Mama jangan patah semangat menyusukan  walau pun memiliki puting tenggelam atau rata. Ikuti 12 tip kaunselor laktasi ini.

Saiz dan bentuk puting payudara berbeza mengikut individu. Ibu yang memiliki puting tenggelam sering menghadapi rasa tidak yakin serta merasakan kesukaran untuk bayi melekap pada payudara dengan baik.

Menurut kaunselor laktasi Noorfazila Abdul Rahman, puting tenggelam ialah masalah yang lazimnya berlaku kepada ibu menyusu kerana bentuk puting berbeza bagi setiap wanita. Tiada saiz standard khas puting bagi penyusuan kerana setiap wanita berbeza fizikalnya.

PELEKAPAN BUKAN PADA PUTING SAHAJA!

Menurut Noorfazila, puting tenggelam atau rata tidak menimbulkan masalah kerana bayi melekap bukan sahaja kepada puting tetapi mencakupi bahagian aerola. Ada dia antara ibu yang mengalami masalah ini kebiasaannya terjadi pada sebelah payudara sahaja.

Ibu jangan putus asa kerana penyusuan masih boleh diteruskan dengan teknik tertentu. Apa yang penting bayi dikenalkan dengan puting ibu sejurus selepas kelahiran dan jangan sesekali perkenalkan bayi dengan puting tiruan bagi mengelakkan anak mengalami masalah keliru puting dan usaha untuk mengajar anak menyusu terus ke payudara ibu akan menjadi lebih sukar.

Jangan Putus Asa Menyusukan Bayi  Walau Pun Puting Tenggelam Atau Rata. Ikuti 10 Tip Kaunselor Laktasi Ini

PERIKSA PAYUDARA DENGAN UJIAN CUBITAN

Pertama, ibu perlu memeriksa puting sama ada ia tenggelam atau rata dengan ujian cubitan (pinch test).

Caranya ialah dengan mengampu payudara sehingga jari telunjuk dan ibu jari menghala ke aerola. Tekan dengan lembut kira-kira satu inci daripada puting.

Jika puting timbul maksudnya puting tersebut bukan dalam kategori tidak tenggelam. Jika tidak timbul atau terkeluar, ia bermakna puting tadi adalah tenggelam atau rata.

Jangan Putus Asa Menyusukan Bayi  Walau Pun Puting Tenggelam Atau Rata. Ikuti 10 Tip Kaunselor Laktasi Ini

3 JENIS PUTING

Ads
  1. Melekuk

Bahagian puting lekuk ke dalam tetapi boleh ditarik keluar tetapi akan tenggelam semula selepas itu.

  1. Tenggelam

Puting hanya terkeluar sedikit sahaja selepas diuji. Bayi dengan daya hisapan normal boleh menyusu tanpa masalah. Cuma bagi bayi pramatang atau yang lemah hisapan akan mengalami masalah pelekapan.

  1. Rata

Bagi ibu yang memiliki puting rata akan menghadapi masalah untuk melekap. Gunakan teknik pelekapan dalam di mana bayi perlu duduk dalam posisi tertentu ketika menyusu. Rawatan dan rangsangan kepada puting boleh dimulakan sejak hamil lagi.

6 CARA BANTU PUTING TENGGELAM

  • Nipple Puller

Gunakan nipple puller  untuk menggalakkan puting keluar. Tekanan pada bahagian sekeliling akan mengeluarkan puting yang terkeluar secara semula jadi. Boleh mula dipakai sejak hamil atau setengah jam sebelum menyusukan bayi. Nipple puller boleh juga dibuat sendiri menggunakan picagari/ syringe.

Jangan Putus Asa Menyusukan Bayi  Walau Pun Puting Tenggelam Atau Rata. Ikuti 10 Tip Kaunselor Laktasi Ini

  • Teknik Hoffman

Letakkan dua ibu jari pada pangkal puting dan tekan lembut ke payudara dan tariknya keluar, teknik ini akan meregangkan puting yang tenggelam. Lakukan dua kali sehari.

  • Rangsangan

Gunakan pam payudara untuk ‘menyedut’ keluar puting sebelum menyusukan bayi bagi memudahkan bayi melekap semasa menyusu.

Ads

Stimulasi puting

Rangsang puting dengan menggentelnya dengan jari dan telunjuk selama satu hingga dua minit. Selepas itu, demahkan dengan kain lembap yang bersih.

  • Tolakan

Tolak payudara dengan ibu jari semasa tangan mengampu payudara semasa bayi mula melekap. Ini boleh menggalakkan puting yang tenggelam ‘terkeluar’

  • Nipple shield

Ia adalah silikon yang nipis berbentuk seperti hadapan payudara. Ia mempunyai lubang yang membenarkan susu keluar untuk bayi.

Jangan Putus Asa Menyusukan Bayi  Walau Pun Puting Tenggelam Atau Rata. Ikuti 10 Tip Kaunselor Laktasi Ini

POSISI MEMBANTU PENYUSUAN SECARA TERUS

Posisi penyusuan tertentu membantu bayi untuk menyusu secara terus daripada ibu;

Ads
  1. PELEKAPAN

Pastikan bayi membuka mulut dengan luas sebelum memasukkan puting agar gusinya mencakupi bahagian aerola secara maksimum. Pastikan kedudukan puting setentang dengan hidung atau bahagian bibir atas supaya anak dapat mengambil lebih banyak bahagian bawak payudara kerana salur susu lebih banyak di bahagian bawah payudara.

  1. POSISI

Bereksperimen dengan beberapa posisi sehingga anda mendapat posisi yang selesa. Posisi football hold  atau cross-cradle hold membantu kebanyakan ibu yang tenggelam puting melatih anak menyusu dengan lekapan yang betul.

  1. SEBELUM BAYI MENANGIS & ELAK PAYUDARA BENGKAK

Menyusu awal sebelum bayi menangis dan tingkatkan kekerapan setiap satu  hingga dua jam. Ibu yang mempunyai puting tenggelam perlu elak payudara bengkak kerana ia menyukarkan penyusuan. Semakin lembut payudara maka semakin mudah puting ‘dikeluarkan’.

Jangan Putus Asa Menyusukan Bayi  Walau Pun Puting Tenggelam Atau Rata. Ikuti 10 Tip Kaunselor Laktasi Ini

  1. PANGKU RAPAT SUPAYA PELEKAPAN DALAM

Usahakan pelekapan yang dalam dengan memangku rapat bayi ke tubuh ibu. Pastikan badan bayi mengiring menghadap ibu. Peluk bayi dekat agar telinga, lengan dan pinggulnya lurus.

Usik tepi bibirnya supaya bayi membuka mulut lebih luas (seperti menguap) dan pelekapan perlulah mencakupi kawasan aerola bawah lebih banyak berbanding areola atas. Dagunya juga perlu  menyentuh pada payudara dan hidungnya tidak tertutup sebagai tanda pelekapan yang dalam.

  1. TENANGKAN BAYI & CUBA SEMULA

Jika bayi meragam dan menangis kerana puting tenggelam, hiburkan dengan pelukan dan nyanyian. Pastikan dia tenang sebelum mencuba semula.

  1. LATIHAN

Latihan demi latihan perlu dilakukan kerana setiap bayi memang gemarkan rutin yang sama setiap hari sementara bayi belajar menyesuaikan diri dengan bentuk puting ibu.

Jangan Putus Asa Menyusukan Bayi  Walau Pun Puting Tenggelam Atau Rata. Ikuti 10 Tip Kaunselor Laktasi Ini

Setiap ibu akam melalui pelbagai cabaran dalam penyusuan termasuklah masalah puting tenggelam tersebut. Walau apa pun cabarannya berusahalah sebaiknya dgn penuh kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa.

Ibu perlu cekal dan melatih anak dengan penuh sabar. Percayalah, setiap usaha dan ketabahan dalam memberikan titisan susu ibu kepada anak adalah sebuah jihad dan akan diberikan ganjaran dengan izin Allah. Dapatkan bantuan daripada kaunselor atau pakar laktasi sekiranya usaha anda menemui jalan buntu.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI