Jangan Pandang Rendah Pada Anak, Merekalah Guru Kecil Mak Ayah! 3 Perkara Ini Jadi Pelajaran Tentang Kehidupan

Share

Dalam tak sedar rupanya anak-anaklah yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan. Sebaik sahaja dilahirkan anak mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menghargai kurniaan Ilahi, mengajar erti sabar dan banyak lagi.

Merekalah guru kecil kita yang kadang kita memandang rendah dek kerana usia mereka yang masih muda. Seperti perkongsian oleh Dr Taufiq Razif menerusi Facebook miliknya, menurut Taufiq ada 3 hal penting yang si kecil kita selalu ajar tentang kehidupan.

Ini adalah 3 perkara tersebut:

Jangan pandang rendah pada anak kecil. Kita tak sedar mereka ni sebenarnya Guru Kecil kita.
Ada 3 hal penting yang Guru Kecil kita selalu ajar kita tentang kehidupan :

1. To be happy with no reason
Kita sekarang bagi terlalu alasan untuk merasa bahagia. Nak kena ada duit dulu, nak kena ada rumah besar dulu, nak kena beli kereta mewah dulu baru boleh nak rasa bahagia.
Kita yang letak syarat pada diri kita untuk merasa bahagia. Tu yang sampai sekarang ramai tak bahagia bahagia padahal kita tak perlu pun semua itu untuk merasa bahagia.

2. Experience new things everyday
Anak kita pun ada rasa takut tetapi itu tidak menghalang mereka untuk meneroka dan mencuba benda baru setiap hari.
Ya, anak kecil kita mungkin tidak kaya harta dan wang tetapi mereka kaya dengan keberanian dan keseronokan.

3. It’s okay to cry
Kadang kita pelik anak kita boleh menangis teruk tapi lima minit kemudian boleh ketawa dan bermain dengan penuh ceria seolah olah dia tak pernah merasai kesedihan dalam hidup mereka.

Ya, mereka terluka dan mereka menangis tetapi setelah menangis, mereka cepat ‘move on’. Menangislah kerana langit juga menangis. Dengan tangisan langitlah terhasil pelangi yang mewarnai bumi.

Bergurulah pada anak kecil kerana tiada siapa pun yang mampu menandingi kesucian hati dan jiwa mereka

Sumber: Taufiq Razif

 

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah