“Payah sekalipun saya tetap akan menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang seperti mana arwah suami sayangkan kami. Jangan pisahkan saya dengan anak- anak.

“Tidak mungkin saya akan pisahkan mereka adik beradik biarlah kami bersama- sama dan anak-anak ada didepan mata,” kata Siti Azimah Tajudin, 31, ibu kepada tujuh anak yang kini hilang tempat bergantung selepas kematian suami dipercayai akibat serangan jantung.

“Jangan Pisahkan Saya & 7 Anak”. Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi, Isteri Lahir Anak Bongsu 

Suami meninggal beberapa jam sebelum anak bongsu lahir

Arwah suaminya Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia pada pagi 18 Jun lalu. Petang ketika menunggu post mortem arwah suami, Siti Azimah dah mula sakit untuk bersalin dan awal pagi 19 Jun dia selamat melahirkan anak bongsunya.

Menurut Siti Azimah, biarpun diduga sebegini dan sukar untuknya menerima hakikat namun sebagai ibu dia perlu tabah demi anak- anak.

Ads

“Jangan Pisahkan Saya & 7 Anak”. Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi, Isteri Lahir Anak Bongsu 

“Sedih memang sedih namun anak-anaklah kekuatan untuk saya terus bangkit dan membesarkan mereka selagi termampu.

“Malah keputusan untuk berpindah juga bukan mudah tetapi apabila tinggal bersama abang di sini sekurang- kurangnya mudah untuk saya berpantang dan uruskan anak- anak,” katanya yang sebelum ini tinggal di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Anak-anak menangis terlalu rindukan ayahnya

Ads

Ibu kepada tujuh anak berusia antara 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan berusia 2 minggu itu berkata, dia bersyukur kerana abang sulungnya sanggup mengajaknya tinggal bersama di Taman Bukit Rambai, di sini, selain menjaga dia serta anak- anak.

“Jangan Pisahkan Saya & 7 Anak”. Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi, Isteri Lahir Anak Bongsu 

“Biarpun berat namun saya yakin ada hikmah disebalik apa yang berlaku namun begitu hati ini sebak serta tersentuh apabila anak, Siti Nur Airis dan adiknya Muhammad Hamzah Ramadan sering bertanyakan di mana abah kerana kedua-dua mereka amat rapat dengan suami.

“Seperti malam Selasa lalu, Siti Nur Airis tiba-tiba meminta saya bukakan pintu. Dia kata abahnya balik selain mereka juga kerap menangis mungkin rindu. Barangan arwah seperti kain pelikat dan pakaian menjadi pengubat rindu kami,” katanya.

“Jangan Pisahkan Saya & 7 Anak”. Beberapa Jam Suami Dijemput Ilahi, Isteri Lahir Anak Bongsu 
Kredit Gambar: Kamsari Hjnor

Sebelum ini Siti Azimah yang juga seorang surirumah berkongsi walaupun berat ujian ini, tapi dia reda Allah sebaik-baik perancang. Kematian itu pasti tapi saya janji akan kuat semangat demi anak-anak yang memerlukan kasih sayang.

Ads

Kongsi Azimah lagi, selepas habis berpantang dia akan cuba menjalankan bisnes online untuk menyara kehidupannya dan anak-anak.

Siti Azimah juga telah menerima kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Latipah Omar dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Md Rawi Mahmud.

Kredit: Harian Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI