Jangan takut anak-anak susah nak dengar cakap. Tapi takutlah anak-anak, kerana mereka sentiasa memerhatikan kita. Sebab itulah tanda parenting yang baik sebenarnya bukan terletak kepada bagaimana anak kita ‘behave’ tetapi sebenarnya terletak kepada bagaimana ibu bapanya ‘behave’.
Anak tidak mendengar kata itu perkara biasa, mereka masih dalam fasa mengenal dunia. Apa yang ada di sekelilingnya menjadi bahan yang menarik untuk diuji kaji.
Dari mana datangnya idea untuk jadikan anak seorang yang lebih baik, kita perlu mulakan dengan bagi mereka rasa paling teruk. Marah dan herdik mereka. Ini sangat tidak wajar.
Sebaliknya apa yang kita paparkan (sikap) itu lebih mudah untuk anak serap dan tiru. Bayangkan jika kita terus marah dan marah, maka tenaga negatif itulah yang akan diserap anak, seterusnya membentuk peribadi anak dari dalam.
Seringkali kita menganggap anak sebagai pengganggu kepada kerja penting kita. Tetapi hakikat sebenarnya, anaklah kerja yang paling penting. Jika kita tidak penat, maka ketahuilah ‘parenting’ kita belum cukup baik.
Kerana akhirnya, jika kita ibu bapa mengeja cinta dengan C.I.N.T.A, sebaliknya anak kita pula mengeja cinta dengan M.A.S.A.
Sumber: Najmi Nawawi