Ibu atau ayah akan bercakap, anak akan babble dan ini dikenali sebagai perbualan yang mendorong anak itu bermain dengan bahasa lisan konvensional.
Ini serupa dengan melukis! Seorang kanak-kanak dapat bereksperimen dengan apa yang kita sebut sebagai ‘mark making’ sejak di usia muda apabila melukis. Contohnya, apabila seorang kanak-kanak menggunakan tepung di table top kitchen, secara automatik naluri si anak kecil akan meletakkan jari-jarinya di atas tepung dan mula membuat corak.
Oleh itu, kita perlu berinteraksi dengan anak-anak apabila melihat mereka melakukan ini, dengan mengatakan ‘Oh, adik lukis gambar apa tu? Comelnya!’ Ini dapat merangsangkan aktiviti lisan konvesional. Cara anak-anak membuat makna dan merakam dunia mereka melalui lukisan adalah langkah penting dalam mengembangkan penulisan dan juga dalam mengembangkan literasi awal mereka.
Sebenarnya sangat penting untuk kita sebagai ibubapa/guru dalam memikirkan cara kemenjadian anak-anak kita sebagai ‘text creator’. Sekiranya kita menganggapnya sebagai ‘text creator’ dan bukan sekadar sebagai ‘writer’, ianya lebih mudah untuk memahami pentingnya memasukkan gambar visual serta kemahiran linguistik mereka dalam bahasa bertulis.
Dr. Mackenzie, seorang Professor Madya daripada Charles Sturt University ada menyatakan bahawa aktiviti melukis di awal usia membantu perkembangan literasi awal kanak-kanak.
Guru juga perlu mengintegrasikan pengalaman luar kelas dengan dalam kelas semasa proses pembelajaran. Dr Mackenzie menyampaikan strategi ‘Draw, Talk, Write’ ke 26 sekolah di seluruh New South Wales. Ini merupakan salah satu strategi yang dijelaskan oleh Dr. Mackenzie di dalam bukunya yang berjudul Draw, Talk, Write. Melalui pendekatan ini, ibubapa/guru akan lebih menghargai dan memanfaatkan sistem komunikasi anak-anak.
Kebolehan serta kemahiran menulis menjadi “extension” dan bukar sekadar “replacement”. Dalam dunia multimodal, proses text creation menggabungkan mod dan gambar visual.
Dalam dunia hari ini, teks multimodal untuk anak kecil melibatkan mereka melukis sesuatu yang mungkin difikirkan oleh orang dewasa hanya sebagai coretan. Jangan pandang remeh pada lukisan anak-anak kecil kita kerana apabila anda mengemukakan soalan mengenai lukisan mereka, mereka memberitahu anda semua tentangnya. Ini akan membuatkan anda surprised atau terkesima!
Oleh itu, ibubapa/guru perlu faham bahawa melukis adalah satu kaedah komunikasi atau text creation yang penting bagi kanak-kanak. Apabila aktiviti melukis digalakkan, kanak-kanak dapat membuat teks visual yang cukup canggih, dan ini memungkinkan mereka untuk mula menambahkan label dan perkataan kepada lukisan mereka.
Peranan ibubapa/guru penting bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menambahkan teks bertulis dan mengajar mereka bagaimana melakukannya. Dinyatakan oleh Dr. Mackenzie bahawa rata-rata kanak-kanak berhenti melukis sekitar usia tujuh tahun kecuali jika ibubapa/guru terus mendorong mereka untuk melukis.
Bagaimana cara kita mendorong mereka? Ibubapa/guru hanya perlu mendorongnya dengan menghargainya.
Sekiranya difikirkan logiknya – jika seorang anak yang masih belajar abjad dan hanya tahu enam perkataan, sangat sukar untuk menulis teks yang kompleks. Tetapi jika ibubapa/guru meminta si anak tadi melukis gambar, ditambahkan pula dengan beberapa perkataan yang telah dipelajari dan kemudian diberikan peluang padanya untuk menceritakan lukisannya, maka Walla! Anda akan mendapat teks yang complex!
Kredit: Dr Rahimah Saimin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI