Isteri tak perlukan hadiah mahal pun untuk bahagia, cukuplah sekadar dengan perhatian dari suami tercinta sudah memadai. Dengan kehadiran suami di sisi setiap kali mahu bersembang, isteri sudah gembira sangat-sangat.
Hal ini turut diakui oleh pelakon serta ahli perniagaan, Fizo Omar. Biar sesibuk mana sekalipun, dia akan pastikan ada masa untuk diluangkan bersama isterinya, Fazeera Nazri.
Memetik artikel Astro Gempak, Fizo memberitahu biarpun suami perlu mencari rezeki namun dia tidak menafikan tanggungjawab isteri yang perlu menguruskan rumah dan anak-anak juga tidak mudah.
“Tipulah kalau orang rumah tak masam muka bila asyik kerja dan outstation saja. Biasalah perempuan ni siapa lagi dia spend masa, berborak kalau bukan dengan suami kan. Lagi-lagi bila suami terlalu sibuk, maklumlah tak kerja 9 to 6, kadang-kadang ada masanya balik rumah untuk tidur saja. Mesyuarat tak berhenti.”
Kta Fizo memang berat tanggungjawab seorang suami perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga, tetapi jika cuba duduk di tempat isteri dan ambil alih tugasnya, ia bukan sesuatu yang mudah.
Ads
“Cuba buat kerja isteri ni beberapa jam pun dah pening.”
Turut berterima jasih kepada Fazeera kerana sentiasa memahami dan menyokong dirinya. Kata Fizo, rumah tangga jadi mudah dan bahagia jika setiap pasangan tahu peranan masing-masing.
“Jangan pandang rendah benda yang kita nampak macam mudah tanpa kita sendiri mencuba untuk buat perkara tu. Kejayaan datang dengan pengorbanan. Nak berjaya lebih, pengorbanan pun kena lebih. Ramai nak tahu result bila berjaya, tapi proses sebelum berjaya tu, tak ramai yang sanggup nak tengok.”
Terdahulu, Fizo telah berkahwin dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu dan telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang dinamakan Wan Khaleeda sekitar bulan Jun lepas.
Enggan mengambil sebarang risiko, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari yang baru mendirikan rumahtangga pada Disember lalu tidak merancang untuk memiliki cahaya mata lagi.
Menurut Bunga, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan usianya kini sudah pun menjangkau usia 41 tahun.
“Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Mungkin berisiko sebab saya sudah lebih 40 tahun.
“Dikala usia 35 hingga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil lagi,” kongsinya dalam satu temubual.
Berkongsi kisah kehidupannya selepas kembali bergelar isteri, akui ibu kepada Noah Sinclair ini lagi, hidupnya juga kini berubah selepas kehadiran Tiko.
Jika dahulu Ashraf menjadi peneman hidupnya paling serasi, kini akui Bunga, dia menjalani kehidupan yang berbeza dengan Tiko.
“Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir terus untuk hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia.
“Kemudian saya cuba buka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana Tiko bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ibu-ibu, Ambillah Masa Untuk Ber-ME TIME, Penting Untuk Kualiti Emosi
Ibu-ibu zaman sekarang tanggungjawab mereka sangatlah mencabar. Setiap hari dihambat dengan kesibukan tugas-tugas di tempat kerja. Mana hendak memikirkan soal kerja yang perlu disiapkan mengikut jadual, fikirkan anak yang bersekolah, tugas mengurus rumah tangga, pendek kata semuanya perlu ‘dihadap’ dalam satu masa.
Menjadi seorang isteri dan ibu, bukanlah semudah yang disangka. Lebih mencabar apabila wanita juga bekerja bagi tujuan membantu meringankan beban suami. Begitulah rutin yang perlu dilalui oleh seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu.
Melalui perkongsian Ustazah Asmak Husin beliau mencadangkan agar kaum wanita menyisihkan waktu untuk ‘me time.’
TUGAS SEORANG IBU DAN ISTERI BUKAN MUDAH:
Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pulang ke rumah, uruskan pakaian dan makan minum keluarga. Itu belum masuk kerja dakwah dan aktiviti masyarakat.
Bagi yang bergelar suri rumah dari pagi hingga malam di rumah pasti akan ada masa kita stres dan burn out.
Sebab itu sangat penting para ibu peruntukan masa untuk “me time”. “Me time” sangat penting untuk kualiti emosi dan perasaan seorang ibu.
IDEA-IDEA ME TIME UNTUK PARA IBU:
1. Join gang muslimat surau.
2. Cari geng ngaji taman.
3. Yang berminat seni, join team marhaban kampung.
4. Bersenam di taman.
5. Tidur lepas anak pergi sekolah ( sekali sekala).
6. Facial muka atau spa.
7. Bercuti.
8. Join NGO.
9. Baca buku.
10. Tonton drama/movie (sekali sekala).
Biar selama mana pun sesebuah perkahwinan itu, perlulah sentiasa ada usaha dari kedua-dua suami isteri untuk menyemarakkan rasa cinta antara mereka. Tidak bolehlah kalau berkahwin sudah lama, kononnya dah tiada apa lagi untuk dimanjakan atau nak romantik-romantik. Salah tu ya!
Menerusi perkongsian seorang suami, Mohd Fhais Salim, beliau berkongsi jika seseorang suami itu sentiasa ‘berkepit’ dengan si isteri maka rezeki juga akan semakin mendekat dengan mereka. Bukanlah sampai naik rimas isteri kita tu, tapi sekurang-kurangnya mereka tahu yang rasa cinta suami tidak pernah pudar buat mereka.
Berkepit dengan Isteri, Barulah Rezeki Sentiasa Berkepit Dengan Kita.
Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku.
Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.
Menurut kata Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.
6 Amalan suami isteri yang ada kebaikan dari segi psikologi dan saintifik :
𝟏. 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan.
Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..
𝟐. 𝐓𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”.
Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!
𝟑. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami.
Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.
𝟒. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini.
Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.
Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.
𝟓. 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐮𝐦 𝐩𝐢𝐩𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.
Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.
𝟔. 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama.
Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah. Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.