Keputihan adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku dalam kalangan wanita. Ibu hamil biasanya akan mengalami masalah keputihan yang lebih banyak berbanyak wanita yang tidak mengandung. Jika keputihan berwarna jernih, tiada masalah.
Namun ia bertukar menjadi abnormal sekiranya lelehan bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan.
Lelehan berlebihan ini disebabkan oleh perubahan hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir iaitu leukorrhea atau keputihan semasa hamil. Leakorrhea berfungsi untuk melindungi saluran kelahiran daripada terkena jangkitan dan mengekalkan keseimbangan flora bakteria baik di dalam faraj.
Jika lelehan faraj sudah berwarna kuning kehijauan, berbau kuat dan disertai dengan gatal di bahagian luar faraj, ini bermaksud anda sedang mengalami jangkitan faraj.
Selalunya jangkitan faraj ini disebabkan jangkitan yeast atau candidiasis atau jangkitan kuman penyakit kelamin seperti syphilis, chlamydia atau gonorrhea. Jangkitan ini perlu segera dirawat untuk elak kesan yang buruk kepada janin.
Antara risiko keputihan yang ramai ibu tidak tahu yang dikongsikan oleh Ayachalo.com adalah:
1. Sawan
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida Albican boleh meningkatkan risiko epilepsi atau sawan terhadap bayi.
2. Gangguan pernafasan kepada bayi
Ads
Jangkitan keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian bayi.
3. Kelahiran pra-matang
Keputihan yang disebabkan oleh Chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang kerana menyebabkan selaput ketuban pecah sebelum cukup bulan.
Keputihan yang berpunca oleh Neisserea Gornorrnoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan mata bayi buta.
Tip mencegah jangkitan faraj
1.Pakai seluar dalam daripada material kapas yang longgar.
2.Jangan mencuci faraj menggunakan sabun. Ia akan membunuh bakteria baik yang melindungi faraj anda.
3.Sentiasa pastikan faraj bersih dan kering. Lapkan punggung dari hadapan ke belakang selepas masuk tandas.
Ads
4.Elakkan penggunaan pantiliner yang kerap. Gunalah jika perlu sahaja.
5.Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula kerana ketika hamil faraj mengandungi gula yang tinggi disebuk glikogen, inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat.
6.Basuh faraj dengan bersih sebelum dan selepas berjimak.
7.Amalkan suplemen anti-fungus dan penggalak sistem imun untuk melawan jangkitan kuman.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu hamil yang mungkin sedang mengalami masalah keputihan. Jika berlanjutan atau kelihatan serius, bolehlah bertanyakan kepada doktor tentang masalah ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal menyambut kelahiran anak ketiga mereka empat bulan lagi, pasangan pelakon Syatilla Melvin dan suaminya Shaheizy Sam mendedahkan tidak kisah dengan jantina kelahiran anak mereka nanti.
Namun apa yang lebih penting sudah semestinya bayi dalam kandungan cukup sifat dan sihat tubuh badan. Itu yang diharapkan pasangan ini.
Syatilla yang kini hamil lima bulan itu berkongsi di Instagramnya akan keadaan dirinya kini. Malah begitu teruja untuk membuat pemeriksaan bagi melihat jantina bayi mereka.
“Insyaallah hari ni kita nak tengok anak no 3 ni geng Syeriv ke geng Mima.
“Dah 5 bulan dah ya allah, sekejap sangat rasa. Dah kuat menendang-nendang, berpusing-pusing ibu rasa,” tulisnya berkongsi.
Namun kata isteri kepada Shaheizy Sam ini lagi, baik dia mahupun suami tidak kisah dengan rezeki anak perempuan mahupun anak lelaki. Apa yang lebih penting kata mereka adalah sempurna, cukup sifatnya dan sihat.
“Tak kisah lelaki ka perempuan, yang penting sempurna cukup sifat dan sihat.
“Btw dari mengandung Syeriv sampai sekarang Tilla dan Sam setia dengan @kpjampangputeri forever. Sanggup lah drive jauh-jauh dari Shah Alam semata-mata untuk checkup,” tulisnya lagi.
Peminat mula teka jantina bayi
Dalam pada itu, peminat pasangan ini mula meneka-neka jantina bayi malah turut mendoakan kehamilan serta dipermudahkan kelahiran kelak.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend memakai inai di kalangan wanita pada hari ini semakin menjadi popular. Kebanyakan kaum wanita menjadikan hiasan inai sebagai salah satu pelengkap gaya pada kuku mereka.
Walaupun pemakaian inai dikatakan selamat dipakai oleh wanita hamil dan menyusukan anak namun baru-baru ini tular satu video di TikTok seorang wanita menyatakan dia ditegur oleh jururawat kerana memakai inai ketika membuat pemeriksaan mengandung di sebuah klinik.
Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri daripada memakai inai buat sementara waktu.
Perkongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai sehingga menjadi tanda tanya warga maya yang keliru apa punca wanita hamil tak digalakkan memakai inai.
Sebenarnya pemakaian inai bukanlah suatu yang salah atau boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Ia perlu dielakkan bagi urusan pemeriksaan kesihatan ibu hamil dan ibu nak melahirkan bayi atas sebab-sebab seperti berikut yang pernah dikongsi oleh seorang jururawat terlatih Bel Nawhen atau nama sebenarnya Nur Nabiila Masfuzah Abdullah di Facebook beliau satu ketika dahulu.
Menurut Bel kalau pakai pewarna kuku, memang jururawat akan pesan suruh cuci atau tanggalkan pewarna kuku tersebut.
Ini antara sebabnya kenapa ibu hamil disuruh elak daripada memakai inai:
1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.
2. Ukir inai atau memakainya di kuku, kalau boleh elak kerana inai ukir di tangan dan kuku menyukarkan untuk suntikan jarum jika ibu tiba-tiba perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.
3. Jururawat akan periksa darah pada kuku ibu hamil semasa pemeriksaan kesihatan untuk tengok sama ada kebiruan dan sebagainya.
4. Bagi ibu hamil yang ada masalah Anemia, pemeriksaan menerusi kuku boleh mengesan sebarang masalah abnormal yang berlaku.
5. Pemakaian inai pada kuku menyukarkan jururawat untuk memeriksa masalah Hypoxia iaitu kurang oksigen dalam darah yang paling cepat dikesan melalui kuku pesakit.
Tetapi kalau sudah pakai inai jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi. Tetapi kalau sudah terpakai kita tidak boleh buat apa-apa.
Sumber: Sinar Plus & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mahu mencuba untuk bersalin normal. Malah kelahiran melalui pembedahan atau czer sering menjadi pilihan kedua untuk menyelamatkan ibu dan bayi.
Pun begitu bagi ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan dan mahu mencuba untuk bersalin normal pada kehamilan seterusnya, panduan dan informasi ini perlu anda ketahui supaya lebih bersedia.
Sekiranya ibu berhasrat ingin bersalin secara normal selepas bersalin czer, ini adalah yang anda perlu tahu:
1. Pembedahan caesarean yang terdahulu bukan disebabkan oleh masalah proses kelahiran yang lambat akibat rahim tidak mengecut (dystocia).
2. Kehamilan sekarang tidak mempunyai masalah yang sama dengan kelahiran lalu yang memerlukan pembedahan Caesarean (contohnya posisi songsang- kaki keluar dahulu).
3. Pernah melakukan proses kelahiran secara normal sebelum ini
4. Proses kelahiran kali ini telah bermula dan rahim mula mengecut dengan baik serta pangkal rahim untuk jalan kelahiran mula membuka.
5. Ibu yang hamil berumur kurang dari 35 tahun.
6. BMI ibu kurang bacaan 30.
Walau bagaimanapun, sekiranya proses kelahiran secara normal membahayakan nyawa ibu dan anak, doktor akan memilih bersalin czer untuk keselamatan kedua-duanya.
Ramai doktor tidak mahu mengambil risiko dengan membenarkan ibu bersalin normal kerana ia mungkin boleh menyebabkan nyawa ibu dan anak dalam bahaya.
Antara sebab permintaan ibu untuk bersalin normal ditolak adalah kerana:
* Ibu hamil terlalu obes
* Wanita itu berumur lebih 35 tahun
* Saiz bayi dalam kandungan yang besar melebihi 4.0 kg
* Kehamilan melebihi 40 minggu
Selain itu, terdapat juga kelebihan bersalin secara normal selepas 1 pembedahan caesar iaitu:
* Komplikasi dibandingkan dengan czer sangat kurang
* Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
* Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
* Duduk hospital hanya sekejap
* Senang nak mulakan breastfeeding
Biar apapun pilihan anda pastikan semuanya di bawah pemantauan dan doktor yang merawat. Doktor sememangnya lebih tahu apa yang terbaik buat kita.