Sebelum berkahwin mungkin beg tangan seorang wanita mengikut mood pada hari itu. Digayakan berpadanan dengan pakaian yang dipakai. Semua itu hanya sebelum berkahwin kerana rata-rata wanita selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, akan cenderung memilih beg tangan yang besar. Mengapa?

Artikel Menarik: [Mengaku Sayang Jatuhlah Ego, Tapi Ini Apa Suami Buat Jadi Bukti Cintakan Isteri]

Jangan Pertikai Kenapa Besar. Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon, Semua Ada!

Kebanyakan wanita terutamanya yang mempunyai anak kecil gemar membawa beg tangan bersaiz besar kerana pada mereka ia memudahkan. Suami pula biasanya akan jadi tukang bawa beg tangan ini, kerana bukan hanya saiznya besar, beratnya pun bukan main!

KENAPA ISTERI BAWA BEG TANGAN BESAR?

Sekiranya si suami memahami dan seorang peka, dia akan tahu mengapa isterinya gemarkan beg tangan bersaiz besar. Jarang sekali mereka membeli beg tangan yang kecil, kerana fungsinya akan menjadi semakin kurang. Jangan dipertikaikan pilihannya itu, kerana kebanyakan masa suami pun suka tumpang barang dalam beg tangan isteri.

Ads
1. Mudah bawa barang anak

Kalau dilihat di dalam beg tangan isteri, bukan semua di dalamnya barang dia. Kebanyakan barang yang membuatkan beg tangannya menjadi berat adalah barangan anak. Tidak mahu renyah bawa macam-macam beg, jadi isteri akan pastikan dia menggunakan beg tangan bersaiz besar. Di dalam beg akan dimasukkan lampin, baju-baju anak, botol air, botol susu, bekas susu, segala barang mandian anak, tuala, alat mainan dan banyak lagi.

Jangan Pertikai Kenapa Besar. Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon, Semua Ada!

 

2. Ada pelbagai jenis ubat. Macam klinik bergerak! Kalau suami pening kepala ada ubatnya. Anak mengadu sakit perut, ada minyak angin. Kalau tiba-tiba ada yang selesema atau hidung tersumbat pun ada ubatnya. Minyak gamat pun ada! Mana tahu tiba-tiba ada yang terluka dan sebagainya. Ubat-ubat ini tidak diletakkan sembarangan tetapi dimasukkan dalam sebuah beg lain dan disusun elok sebelum dimasukkan ke dalam beg tangan mereka pula.

3. Barang sendiri

Dalam beg tangan isteri ada juga barang mereka sendiri. Ada dompet, kunci rumah, minyak wangi, losyen dan alat mekap. Itu belum kira resit-resit perbelanjaan yang terkumpul. Belum sempat buat kiraan bajet.

Ads
4. Suami pun tumpang sekali

Suami tidak suka bawa beg sendiri. Biasanya akan keluar bawa dompet sahaja. Jika ada barang lain seperti power bank dan kunci yang berat-berat, semuanya akan disumbat masuk di dalam beg tangan isteri.

Jangan Pertikai Kenapa Besar. Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon, Semua Ada!

Artikel Menarik: [Anggap Duit Belanja Upah Isteri, Nanti Rezeki Suami Makin Murah]

Ads
5. Ada makanan & minuman

Bukan sembarangan ya, beg tangan seorang isteri dan ibu ini umpama poket Doraemon. Mana tahu anak tiba-tiba lapar pula, jadi di dalam beg isteri sentiasa tersedia snek ringan seperti biskut atau roti sebagai persediaan. Air kotak pun ada! Selain itu, ada juga yang bawa botol air anak, bukan ringan ya semua itu.

Jangan Pertikai Kenapa Besar. Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon, Semua Ada!

Artikel Menarik: [Apa Yang Suami Cakap, Isteri Ambil Serius. Jadi Jagalah Kata-Kata]

Benarlah, soerang isteri dan ibu sentiasa di dalam keadaan yang bersedia. Rasanya kalau segala macam senjata boleh muat masuk beg tangan mereka, pun akan dibawa. Oleh itu, jangan pertikaikan mengapa mereka bawa beg tangan yang besar kerana itu bukan kerana fesyen. Semua itu disebabkan mereka tidak mahu ada yang tertinggal sebaik keluar rumah bersama keluarga.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI