Isteri tak perlukan hadiah mahal pun untuk bahagia, cukuplah sekadar dengan perhatian dari suami tercinta sudah memadai. Dengan kehadiran suami di sisi setiap kali mahu bersembang, isteri sudah gembira sangat-sangat.
Hal ini turut diakui oleh pelakon serta ahli perniagaan, Fizo Omar. Biar sesibuk mana sekalipun, dia akan pastikan ada masa untuk diluangkan bersama isterinya, Fazeera Nazri.
Memetik artikel Astro Gempak, Fizo memberitahu biarpun suami perlu mencari rezeki namun dia tidak menafikan tanggungjawab isteri yang perlu menguruskan rumah dan anak-anak juga tidak mudah.
“Tipulah kalau orang rumah tak masam muka bila asyik kerja dan outstation saja. Biasalah perempuan ni siapa lagi dia spend masa, berborak kalau bukan dengan suami kan. Lagi-lagi bila suami terlalu sibuk, maklumlah tak kerja 9 to 6, kadang-kadang ada masanya balik rumah untuk tidur saja. Mesyuarat tak berhenti.”
Kta Fizo memang berat tanggungjawab seorang suami perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga, tetapi jika cuba duduk di tempat isteri dan ambil alih tugasnya, ia bukan sesuatu yang mudah.
“Cuba buat kerja isteri ni beberapa jam pun dah pening.”
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!
Turut berterima jasih kepada Fazeera kerana sentiasa memahami dan menyokong dirinya. Kata Fizo, rumah tangga jadi mudah dan bahagia jika setiap pasangan tahu peranan masing-masing.
“Jangan pandang rendah benda yang kita nampak macam mudah tanpa kita sendiri mencuba untuk buat perkara tu. Kejayaan datang dengan pengorbanan. Nak berjaya lebih, pengorbanan pun kena lebih. Ramai nak tahu result bila berjaya, tapi proses sebelum berjaya tu, tak ramai yang sanggup nak tengok.”
Terdahulu, Fizo telah berkahwin dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu dan telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang dinamakan Wan Khaleeda sekitar bulan Jun lepas.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)