Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi mengenai salah seorang anak kembarnya Emelia yang sudah mula menunjukkan dirinya seorang kidal selepas banyak aktiviti dilakukan menggunakan tangan kiri.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, tidak mengapa jika mempunyai anak kidal. Malah beliau menasihati ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka untuk berubah menggunakan tangan kanak seperti orang lain.
Nampak macam Emelia bakal kidal sama macam Tasha. Dia menggunakan banyak tangan kirinya untuk melakukan sesuatu. Tapi terlalu awal untuk mengesahkannya.
Jika anda perasan anak-anak kidal, biarkan dan biar dia selesa dengan caranya. Jangan paksa mereka ubah untuk menggunakan tangan kanan,” katanya.
Muszaphar berkongsi perkara berkenaan di akaun instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan beliau memuat naik Emelia sedang makan dan memegang sudu ditangan kirinya.
Beritahunya lagi, dia pada mulanya seorang kidal sewaktu kecil tetapi telah cuba diubah oleh bapanya untuk menggunakan tangan kanan.
Ia berlaku pada diri saya juga, bapa saya selalu mahu saya menggunakan tangan kanan. Mungkin sebab itu juga saya mahir menggunakan kedua-dua tangan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi beberapa fakta dan kelebihan menarik untuk orang yang kidal.
Beberapa fakta tentang orang kidal
1. Hanya 10% daripada populasi dunia
2. Otak kanan lebih dominan
3. Mereka lebih berkreativiti, kuat imaginasi dan mempunyai gerak hati.
4. Tidak diketahui mempunyai IQ yang lebih baik dalam kajian terbaru 2018 .
5. Golongan lelaki lebih banyak kidal
6. Gen antara yang memainkan peranan
7. Mereka lebih mahir dalam Multi Tasking
8. Mereka mempunyai kelebihan dalam sukan tertentu seperti renang, seni pertahankan diri, tenis dan tinju. Mereka juga lebih mahir dalam permainan video.
9. Anak kembar lebih cenderung menjadi kidal
10. 13 Ogos ialah Hari Kidal Sedunia.
Kredit: IG DR Sheikh Muszaphar ; Gempak
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!