Apabila anak tidak mahu makan, apa yang anda buat? Kebanyakan ibu bapa akan memaksa si kecil kerana bimbang anak susah makan akan kelaparan. Tetapi tindakan seperti itu boleh mendatangkan kesan negatif.
Definisi memaksa anak tidak mahu makan
Sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak mendapat nutrisi yang optimum dengan pengambilan makanan yang betul dan seimbang. Namun, soal pemakanan kanak-kanak boleh menjadi isu yang sukar, terutamanya apabila anak susah makan.
Dalam situasi sedemikian, ibu bapa cenderung untuk memberi makan secara paksaan kepada si kecil. Namun ia boleh membawa kepada akibat yang berbahaya.
Perkara berikut merupakan antara ciri-ciri anda sedang memaksa si kecil untuk makan:
Punca ibu bapa selalu memaksa anak susah makan
Berikut antara sebab menjelaskan mengapa ibu bapa cenderung memaksa si kecil untuk makan:
1. Untuk menghabiskan makanan yang dihidangkan
Kebanyakan kita mempunyai tanggapan bahawa apa yang berada di atas pinggan perlu dihabiskan. Namun untuk kanak-kanak ia mungkin tidak berlaku kerana saiz perut mereka agak kecil.
2. Memperkenalkan makanan pejal
Merupakan antara kesilapan biasa yang dilakukan ibu bapa semasa memperkenalkan makanan pejal buat kali pertama. Anda harus tahu tujuan memperkenalkan makanan bukan untuk memaksa bayi makan, sebaliknya bagi mengembangkan deria rasa mereka.
3. Risau si kecil tak cukup makan
Normal untuk anak makan sedikit tetapi kerap. Namun sebagai ibu bapa, anda akan terfikir apabila anak susah makan, mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Keadaan itu seterusnya menyebabkan mereka makan secara berlebihan.
4. Menyuapkan makanan kepada anak yang besar
Ada ibu bapa yang masih suka menyuap anak walaupun mereka sudah cukup besar dan mampu makan dengan sendiri. Ia secara tidak langsung membawa kepada punca makan berlebihan.
5. Tidak memahami keperluan anak susah makan
Apabila si kecil tidak mahu makan, anda akan memaksa kerana menganggap mereka tidak memahami keinginan dan keperluan pemakanan diri sendiri.
6. Memaksa anak susah makan dengan memperkenalkan makanan baharu
Paksaan biasa berlaku apabila ibu bapa memperkenalkan anak kepada buah-buahan, sayuran atau sebarang makanan baharu. Ini disebabkan anda berpendapat memberi makan secara berterusan akan membuatkan si kecil menyukai makanan tersebut.
7. Membandingkan dengan anak yang lain
Jika ada rakan atau sepupu si kecil yang seusia makan lebih banyak, anda merasakan anak juga perlu sebegitu, sekali gus memberi mereka makan secara paksa.
8. Memupuk tabiat baik
Ibu bapa sering beranggapan untuk memupuk tabiat pemakanan yang baik, anda perlu memaksa anak memakannya terutamanya jika makanan itu sihat.
Impak memaksa anak makan
Memberi makan secara paksa harus dielakkan kerana boleh mendatangkan kesan seperti:
Muntah-muntah. Apabila anda memaksa si kecil makan bertentangan dengan keinginannya, ia boleh menyebabkan mereka memuntahkan makanan tersebut kembali.
Benci terhadap makanan. Apabila si kecil tidak mahu makan tetapi tetap dipaksa, ia boleh menyebabkan mereka bukan sahaja tidak menyukai apa yang diberikan, bahkan membencinya.
Memaksa anak makan boleh membunuh selera. Kita akan makan apabila berasa lapar, begitu juga si kecil. Namun sebagai ibu bapa, kita meragui penilaian mereka dalam soal makan. Ini sekali gus menghilangkan selera mereka.
Emosi negatif. Anak boleh mengembangkan perasaan dan emosi negatif terhadap makanan, malahan kepada anda sebagai ibu bapa mereka.
Mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat. Anak mungkin akan mengembangkan tabiat pemakanan tidak sihat kerana keengganan makan makanan sihat.
Kurang kawalan terhadap tabiat pemakanan. Antara kesan paling teruk apabila dipaksa makan adalah mereka boleh hilang kawalan ke atas tabiat pemakanan mereka.
Gangguan pemakanan kesan memaksa anak makan. Apabila tiada kawalan ke atas apa yang dimakan, anak boleh mengalami gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Isu kurang makan. Apabila si kecil membesar, mereka mungkin akan makan lebih sedikit daripada jumlah yang sepatutnya.
Seumur hidup tidak menyukai sesuatu makanan. Anak boleh mengembangkan rasa tidak suka kepada makanan sehingga dewasa.
Kawalan ibu bapa mewujudkan isu harga diri. Apabila dipaksa makan, anak boleh mengalami hilang kawalan ke atas kehidupan mereka dan menimbulkan rasa harga diri yang rendah.
Berhenti memaksa anak makan. Memaksa anak untuk mengambil sesuatu makanan boleh membawa kepada pelbagai masalah fizikal, emosi dan fisiologi. Jika anda kurang makan berbanding adik-beradiknya yang lain, tidak mahu makan dan lebih banyak bermain – ia adalah perkara normal.
Usah panik. Sebaliknya tunjukkan contoh teladan yang baik dalam soal pemakanan, biarkan anak menentukan masa dan pilihan makanan mereka.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!