“Jangan Pernah Lupa Akar Umbi” Kongsi Memori Tinggal Di Flat, Alif Satar Titip Pesanan Untuk Anak!

Share

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Bagi personaliti serba boleh, Alif Satar, momen manis ketika kecil dan dibesarkan di pangsapuri sentiasa menggamit memorinya.

Atas dasar itulah, Alif turut membawa ketiga-tiga anaknya, Alisha, Ariana dan Ali untuk sama melihat dan meninjau sambil mengabadikan kenangan di tempat dia pernah dibesarkan.

Menerusi Instagramnya, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkongsi kisah kehidupan di flat yang didiami Alif dan keluarga yang terletak di Wangsa Maju. Malah Alif juga turut bergambar kenangan bersama anak-anak.

“Baru -baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam @studiosembang dengan @ameliath yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’.

“Ni haa.. Blok E1, Wangsa Maju, Seksyen 2. Kami tinggal di sini dari 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.

“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000, baru la pindah ke Hartamas,” kongsi Alif.

Bahkan kata Alif lagi, disinilah dia mengumpul pelbagai memori di waktu kecilnya bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Beb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu, macam-macam memori Alif kumpul kat sini.

“Paling best, bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini! Kind loving people they all are, and I wish them all the best♥️,” ujar Alif bercerita.

Bahkan Alif turut menitipkan pesanan dan nasihat buat ketiga-tiga anaknya agar tidak pernah melupakan siapa dan dimana kita berada.

“p/s: Tidak kira setinggi mana anda melangkah, jangan pernah lupa akar umbi. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.

“Hargai dan ingat orang yang membawa anda ke sana sepanjang perjalanan,” kata Alif menitipkan pesanannya buat anak-anak.

Terdahulu, Alif dan isterinya, Shadila Halid dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.

 

Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM