“Jangan Paksa Anak Tak Mahu Makan, Ada Tipsnya”, Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tips Baby Mudah Makan!

Share

Berdepan masalah anak yang kurang gemar makan sememangnya membuatkan ibu merasa terus risau. Bimbang anak tidak cukup nutrisi untuk membesar begitu juga dengan masalah penambahan berat badan anak. Pun begitu, memaksa bukan satu tindakan yang perlu dilakukan. Sudahnya anak menerima kesan malah adakalanya langsung tidak mahu makan.

Berkongsi cerita mengenai pemakanan anak, isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim mempunyai pendapatnya sendiri malah berkongsi tips untuk anak-anak yang kurang selera makan.

Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja berkongsi tips tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menurut Mieja, dia mempraktikkan cara tersebut untuk anak keduanya, Sara Erina.

“Koleksi menu makanan bayi untuk Sara Erina mummy. Mommies, macam mana anda semua menyediakan makanan untuk anak-anak terutamanya ibu-ibu yang bekerja.

“Macam Mieja, memang masak makanan Sara fresh setiap hari sejak dia berumur 7 bulan sampai sekarang nak masuk 9 bulan.

“Sebab Mieja bekerja dari rumah kecuali memang tahu esoknya sibuk jadi hari ini masak lebih dan bekukan. Esok tinggal panaskan je.

“Boleh refer highlight “Baby Food” untuk resepi yang Mieja pernah kongsikan. Awal dulu (6m+) ada hari yang lepas satu suap, dia terus tutup mulut.

“Tak kena kot campuran bahan tu kemudian saya belajar balik cara masak makanan baby yang sedap. Alhamdulillah sekarang Sara memang berselera bila makan,” begitu kongsikan mengenai anak keduanya.

Jangan paksa anak makan, pilih waktu tepat

Isteri kepada pelakon filem PASKAL The Movie ini juga turut menasihatkan semua agar tidak memaksa anak ketika makan. Malah ibu kepada dua anak ini menyifatkan cara dan teknik yang salah ketika memberikan makanan adalah punca anak menolak makanan.

Sebaiknya jangan paksa. Begitu kongsinya lagi.

“Namun jika ada kes anak memang tak nak makan, cuba jangan paksa sebaliknya kita yang cari jalan untuk atasi masalah. Fasal makan anak ni, ada beberapa faktor juga yang buatkan anak makan sikit:

“Makanan terlalu tak sedap sebab cara masak. Bagi makan waktu dia kenyang (susu). Bagi makan waktu dia mengantuk jadi mengamuk la dia nak tidur,” kongsinya lagi.

Pasangan ini mengikat tali cinta mereka pada 13 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak perempuan, Raisya Amanda, 3 tahun dan Sara Erina, 9 bulan.

 


PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamachannel

Baca: Anugerah Allah Bijaknya Neyney Usia Belum 3 Tahun Tapi Dah Pandai Mengira!

Published by
SRM