Meninggalkan bayi buat sementara waktu disebabkan anda perlu bertugas di luar kawasan, pasti menimbulkan kerisauan, bukan? Jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk anda bererusan membekalkan khasiat susu ibu kepada bayi yang kini berada jauh daripada anda. 

Jangan Risau Kalau Mama Perlu Outstation! 5 Tip Kendali Susu Ibu Ketika Di Luar

IKLAN

Tip berikut diharapkan dapat membantu anda lebih memahami cara yang betul untuk mengendalikan stok susu ibu perahan ketika bekerja di luar kawasan pejabat

IKLAN
IKLAN
  1. Sebelum bertolak, hubungi tempat anda menginap sama ada terdapat kemudahan mini bar atau peti sejuk. Jika tiada, pastikan anda dapat kebenaran daripada pihak hotel atau tempat menginap untuk menumpang susu ibu di chiller atau peti ais hotel.
    .
  2. Pastikan anda membawa kelengkapan pam menyusu yang lengkap seperti;
    -Pam payudara
    -Pek ais
    -Pek ais
    -Ponco
    -Beg penyimpanan atau kotak pendingin
    -Botol atau plastik penyimpanan susu
    -Pelekat label untuk rekod
    .
  3. Jika bilik yang bakal diinap menyediakan kemudahan tersebut, pastikan anda selaraskan suhu mini bar pada suhu yang paling sejuk. Letakkan pek ais supaya beku di tempat sejuk beku.
    .
  4. Jika bertugas di luar kawasan atau berkursus, pastikan anda bangun untuk mengepam susu bagi memastikan rutin mengepam adalah konsisten. Ia juga bagi mengelakkan penghasilan susu berkurangan setelah pulang daripada bertugas.
    .
  5. Jika berkursus atau menghadiri seminar, pastikan anda membawa bekalan makanan seperti biskut, roti serta makanan ringan yang sesuai kerana mungkin ada waktu makan yang perlu anda kecualikan diri bagi tujuan mengepam susu.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI