Deena Emir, Isteri kepada pelakon popular, Saharul Ridzwan telah berkongsi sebuah video di instagram dimana anaknya Muhammad Luth Ali yang berusia 1 tahu lebih yang sedang bermain dengan barang make-up nya secara senyap-senyap.
Video yang mendapat hampir 30 ribu tontonan memaparkan Ali yang comot dan keseluruhan bilik penuh dengan lipstick ibunya telah menarik minat Netizen. Video tersebut telah dimuatnaik dengan caption “Jangan percaya bila anak boleh diam je bila bermain”.
View this post on InstagramJangan percaya bila anak tu boleh diammm je bila bermain ?????@kisah.ali
A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman anak-anak mereka yang sedang membesar. Tak kurang juga ada yang menasihati supaya barang-barang tersebut diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat.
Allah, Ali ni creative betul lah
Kena sorok benda-benda macam tu, esp gunting
Sel-sel otak sedang berhubung
Jenuh mama nak sental cadar & almari
Sumber: Deenemir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kaki & Mulut, Dua-Dua Ringan.” Rezeki Bilal Belum Setahun Pandai Jalan & Mula Cakap
Tanggal 29 Januari depan genap setahun usia anak Neelofa, Muhammad Bilal. Setiap kali perkembangan Bilal dikongsikan oleh Neelofa, pasti akan menjadi perhatian ramai.
Dalam satu video terkini yang dikongsikan di instagram, gelagat comel Bilal yang dah laju berjalan bermain di playground buat ramai geram.
Bukan main laju dia berjalan, mulut pun riuh bercakap. Bukan saja gelagatnya berjalan dan bercakap je orang nak tengok tetapi pehanya tu pun jadi tumpuan.
Bilal rupanya dah pandai berjalan dan boleh stabilkan dirinya. Walaupun terkedek-kedek berjalan dengan badannya yang bersemangat itu, dia tetap gigih juga untuk memanjat.
Bukan main aktif lagi Bilal, ke sana ke sini. Nampak seronok betul Bilal apabila diberi peluang bebas bergerak. Kaki ligat berja;an,. mulut pun sama naik ye Bilal, riuh suaranya.
Perkongsian Neelofa itu telah mendapat hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen yang diberikan rata-rata memuji Bilal yang cepat dapat kaki dan mulut pun ringan.
Sementara itu, dalam satu video lain yang dikongsikan oleh Neelofa, jelas nampak Bilal begitu teruja dengan permainan. Dalam video itu, Neelofa mengajar Bilal melakukan aktiviti sambil bermain.
Apa yang boleh dipuji, walaupun kesibukan menguruskan bisnes, bab anak Neelofa sangat mengambil berat. Sejak dalam pantang lagi, Neelofa rajin belajar ilmu keibubapaan seperti mengikuti kelas penyusuan, cara tidur dan tangisan bayi serta penyediaan makanan bayi.
Bukan itu saja, dia juga turut memberi pendedahan awal pada Bilal untuk melakukan pelbagai aktiviti sensori untuk memastikan perkembangan Bilal berada pada tahap terbaik.
Kredit: IG Neelofa
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tip Rangsang Bayi Merangkak. Mama Papa Perlu Tahu Setiap Bayi Ada Kemampuan Berbeza, Jangan Terlalu Memaksa!
Ketahui tip rangsang bayi untuk merangkak. Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza, jangan terlalu memaksa mereka!
Lazimnya apabila usia bayi memasuki enam bulan, bayi mula meniarap dan mampu mengangkat beban tubuhnya. Ini merupakan petanda bayi anda akan merangkak. Meskipun demikian tidak semua bayi pada usia yang sama memiliki kemampuan merangkak dan ada yang akan melangkau fasa merangkak ini.
Ada ketikanya ibu cemas dan seringkali timbul persoalan adakah lambat merangkak merupakan tanda gangguan pada perkembangan anak.
KEMAMPUAN BERBEZA-BEZA
Kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku ketika usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan. Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekaligus melatih kemampuan motorik halus bayi. Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakkan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki. Mama dan papa perhatikan pergerakan anak sebelum mengatakan mereka tidak merangkak!
Bayi tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh berbagai faktor. Antaranya ialah;
- Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
- Kekurangan nutrisi
- Kurang stimulasi merangkak
- Gangguan keseimbangan
- Sebab-sebab lain
6 TIP MERANGSANG ANAK MERANGKAK
- Sering meniarapkan bayi sejak awal adalah rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
- Elakkan penggunaan baby walkerdan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
- Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
- Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
- Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
- Adakalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
KEBAIKAN MERANGKAK
Merangkak bukan sahaja antara fasa perkembangan bayi, ia juga mempunyai banyak kebaikan penting yang berkaitan dengan perkembangan fizikal dan otak bayi. Dengan merangkak bayi dapat:
- Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
- Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
- Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
- Melatih fungsi otak kanan dan kiri. Gerakan bersilang ketika merangkak merangsang memperkuat dan intergrasi otak kanan dan kiri. Ia juga membantu kordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki.
- Mengembangkan sambungan jaringan saraf. Gerakan berulang ketika merangkak merangsang dan mengembangkan sambungan jaringan saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, konsentrasi dan ingatan.
- Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
MERANGKAK DAN PERKEMBANGAN OTAK
Merangkak adalah salah satu cara melatih perkembangan motorik bayi pada usia tujuh hingga lapan bulan. Merangkak adalah tindak balas semulajadi yang membantu bayi mengawal badannya untuk bergerak sebelum bayi boleh berjalan.
Pakar perkembangan kanak-kanak menganggap merangkak adalah fasa penting dalam tahap perkembangan bayi kerana berkaitan dengan perkembangan otak. Oleh itu, jika anak anda terlewat untuk merangkak, cubalah cara yang disarankan untuk merangsang bayi supaya merangkak dengan cepat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Unik & Cantiknya Mata Ana Nayla! Ramai Geram Tengok Anak Dara Ayda Jebat
Bakal menginjak usia dua bulan pada 21 November depan, nampaknya wajah anak dara Ayda Jebat dan Nabil Mahir sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana matanya yang sangat istimewa sekali.
Mata unik dan cantik
Sejak hari pertama Ayda dan Nabil berkongsi wajah puteri sulung mereka, semua tertarik melihat mata Ana Nayla yang bukannya berwarna hitam tetapi perang seperti mata anak Mat Saleh.
BACA [Ayda Jebat Junior, Cute Macam Mummy Ni! Comel Ana Nayla Pakai Serba Pink]
Terbaru, Ayda telah berkongsi wajah Ana Nayla secara lebih dekat yang membuka matanya berbanding gambar sebelum ini banyak aksi tengah tidur.
Disebabkan permintaan ramai peminat Ayda dan Nabil yang ingin melihat mata si comel ini secara lebih dekat, akhirnya Ayda telah menunaikan janjinya dan berkongsi wajah terkini anak perempuan yang dilahirkan pada 21 September lalu.
BACA [Penat Tapi Rasa Bahagia, Ayda Jebat & Nabil Tak Cukup Tidur Jaga Anak, Belajar Banyak Perkara]
Dalam perkongsian itu, selain memuji keunikan mata Ana Nayla, ramai yang geram melihat pipinya yang semakin tembam. Sekali imbas ada iras daddy juga.
Dilahirkan secara pembedahan, Ayda dan Nabil memberi gelaran ‘baby wuvv’ pada anak perempuannya. Cuma apa yang mencuit hati, nampaknya Ana Nayla ini bakal jadi daddy little girl apabila besar nanti sebab nampak sangat Ana begitu manja dan daddynya juga suka menyakat.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kredit: IG Ana Nayla; Ayda Jebat
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI