Ibu bapa perlu tahu cara yang betul ketika menjaga tali pusat anak sebelum tertanggal. Penjagaan yang betul amat penting untuk mengelakkan tali pusat anak terkena jangkitan kuman.
Doktor Taufiq Razif berkongsi tentang cara-cara menjaga saki baki tali pusat anak dengan cara yang betul dan kenal pasti jangkitan yang berlaku. Ilmu ini wajib ibu bapa tahu untuk elak sebarang komplikasi yang boleh berlaku. Ikuti perkongsian ini;
SEMUA MAK AYAH KENA TAHU ILMU TENTANG TALI PUSAT NI
Gambar tali pusat anak saya yang berumur 10 hari.
Ni saya nak kongsi ilmu nak tahu tempat tali pusat baby kita tu ada jangkitan ke tak. Cuba tengok di bahagian perlekatan tali pusat tu:
Kalau TAKDE, Alhamdulillah tapi kalau ADA, kena pergi periksa cepat-cepat. Ada kemungkinan tali pusat tu dah kena jangkitan.
Ni ada beberapa benda yang kita TAK BOLEH buat supaya tali pusat anak kita tu tak kena jangkitan.
Baca: Ramai Mak Ayah Yang Simpan Tali Pusat Anak Kan? Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukumnya
Ada 3 hukum simpan tali pusat yang mak ayah WAJIB tahu:
MAKRUH : Jika simpan saja saja tanpa tujuan ataupun simpan untuk kenang kenangan
HARUS : Jika simpan untuk tujuan perubatan seperti untuk rawatan stem cell dan sebagainya
HARAM : Jika disimpan untuk tujuan khurafat dan takde sandaran dalam agama
Apa pun sebaiknya ditanam jika tak ada apa apa kepentingan .
Ok, dah tahu ilmu ni tolong bagitahu pasangan kita dan mak ayah lain yang belum tahu.
Sumber: Doktor Raufiq Razif