“Saya hanya minta doa, bukan minta sumbangan” begitulah luahan kecewa Puan Nurul Erwani apabila ada manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar Ainul Mardhiah untuk meraih dana demi kepentingan peribadi si pelaku.
Beberapa tangkap layar menunjukkan maklumat sumbangan kilat yang katanya akan disalurkan kepada adik Ainul yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat jangkitan kuman yang menyerangnya beberapa hari lalu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini merayu kepada seluruh warga Malaysia agar tidak terpedaya dengat hantaran-hantaran yang dibuat oleh scammer tersebut demi meraih sumbangan.
“Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang.”
Ads
Tambahnya lagi, dia tidak pernah meminta sebarang dana orang ramai buat cahaya mata sulungnya itu.
“Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja.”
Ads
Puan Nurul Erwani sempat menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi tentang dana penipuan ini dan segera maklumkan kepadanya jika terjumpa lagi hantaran yang berkaitan.
“Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni.”
“Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih.”
Suami mana yang tidak terkesan saat melihat perjuangan seorang isteri untuk melahirkan anak tersayang. Rasa sayu dan tidak sanggup melihat kesakitan tanpa henti hingga detik melahirkan.
Bagi Fizo Omar, kelahiran anak keduanya membuatkan airmata lelakinya gugur saat melihat isterinya, Fazeera Nazri Azrai berdepan dengan situasi cemas itu.
Lebih-lebih lagi saat isterinya bertarung nyawa selama 10 jam menahan kontraksi sebelum melahirkan sehinggalah anak pertama mereka dilahirkan.
“Gugur air mata jantan, gengster macam mana pun si suami dan ayah. 24 Jun isteri saya di masukkan ke Labour room pukul 3pm, hampir 10 jam get ready untuk baby dilahirkan.
“Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat untuk isteri saya mengambil bius epidural, kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin,” kongsinya.
Malah kata anak kelahiran Kelantan ini lagi, isterinya berdepan kontraksi selama hampir 10 jam dan berdepan detik cemas selama hampir tiga jam ketika ketika mengeluarkan bayinya.
“Sepuluh jam weh bukan sekejap dan hampir 3 jam dok ‘push’ sampailah baby keluar. Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita.
“Pukul 12.39 pagi (25 jun) lagi sekali gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila ko tengok buat pertama kalinya seorang anak yang di tunggu-tunggu selama ni.
“Serius weh Abe Joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat baby,” kongsinya lagi.
Menurut kata bapa kepada Maryam ini lagi, rasa tanggungjawabnya makin menebal selepas kelahiran anak keduanya ini. Malah kini tergalas satu tanggungjawab untuk menjaga dua anak perempuannya dengan sebaiknya hingga mereka membesar.
“Perasaan Abe Joe masa macam… ok, this is the moment u gonna start ur real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.
“The moment Abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan,
“Ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang”.
“Datangnya seorang baby, bukan sahaja untuk kita meraikan kegembiraan tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang leader yang lebih baik dari sebelum ini,” tulisnya.
Bahkan Fizo turut meninggalkan pesanan kepada bakal bapa untuk mempersiapkan diri serta menjadi yang lebih baik buat diri sendiri dan keluarga saat berdepan pengalaman hebat itu.
“Pesanan Abe Joe kepada suami dan bakal ayah, ambil lah moment ini bukan sahaja untuk just be there for her (the wife) tapi lebih kepada untuk diri kita sendiri.
“Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga. Sometime, by experience it membuat kita lebih faham apakah mesej yang nak disampaikan dari Allah buat kita semua yang bergelar AYAH dan SUAMI.
“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Semoga doa yang berterusan dari anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami. AMEEN YRA. Abe joe (daddy2 baru Up),” kongsinya berseloroh.
Selebriti hot mama kekal cantik walau pun setelah bergelar ibu. Walau pun sibuk menguruskan anak dan kerjaya, gaya dan penampilan tidak diabaikan. Siapa 5 mama dimaksudkan?
Berstatus selebriti tentu membuatkan diri mereka sentiasa menjadi tumpuan. Masing-masing tetap tampil fresh walaupun sudah berhijab. Apabila sudah menjadi ibu, paling mustahak sekali ialah penggayaan yang praktikal. Antaranya ialah ciri pemakaian yang memudahkan pergerakan dalam mengawal selia anak dan seterusnya tidak menghalang penyusuan susu ibu. Walau pun telah bertudung, masing-masing masih mengekalkan identiti gaya tersendiri.
HANIS ZALIKHA
Mummy kepada Yusuf Iskandar ini pandai bergaya dan mencetuskan fenomena dalam penggayaan tudung dengan ‘shawl Keknis’. Apa sahaja yang dipakai kelihatan sesuai dan praktikal selepas Hanis menjadi seorang ibu. Pelakon, pengacara dan model ini juga sering kali berkongsi tip keibubapaan di laman Instagram beliau.
SYATILLA MELVIN
Ibu muda tinggi lampai, Syatilla Melvin juga tidak ketinggalan sentiasa tampil kemas dan bergaya. Beliau yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 mula berhijab sejak November 2015. Isteri kepada Sam Shaheizy dan ibu kepada Syeriv Samheizy ini sentiasa tampil cantik dalam apa jua acara.
WAWA ZAINAL
Pelakon berlesung pipit, Wawa Zainal sentiasa berpenampilan cantik. Ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa ini mula berhijab pada tahun 2013 dan pandai menyesuaikan gaya dengan pilihan pakaian.
TYA ADNAN
Mommy kepada Aira Ameena ini sering tampil kemas dan cantik. Tya yang juga isteri kepada Shukri Yahya mula berhijab pada penghujung 2015. Ibu muda ini adakalanya mengenakan pakaian matchy-matchy dengan Ameena, cukup comel!
HANEZ SURAYA
Aktres berkulit putih gebu, Hanez Suraya tidak ketinggalan tampil cantik selepas berhijab. Mommy kepada Putri Aleesya ini sering menggayakan pakaian yang praktikal, cantik serta trendy. Antara tudung yang sering digayakannya ialah shawl dan bawal.
Anak adalah anugerah terindah untuk pasangan yang berumah tangga. Sudah pasti kehadirannya dinanti-nantikan. setiap anak mempunyai kecomelan tersendiri. Sebagai ibu ayah, kita pasti mensyukuri nikmat mempunyai anak.
Normal untuk anak yang dilahirkan mengikut genetik ibu atau ayah. Ada anak yang wajahnya mengikut si ayah, ada juga anak yang ada iras seperti ibunya. Namun, ada juga sesetengah kes muka anak tidak menyerupai sama ada ayah atau ibunya.
Satu perkongsian dari seorang ibu yang mempunyai anak ‘mat saleh’ menjadi tumpuan apabila video yang dimuat naik di akaun Tiktok eyda_razak mendapat lebih satu juta tontonan. Melalui perkongsiannya itu, ibu ini memaklumkan Allah SWT mengurniakan dia dan suami dua orang anak comel berambut perang, bermata kelabu keperangan dan berkulit cerah.
Nampak seperti berketurunan Inggeris tapi sebenarnya kedua-dua anaknya yang comel itu menghidap albino yang berpunca daripada struktur genetik tidak normal yang menyebabkan sel-sel melanosit tak dapat menghasilkan pigmen atau warna seperti biasa.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Unut Dermatologi & Pakar Perunding Dermatologi dan Oerubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr. Adawiyah Jamil memaklumkan albino diwarisi secara autosomal recessive. Pembawa gen ini tidak mempunyai apa-apa tanda penyakit sama sekali.
Kecomelan dua beradik ini membuatkan orang ramai berasa kagum dengan rambut perang dan mata mereka yang cantik. Di dalam video tersebut, Eyqa memberitahu yang anak sulungnya, Aisyah Amani mempunyai sifat penyayang terhadap kanak-kanak lain. Sudah rezeki, dia kemudiannya disahkan hamil anak kedua.
Pada awalnya pasangan ini hanya menyangka anak sulung mereka sahaja yang menghidap albino namun rezeki Allah SWT, anak keduanya Arissa Amanda yang kini berusia 9 bulan juga mempunyai genetik yang sama. Eyqa dan suami mengakui mereka bahagia dan bersyukur anak-anak mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.