Kita selalu mendengar istilah tumpah darah selepas bersalin tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku. Masalah tumpah darah sebenarnya satu dari penyebab utama kematian ibu di Malaysia dan juga di negara yang sedang membangun.
Jadi jangan pandang ringan masalah ini. Menurut Dr Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Hospital Pakar Regency, Johor Bharu, masalah tumpah darah terbahagi kepada dua jenis klafikasi yang perlu ibu hamil tahu.
Jadi tambahkan ilmu sebelum anda menghadapi saat melahirkan anak. Ini semua sebagai persediaan diri untuk anda berhadapan dengan pelbagai masalah ketika melahirkan anak. Sekurang-kurangnya jika anda berhadapan dengan situasi sebegini, ada sudah pun tahu sesuatu kes terbabit.
Terdapat dua jenis tumpah darah selepas bersalin:
- Tumpah darah sebaik sahaja selepas bersalin sebelum 24 jam – tumpah darah lepas bersalin primer @ primary postpartum haemorrhage.
- Tumpah darah selepas 24 jam bersalin – tumpah darah lepas bersalin sekunder @ secondary postpartum haemorrhage.
Penyebab Tumpah Darah Selepas Bersalin Primer
- Rahim tidak mengecut: rahim menjadi malas dan tidak bertidakbalas (atony uterus)
- Luka dan koyak perineum, vagina atau serviks akibat bersalin.
- Lekatan Uri yang luar biasa e.g: Uri susah tanggal (retained placenta), Uri dibawah (placenta previa) placenta.
- Uri terlepas dari lekatan rahim (Placenta abruption).
- Masalah sistem pembekuan darah.
Rawatan Terbaik Merawat Tumpah Darah Selepas Bersalin
Biasanya ibu akan mengalami tumpah darah lebih kurang 200 – 500 ml selepas bersalin. Jika ibu tumpah darah lebih dari 500 ml selepas bersalin, doktor akan mengklasifikasikannya sebagai tumpah darah luar biasa.
Ia adalah satu kecemasan dan tidak boleh di pandang ringan kerana ibu boleh ‘collapse’ dalam sekelip mata di sebabkan kederasan darah yang turun. Berikut adalah langkah langkah atau pelan tindakan atau rawatan yang akan di ambil oleh doktor bergantung kepada jenis kes:
- Mengurut rahim secara berterusan supaya bertindak balas untuk mengecut.
- Memberi ubat ubatan ‘uterotonics’ yang boleh membantu dan menggalakkan pengecutan rahim dan salur darah seperti syntometrine, oxytocin, prostaglandin, misoprostol, cytotec, methergin dan sebagainya.
- Menyumbat permukaan rahim dan salur darah (tamponade) menggunakan alatan tertentu seperti belon kateter, gauze packing dan sebagainya.
- Pembedahan terpaksa dijalankan jika kesemua kaedah telah gagal. Jika dibedah ada kemungkinan rahim ibu akan dibuang terus jika perdarahan tidak dapat dihentikan.
Ada juga kaedah kaedah lain semasa pembedahan seperti pengikatan salur darah ‘internal iliac’ ataupun teknik B-Linch Bracing boleh di buat untuk memberhentikan darah tanpa perlu membuang rahim. Pun begitu ia bergantung kepada jenis kes dan tahap serius yang dihidapi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI