Video Yusuf Iskandar anak pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menangis ketika ibunya berlepas ke Korea di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi tular dan mendapat banyak komen daripada netizen.
Rata-rata mereka menyatakan rasa sedih melihat Yusuf menangis tidak mahu melepaskan mummy nya pergi.
Mendengar anak menangis bila ditinggalkan mesti membuatkan ibu-ibu rasa tak sampai hati dan ramai yang nak menangis sekali.
Dalam posting tersebut Hairul memberitahu yang Hanis pergi ke Korea bercuti bersama kawan-kawannya.
Turn mommy pulak holiday dgn kawan2 #bujanggetaway sebelum daddy sambung shooting #Paskal di Turkey , take care my bam bam @haniszalikha , video sambungan kat ig @theyusufiskandar
Tapi jangan rasa bersalah. Menangis ketika berpisah adalah sebahagian daripada aspek perkembangan si kecil.
Sebenarnya anak yang ada rasa cemas akan perpisahan menunjukkan yang dia mempunyai bonding yang kuat dengan ibunya.
Ini membuktikan ibu telah cukup memberikan ketenangan, keselesaan dengan kehadirannya bersama anak.
Ini juga membuktikan si kecil berkembang dengan positif kerana dia belajar bahawa dia akan bertindak aktif (dengan menangis) bila rasa tak selesa selain kerana dia belum faham yang ibu akan kembali bersamanya semula nanti.
Hakikatnya tangisan tersebut hanya sekejap sahaja. Biasanya si kecil menangis ketika saat berpisah sahaja. Jangan risau kerana selepas itu anak akan okay dan boleh bermain dan bergembira seperti biasa.
Tak percaya tengok video Yusuf ni. Dia tak risau sebab tahu ada daddy yang sangat menyayangi dan akan menjaganya dengan elok.
Sebagai suami yang prihatin, Hairul memberi peluang kepada Hanis untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawanya selepas sebulan menjaga Yusuf sendirian ketika dia sibuk dengan penggambaran filem Paskal di Sabah.
Jadi sebelum menyambung penggambaran di Turki pula, Hairul yang kini bercuti dan pulang ke rumah tak kisah untuk mengambil alih tugas menjaga Yusuf pula sementara Hanis membuat urusannya pula.
Ramai di kalangan mereka yang bergelar ibu turut rasa terharu dan kagum dengan sikap sporting Hairul yang memahami tugas berat seorang isteri sehinggakan diberikan ‘me time’ untuk merehatkan diri seketika tanpa anak di sisi.
Apa pun itu cara mereka suami isteri menguruskan rumah tangga dan anak. Setiap orang ada cara tersendiri. Jadi tak perlu kecam atau kutuk tindakan ibu yang meninggalkan anak di bawah jagaan ayah ketika mereka bercuti bersama kawan-kawan atau atas urusan kerja.
Yang penting suami yang beri keizinan kepada si isteri dan pastinya ayah pun hendak bonding time berdua dengan si anak pula
Sumber: Instagram Hairul Azreen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI