecil adalah untuk menjadikan mereka mudah faham.

Secara tak langsung apabila mereka menginjak usia remaja nanti mereka akan lebih tahu  mengapa mereka perlu menutup sebahagian diri mereka. Tiada cara yang spesifik untuk mengajar anak anda bertudung sejak kecil, tetapi terpulang pada pendekatan ibu bapa.

Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada tujuh anak perempuan, Puan Shaeriani A Hamat ini sangat mudah. Semua anak-anaknya bertudung setiap kali keluar rumah atau ketika orang datang ke rumah kecuali yang paling kecil.

TIPS MENGAJAR 7 ANAK PEREMPUAN PAKAI TUDUNG DARI KECIL

Sebenarnya tiada tips gempak mana pun. Saya cuma nak kongsi sedikit sebanyak dari pengalaman saya mama kepada 7 anak perempuan. Jom kongsi untuk yang ada anak perempuan.

PERTAMA:

Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka. Tapi saya beli saiz sama jer untuk 6 orang anak saya. Sebab beza umur mereka lebih kurang je.

KEDUA
Paling penting konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting. Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka. Biasanya anak keluar je wajib pakai. Jangan on off pulak. Ahamdulilah mesti boleh punya.

KETIGA

Masa ajar tu beritahu mereka pakai tudung bukan mama dan papa yang suruh pakai, tapi Allah SWT yang suruh pakai.

KEEMPAT

Untuk yang dah besar terapkan dan terangkan dengan siapa kena tutup aurat. Kalau yang nombor 6 tu tak faham sangat sebab masih kecil. Pening pula kalau diterangkan banyak-banyak pada dia nanti. Yang penting keluar rumah kena sarung tudung. Anak yang dah besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dan sebagainya.

KELIMA

Masa nak beli tudung untuk anak-anak saya akan tanya mereka jenis mana dan warna apa yang mereka suka. Tapi perangai saya memang saya suka beli sama je sedondon.

Ajarlah anak-anak anda dari mereka kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung. Bila dah tahap mereka banyak persoalkan macam-macam, masa tu dah mencabar untuk kita ajar mereka pakai secara konsisten.

Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah. Sekarang semua anak perempuan saya dah lekat bertudung. Alhamdulilah.

InsyaAllah jika ada rezeki nanti anak lelaki ke 8,9,10 pakai kopiah pula..heheheh

Kredit: Shaeriani A Hamat

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy