Saya tertarik dengan kata akhir Adi Putra, yang pernah menggemparkan Malaysia dengan kebijaksanaannya di dalam Matematik pada usia yang muda. Katanya,

“Talent is just a talent, it does not mean success.”

Ibu bapa sentiasa inginkan anak yang pandai dan berjaya. Walaubagaimana, anak yang pandai perlukan sokongan yang padu dari sekeliling supaya kepandaian yang diperoleh adalah sesuatu tidak sia-sia.

Jangan Rampas Hak Anak Untuk Bermain & Paksa Mereka Belajar. Anak Bawah 5 Tahun Lumrah Bermain & Meneroka

Walaubagaimanapun, ada beberapa persoalan yang perlu kita jawab,

❓Betul ke kejayaan di dalam akademik adalah satu-satunya ukuran untuk mengukur kepandaian?

❓Adakah apabila kanak-kanak itu mempunyai level IQ yang tinggi, maka terus kita tabalkan mereka sebagai bijak manakala IQ yang rendah kita hukum mereka dengan sebaliknya?

Di sini saya akan kupas beberapa mitos masyarakat dunia (mungkin Malaysia) tentang kepandaian.

1️⃣ IQ adalah cara yang terbaik untuk mengukur kepandaian.

Ads

Masih ramai percaya benda ini. IQ merupakan satu-satunyq aspek yang legit untuk mengukur kepandaian. Sedangkan, ia juga bergantung kepada pembolehubah yang tidak boleh dikawal seperti status ekonomi keluarga, latar budaya dan persekitaran yang lain.

Sebab itu psikologis terkenal Howard Gardner mencadangkan manusia tidak mempunyai hanya satu kebijaksanaan. Terdapat 9 kebijaksanaan seseorang iaitu matematik dan logic, ruang, visual dan spatial, linguistic, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan spiritual. Maka, jika kanak-kanak itu bukan seorang yang ‘book smart’, mungkin ada kepandaian lain yang belum kite teroka, atau pernah teroka tetapi kita tidak percaya.

2️⃣ IQ yang tinggi akan berjaya di dalam career di masa hadapan

Tidak dinafikan, kanak-kanak yang mempunyai IQ yang tinggi barangkali akan menonjol di sekolah. Salah sebuah kajian “Managerial Intelligence: Why IQ is not enough” menjumpai, untuk berjaya di dalam career, seseorang juga perlu yakin dan tegas untuk mencapa career goals. Mereka perlukan kebijaksanaan dalam mengurus sosio-emosi dalam membentuk hubungan yang profesional dan berjaya menghadapi konflik di tempat kerja. Mereka perlukan ketahanan yang kuat untuk melawan adversity dan mampu untuk regulate diri untuk berdepan dengan kekecewaan dan anger. Menurut psikologis, aspek sosio-emosi ini berkembang dengan cara pemerhatian awal yang berlaku kita masih kecil. Kita memerhati ibu bapa dan sekeliling. Sebab itu, aspek emosi antara aspek yang penting yang setara dengan perkembangan manusia yang lain dan tidak boleh di anak tiri kan.

3️⃣ Hanya belajar Matematik dan Sains, kanak-kanak boleh berjaya pada masa depan

Jangan salah faham, Matematik dan Sains adalah subjek yang penting dan crucial. Tapi, itu bukanlah satu-satu subjek yang perlu diberi fokus. Malangnya, sistem pendidikan kita telah membentuk satu pemikiran betapa matematik dan sains itu lebih penting berbanding art atau sains sosial. Mmatematik dan sains akan meningkatkan pemikiran secara analitik dan proses kognitif melalui linear dan sequential thinking. Manakala, mempelajari art dan sains sosial memerlukan kanak-kanak untuk menggunakan whole-brain process serta menggalakkam penyelesaian masalah melalui holistic thinking. Maka, kita sebenarnya perlukan kedua-dua linear dan holistic thinking untuk mendepani cabaran dengan cara yang lebih adil.

Ads

4️⃣ Penggunaan Apps dan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan teknologi adalah cara terbaik untuk meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan si kecil

Bukan terbaik. Banyak kajian telah mengesahkan penggunaan smart device seperti tab, phone, computer perlukan pemerhatian yang tinggi dari orang dewasa supaya ia tidak mengganggu perkembangan holistik secara negatif. Bacaan dari “The Village Effect” yang dirumuskan oleh Susan Pinker seorang psikologis mempersoal kekuatan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi berbanding kaedah konvensional iaitu pen-and-paper method. Katanya, di dalam bilik darjah yang dihujani dengan tablet untuk membaca ebook, kanak-kanak mempunyai tendency untuk diganggu dengan ciri-ciri gajet yang lain berbanding buku fizikal yang bersifat ‘mono-tasking’, ia memberi kadar konsentarasi yang tinggi kepada kanak-kanak. Dapatan dari jurnal “Interactive Whiteboards in the Classroom” menyatakan sebenarnya kehadiran seorang guru yang bagus lebih signifikan berbanding bahan mengajar berasaskan teknologi dalam memberikan pencapaian kanak-kanak yang baik. (Juga boleh baca, ‘The Long- Term Impacts of teachers: Teacher Value-Added and Student Outcomes in Adulthood’.

5️⃣ Kanak-kanak perlu berdisiplin jika tidak memberikan prestasi yang baik di sekolah

Ibu bapa berkecenderungan untuk berhadapan dan memberi hukuman kepada anak-anak jika mereka memperoleh prestasi yang kurang memberansangkan di sekolah. ‘Pendekatan

Displin’ ini tidak selalunya menjadikan anak komitmen untuk berubah, malah mereka akan melawan dan memberontak. Prestasi yang lemah di sekolah selalunya dapat dikaitkan dengan kepelbagaian masalah yang tersorok. Maka, adalah penting untuk ibu bapa atau guru untuk berhubung dengan kanak-kanak dan mencari punca masalah dan seterusnya merangka strategi dan jalan penyelesaian dapat dilaksanakan.

✔️ Solusi – Bermain adalah jalan penyelesaian.

Ads

Prof Hashim Kamali dalam penulisannya di dalam ‘Islam and Civilisation Renewal’ ada menyatakan tentang bagaimana Imam al-Ghazali ada menyebut tentang ‘Irhaaq’ iaitu merujuk kepada ‘the dullness of intellect’, ia terjadi apabila kita menekan anak-anak dengan pembelajaran yang keterlaluan (excessive learning) dan merampas hak mereka untuk bermain dan meneroka. Kita bercakap tentang Pendidikan awal kanak-kanak di mana salah satu tugas mereka adalah bermain. Kalau persekitaran tidak membenarkan mereka bermain, maka ia akan mengganggu perkembangan mereka secara positif. Jangan terkejut, menurut Prof Peter Gray dari Boston, kekurangan ruang dan peluang untuk anak bermain mampu memberi masalah kesihatan mental pada masa hadapan. Berapa banyak kes kanak-kanak mutakhir ini membunuh diri akibat desakan memenuhi tuntutan akademik dan kehendak sekeliling. Jangan dibiasakan benda yang tak biasa. Pelbagai refleksi positif dan sebaliknya diperoleh dari Play Conference Malaysia 2019 dari ibu bapa, guru, pensyarah dan sesiapa yang terlibat dengan kanak-kanak.

***

Dalam buku Didiklah dari hati dari Ustaz Pahrol, Abu al-Ala al-Maududi dalam syairnya,
“Anak-anak akan tumbuh
menurut apa yang dibiasakan
oleh orang tuanya,
anak tidaklah menjadi tercela
oleh akalnya, namun
orang dekatnya yang membuatnya
hina.”

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI 

Kredit: Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Jangan Rampas Hak Anak Untuk Bermain & Paksa Mereka Belajar. Anak Bawah 5 Tahun Lumrah Bermain & Meneroka

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI