Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata kedua ibu bapa. Malah kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak.
Berikut antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk memastikan anak kita mempunyai sahsiah yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Yang penting jangan jemu mendoakan anak soleh.
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
Ads
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
Ads
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikurniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Biasa keluar perkataan penat, letih, tak larat dari mulut ibu apabila anak-anak mula menyepahkan rumah atau buat apa sahaja yang mencabar kesabaran ibu bapa. Sebenarnya semua perkataan ini keluar secara spontan dan bukan dengan niat pun. Ingat ya kawal perkataan ini bila dihadapan anak.
Memang diakui menguruskan rumah tangga dengan anak kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran tinggi. Lagi-lagi bagi wanita yang bekerja dan balik ke rumah pula untuk menguruskan anak.
Kenapa anda dilarang mengeluh penat dihadapan anak-anak? Dikongsikan hasil penelitian oleh Dr. Taufiq Razif
1 – Bila mak ayah mengadu penat, si anak akan rasa bersalah dan cuba menjauhi mak ayahnya padahal benda ni sangat bahaya pada perkembangan emosi si anak tu.
2 – Emosi anak akan jadi tak stabil sebab si anak akan rasa dirinya cuma beban pada mak ayah dia. Minda separa sedar ( subconscious mind ) si anak akan cuba meringankan beban mak ayah walaupun benda tu boleh bagi mudharat pada dirinya sendiri. Contohnya si anak tu tanpa sedar akan lebih bergantung pada kawan-kawan di luar rumah berbanding mak ayahnya sendiri walaupun pada umur yang masih sangat muda.
3 – Anak kita boleh rasa energi keikhlasan kita sebenarnya. Mengeluh penat di depan anak hanya menghilangkan rasa percaya anak pada keikhlasan kita. Mereka akan rasa yang kita ni jaga mereka dalam keadaan terpaksa.
4 – Lebih dahsyat lagi kalau dah timbul perasaan ragu dalam hati anak tentang kasih sayang kita sebagai mak ayah. Anak akan tertanya tanya kenapa dia dilahirkan ke dalam keluarga itu dan kenapa dia dilahirkan sebagai beban, bukan sebagai anak yang memberikan cahaya kebahagiaan.
5 – Anak kita belum mampu menyerap tekanan emosi kita. Bila kita mengeluh penat kepada anak-anak, kita sebenarnya sedang memindahkan beban emosi tu pada anak kita sendiri! Jangan terkejut kalau anak kita pun mula jadi murung, kurang minat bermain dan lebih suka menyendiri kalau kita selalu mengeluh penat pada anak kita sebab tu la akibatnya bila anak-anak kita yang tak bersalah tu terpaksa menyerap beban emosi yang amat berat tu.
Apa nak buat?
Orang yang bertanggungjawab untuk dengar luahan hati kita adalah pasangan kita sendiri! Tolong la educate pasangan kita untuk jadi pendengar yang setia. Antara terapi terbaik jiwa adalah bila masalah kita DIDENGARI pasangan kita sendiri sebab tu la kalau pasangan kita nak bebel, dengarlah sekejap kerana itu tandanya si dia sedang membuat terapi hati!
InsyaAllah pasangan yang pandai mendengar ni akan membuatkan diri kita lebih tenang dan ceria.
Bonda Rozita, Pengasas Jamu Ratu Malaya yang juga ibu kepada jutawan kosmetik, Dato Sri Aliff Syukri dan Hayati (Pengasas Sendayu Tinggi) memang terkenal sebagai seorang yang baik dan suka memberi nasihat, tidak lokek berkongsi pengalaman, rahsia dan rseipi masakan.
Menerusi akaun intagramnya, beliau berkongsi nasihat untuk anak perempuanya dan menantunya, Datin Sri Shahida. Perkongsian nasihat daripada beliau mendapat perhatian netizen.
Dua wanita ini meskipun muda tetapi sgt matang dn mendengar nasihat sy.. selalu sy pesan pd mereka bedua..( gambar lama ni)
Bila Dah Jadi Isteri Orang, Ilmu Kena Banyak
Bila kita jadi isteri org..Pertama sekali ilmu kena banyak.. sabar.. jaga anak elok2.. jaga suami elok2.. walaupun ditahap mana pun pangkat suami kita.. ingat.. tangan tu kena turun ke dapur masak utk suami dn urus suami supaya dia rasa kita sgt menjaga dirinya.. apa pun kedudukan kita.. kita kena support suami supaya suami itu merasa kita ni sahabatnya yg paling baik.. yg paling rapat..”
Anak-anak Kekuatan Rumahtangga
Utk mencari cinta suami sbnarnya jaga lah anak2nya kerana sifat lelaki ialah terlalu kasih pada anak2nya.. dn kekuatan sebuah rumah tangga itu sebenarnya anak2 dn sifat murni seorg isteri.. sy pesan lagi kpd ke2 anak perempuan ini.
Secantik Mana Pun Kamu, Jangan Jatuhkan Maruah Seorang Isteri
Secantik mana rupa kamu.. sebenarnya jgn sekali2 kamu jatuhkan maruah kamu dgn mengejar populariti mendahului kebijaksanaan.. kerana wajah yg cantik x memberikn makna sekiranya kamu x bijaksana.. kita ada kelemahan.. suami kita pun ada kelemahan..”
Berbalik Pada Agama
Bagaimana ingin mencari titik permulaan utk mencari titik permulaan ialah balik kepada ugama.. pelajari ugama.. didik keluarga kita kpd ugama.. hormatilah ibu mertua kamu kerana kamu ptut bersyukur dapat suami yg baik.. dn ibu mertua kamu telah mendidik anak lelaki dgn baik.. dn akhirnya kamu berbahagia dgn lelaki yg bernama suami kamu serta ketua kpd keluarga yg sedang kamu bina..
Nasihat bonda Rozita sangat terkesan pada pembacanya. Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang beliau sampaikan. Bukan mudah untuk menjadi isteri dan ibu yang sempurna namun sekurang-kurangnya jadilah ibu dan isteri yang baik dan mentaati suami.
Tabiat ini tidak dinafikan banyak berlaku di kalangan si kecil. Ia perlu dicegah segera untuk mengelakkan kerosakan gigi kepada si kecil.
Menurut Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian dari Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia, tabiat ini menyebabkan gigi si kecil terdedah kepada karies botol susu.
Karies botol susu terbentuk bila cecair yang menyelaputi gigi tidak dibersihkan. Gigi hadapan atas kanak-kanak sering menjadi mangsa.
Beliau menyarankan ibu bapa melakukan 7 perkara ini untuk mengelakkan karies botol susu pada anak. Peranan ibu bapa amat penting untuk membersihkan dan mengurangkan pengguan botol secara berperingkat.