Sesi persekolahan yang bakal bermula pada awal Mac ini pastinya membuatkan mak ayah berkobar-kobar. Terlalu lama berada di rumah membuatkan mak ayah berasa risau. Namun pembukaan sekolah ini bukan bermakna anak perlu belajar dan memecut laju, bimbang ketinggalan dalam pelbagai silibus.

Elakkan memaksa anak, lebih-lebih lagi bagi anak yang baru melangkah ke alam persekolahan seperti lima tahun, begitu juga dengan pra sekolah. Berikan masa untuk mereka bermain sambil belajar. Perkongsian seorang guru, Asmadi Abdul Samad ini mak ayah perlu fahami.

Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar, Beri Hak Mereka Untuk Bermain & Meneroka!


Minggu depan sesi persekolahan akan di buka khusus untuk murid prasekolah, tahun 1 dan tahun 2. Minggu – minggu awal persekolahan ini ibubapa jangan terkejut ya kalau aktiviti di sekolah untuk anak-anak ini begitu santai, ringan dan banyak bermain.

Ini sebenarnya satu proses yang mungkin dibuat oleh pihak sekolah bagi menampung kelompongan yang berlaku dalam sesi orientasi dan transisi yang berlangsung atas talian sebelum ni khususnya untuk murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan.

Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar, Beri Hak Mereka Untuk Bermain & Meneroka!

“Ai cikgu, setahun lebih dah budak ni belajar santai-santai ngadap komputer di rumah, takkan nak santai lagi? Dok rumah pun main macam tak ingat dunia dah. Bukan silibus banyak nak kejar ke? “
Hmm.. Macam tu lah.

Sebut pasal bermain ni, disekolah kita bukan bermain tanpa hala tuju. Tidak. Kita maklum tentang peranan penting bermain itu dalam aspek perkembangan kanak-kanak dan ia menyumbang kepada aspek jasmani, sosial dan emosi mereka.

Jangan main-main dengan masa bermain kanak-kanak ni tau. United Nation masukkan masa bermain kanak-kanak ni sebagai hak asasi kanak-kanak dan ianya dilindungi di bawah ratifikasi perjanjian mereka. Ilmuan islam seperti Abdullah Nasih Ulwan juga ada menulis perihal pentingnya masa bermain kanak-kanak dalam sela masa mereka belajar.

IKLAN

 

Sebenarnya melalui bermain, kanak-kanak diberi peluang mencipta dunia yang mereka boleh kuasai sendiri dan jauh dari dunia orang dewasa. Dalam dunia ini mereka belajar mengurus ketakutan mereka serta membina kemahiran baharu yang berkaitan dengan rasa yakin diri dan daya tahan mereka.

Selain itu semasa bermain inilah mereka belajar berkomunikasi dengan diri sendiri dan juga dengan orang lain dalam kelompok sosial mereka. Kalau kita perhati betul-betul bermain juga sebenarnya mempersiapkan kanak-kanak untuk menghadapi alam persekolahan. Sebab tu pendekatan ‘fun learning turut diserap masuk dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar, Beri Hak Mereka Untuk Bermain & Meneroka!

Sebenarnya kan kawan,
Ikut kajian yang dibuat oleh Unesco masa bermain kanak-kanak sebenarnya semakin berkurangan. Ada beberapa faktor yang disenaraikan tapi saya nak petik satu faktor sahaja yang saya rasa begitu dekat dengan hidup kita di Malaysia.

Ianya disebut sebagai ‘PERFECTIONISM’. Satu fahaman dimana ibubapa merasakan bahawa anak-anak begitu ideal dan wajib mengikuti cara hidup yang di terapkan oleh mereka dengan baik tanpa kompromi. Persaingan sengit pada masa depan dalam pendidikan dan industri pekerjaan memburukkan lagi situasi ini.

IKLAN

Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar, Beri Hak Mereka Untuk Bermain & Meneroka!

Maka tidak hairanlah sekiranya kita temui sekian banyak kajian yang menunjukkan perkaitan antara PERFECTIONISM dengan anxiety dan kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kertas kerja yang berjudul The importance of Play in Promoting Healthy Child Development menulis satu kata kunci yang dirasakan menjadi solusi dalam memberikan masa bermain yang sesuai kepada anak-anak.

SEIMBANG.
Pun begitu, kata kunci ini perlu kepada kajian lanjutan untuk dibumikan dalam bentuk tindakan.
Saya sendiri berpegang kepada pendapat bahawa bermain sepatutnya menjadi platform untuk kita mengajar sesuatu kepada anak-anak. Ianya satu proses yang perlu dilalui oleh kanak-kanak dan menjadi peluang untuk kita mengukuhkan sikap yang ingin kita tanamkan dalam hidup mereka.

Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar, Beri Hak Mereka Untuk Bermain & Meneroka!

IKLAN

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid. Jangan risau, kat sekolah nanti kita pun akan ada banyak masa untuk bermain dan belajar bersama-sama.

Begitulah..

Asmadi Abdul Samad
Belajar tak main-main.

Artikel berkaitan: Jangan Rampas Hak Anak Untuk Bermain & Paksa Mereka Belajar, Anak Bawah 5 Tahun Lumrah Bermain & Meneroka

Hantar Anak Ke Playschool Nak Suruh Bermain, Bila Dekat Rumah Malas Nak Main Dengan Anak, Silap Konsep Tu

Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar, Beri Hak Mereka Untuk Bermain & Meneroka!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI