Mama papa tentu risau jika si manja alami kekurangan dalam proses pembesaran. Mungkinkah kekurangan itu lebih baik untuk anak-anak.

Sebagai ibu bapa, anda tentu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Seperti memberikan pendidikan yang terbaik, makanan dan nutrien dari gred yang terbaik, pakaian dan kelengkapan paling terkini dan selesa serta kasih sayang yang melimpah ruah.

Anda tentu berharap dapat memberikan anak-anak yang terbaik dengan apa yang dimiliki. Biasanya “terbaik” dikaitkan dengan memberi / mempunyai lebih banyak.

Ibu-bapa selalunya ada naluri untuk memberi anak-anak mereka lebih, lebih banyak perlindungan, lebih banyak mainan dan lebih banyak kelas atau aktiviti. Tetapi persepsi “terbaik” adalah subjektif dan sebenarnya anda tidak harus memberi mereka lebih selalu. Anda tidak perlu berikan lebih untuk mereka sepanjang masa!

Adakah memberi lebih banyak kepada anak satu-satunya cara untuk memberikan anak yang terbaik? Mungkin lebih banyak tidak selalunya baik.

# 1 Kurang Mainan, Lebih Kreativiti / Pengalaman Penyelidikan baru (https://qz.com/1253513/the-best-toys-for-kids-fewer-options-may-lead-to-more-creativity/) mencadangkan bahawa kurangkan mainan anak adalah dalam kuantiti kurang lebih baik untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang bermain dengan empat mainan akan mempunyai masa bermain yang lebih berkualiti. Dengan mainan yang terhad, kanak-kanak akan bermain dengan lebih kreatif dengan pelbagai cara berbanding dengan pilihan mainan yang lebih banyak.

Jangan Risau Mama Papa, Kekurangan Itu Sebenarnya Lebih Baik Untuk Si Manja!

“Ini menunjukkan bahawa apabila dibekalkan dengan mainan yang sedikit, si kecil akan bermain dengan setiap mainan dengan lebih lama, membolehkan mereka fokus lebih baik untuk meneroka dan bermain dengan kreatif. Ini boleh dilakukan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak dan menggalakkan permainan yang positif.”

Kajian tersebut  juga mencadangkan bahawa sekiranya kanak-kanak bermain lebih lama dengan sesuatu mainan bermakna mereka boleh bermain dengan lebih kreatif, dan ini juga dapat membantu anak-anak memanjangkan tempoh masa tumpuan mereka yang sangat biasanya sangat singkat pada usia ini .

Konsep “less is more” nampak intuitif iaitu dengan memberi kanak-kanak kurang mainan, mereka akan bermain dengan mainan tersebut dengan lebih lama. Jadi ibu bapa boleh mengehadkan jumlah permainan untuk membantu mereka.

Kemas bilik si kecil dan anda akan mengalami lebih banyak kegembiraan dengan si manja.

https://qz.com/1253513/the-best-toys-for-kids-fewer-options-may-lead-to-more-creativity/

# 2 Kurang Perlindungan, Lebih Berdikari dan Kemahiran Hidup

Apabila seorang kanak-kanak dilahirkan, naluri semula jadi ibu bapa ialah untuk melindungi mereka. Ibu bapa yang terlalu melindung percaya bahawa mereka melakukan yang terbaik untuk anak-anak dengan melindungi anak-anak mereka daripada orang sekeliling dari segi fizikal, emosi dan sosial.

Jangan Risau Mama Papa, Kekurangan Itu Sebenarnya Lebih Baik Untuk Si Manja!

IKLAN

Melindungi anak-anak daripada perkara-perkara tertentu mungkin tidak semestinya baik bagi kanak-kanak mereka dan boleh menyebabkan si kecil tidak memperolehi pengalaman pembelajaran yang diperlukan untuk berdikari di masa hadapan.

Tetapi bilakah yang dikatakan perlindungan ini menjadi keterlaluan buat si manja?

Ia mungkin kelihatan tidak wajar tetapi jika anda terlalu melindungi anak-anak, sebenarnya anda akan mendedahkan mereka kepada risiko lain. Anda juga mungkin akan menyebabkan mereka tiada kemahiran dan pengalaman kehidupan yang diperlukan untuk menangani cabaran ketika si manja membesar kelak.

Tetapi jika anda obses menjaga anak dan terlalu mengawal, si kecil mungkin akan membesar dengan tidak mengetahui bagaimana menilai, mengendali dan mengatasi cabaran yang tidak dijangka.

http://www.teenink.com/hot_topics/what_matters/article/660649/Are-Todays-Children-Over-Protected/

# 3 Kurang Aktiviti, Lebih Masa Bersama Yang Berkualiti

Apabila masa keluarga terpaksa dikurangkan kerana kerjaya, persekolahan dan gangguan teknologi, luangkanlah masa yang berkualiti untuk bonding boleh membina hubungan yang erat dengan anak-anak.

Dengan kurangnya aktiviti seperti kelas menari, taekwando dan piano yang si manja mungkin tidak menikmati, ibu bapa dapat menghabiskan lebih banyak masa berkualiti untuk mengukuhkan hubungan dengan si manja.

Jangan Risau Mama Papa, Kekurangan Itu Sebenarnya Lebih Baik Untuk Si Manja!

IKLAN

Sebenarnya, jika ibu bapa mengenepikan keinginan untuk menghantar kanak-kanak ke kelas, bonding dengan anak-anak akan menjadikan ikatan antara kalian yang lebih utuh.

# 4 Susu dengan 0% Gula Tambahan. 100% Kebaikan Susu

Mengikut statistik terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, lebih daripada 6% kanak-kanak di Malaysia di bawah umur lima tahun dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan.

Manakala, lebih kurang 12% kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 18 tahun pula diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan atau obesiti!

Jangan Risau Mama Papa, Kekurangan Itu Sebenarnya Lebih Baik Untuk Si Manja!

KENAPA GULA YANG BERLEBIHAN BERBAHAYA?

* Meningkatkan kemungkinan obesiti.

* Mempengaruhi deria rasa dan menyebabkan kanak-kanak gemar makanan atau minuman yang manis.

* Meningkatkan risiko kaviti gigi.

IKLAN

Jadi kenapa berikan susu yang mengandungi gula tambahan sedang kanak-kanak tidak memerlukannya?

Anmum Essential adalah satu-satunya susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan 0% Gula Tambahan*. 100% Kebaikan Susu. Kini dengan Mind-Q Connect, mengandungi DHA dan 2x lebih GA®** (Gangliosida).

Jadi ibu-bapa, maksimumkan hubungan sel-sel otak anak anda hari ini dengan interaksi bersama anak dan pemakanan yang baik.

Jangan Risau Mama Papa, Kekurangan Itu Sebenarnya Lebih Baik Untuk Si Manja!

¹ Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997.

CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa.

Di bawah Akta Pemakanan Malaysia1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.

Di bawah Piawaian Pemakanan Australia New Zealand – Standard 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk serupa didefinasikan sebagai gula.

**berbanding dengan formulasi terdahulu.

Jangan Risau Mama Papa, Kekurangan Itu Sebenarnya Lebih Baik Untuk Si Manja!

Jangan takut untuk mengurangkan pemberian kepada anak kerana ia akan membantu dalam perkembangan mereka.

Cubalah Anmum™ Essential hari ini!



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI