
Menuyusukan anak dalam keadaan areola luka (nipple crack) merupakan satu pengalaman ngeri bagi para ibu. Hanya para ibu yang pernah merasai sahaja tahu akan kesakitan itu. Dalam kesakitan itu, ibu masih perlu membekalkan bayi susu secara menerus daripada payudara, ada juga ibu perlu pam susu untuk dijadikan stok ketika ibu bekerja.
Nipple crack terjadi apabila lekapan mulut anak pada payudara ibu tidak betul. Pemilihan saiz yang corong pam yang salah atau pemilihan suction yang terlalu kuat dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan nipple crack.

Menurut Asiah Maharam, teknik mengepam susu menggunakan tangan yang dipanggil Marmet bolej dilakukan semasa nipple crack. Akan tetapi, susu boleh berkurang jika tidak mahir menggunakan teknik ini.
Beliau juga turut berkongsi teknik marmet semasa nipple crack iaitu:
1. Perahan menggunakan pam hanya dilakukan sebelah sahaja dan sebelah lagi akan dilakukan menggunakan tangan.
2. Guna stimulation phase (tarikan laju-laju) sahaja supaya luka dapat dikawal bermula dengan level paling rendah dan makin meningkat bila mommies rasa selesa.
3. Waktu itulah susu akan keluar secara automatik dan bila mommies marmet nanti susu akan keluar dengan lebih cepat.
4. Bila susu mula berhenti keluar, tukar side di mana bahagian yang marmet tadi mommies pasang pam dan bahagian yang pam mommies akan marmet pula.
5. Ulang semula step 2,4 dan 5 sehingga 30 minit. Jika selepas 30 minit susu masih keluar jangan stop. Teruskan lah sampai susu tak keluar lagi.
Diharapkan teknik yang dikongsikan dapat membantu para ibu menghadapi situasi nipple crack dengan baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Adik Merengek Dia Sibuk Pujuk” Asyik Melekat Dengan Adik, Wargamaya Seronok Tengok Gelagat Aafiyah!

Melihat gelagat Aafiyah yang begitu teruja ketika bersama adiknya membuatkan kita terhibur. Wargamaya tidak terkecuali turut terhibur dengan gelagat Aafiyah.
Mana tidaknya, riak wajahnya cukup bercahaya dan senyuman manis dan lebar dilemparkan kala memandang wajah adiknya.
Selamat pulang ke rumah selepas melahirkan bayi keduanya pada 19 April lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut berkongsi beberapa gambar dan video Aafiyah bersama adiknya.
Terbaru menerusi Instagramnya, Siti turut memuat naik video gelagat comel Aafiyah yang begitu teruja ketika melihat adik ada bersamanya sebaik bangun dari tidur.
Comelnya saat melihat wajah Aafiyah tersenyum lebar sebaik melihat adiknya.
“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.
“Tiba tiba Adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret,” kongsi Siti di kapsyennya.
Bagaikan kakak yang sudah dewasa, Aafiyah kemudian memeluk adiknya dengan penuh rasa sayang sambil memandang wajahnya. Comel sekali.
Meninjau di IG story Datuk Siti, gelagat Aafiyah yang sentiasa ‘melekat’ dengan adik membuatkan wargamaya turut terhibur dengan gelagat comelnya. Bukan hanya mahu berkongsi selimut bahkan mahu sentiasa dekat dengan adiknya.
” Adik merengek dia sibuk pujuk.
” Nak kongsi selimut adik, katanya selimut dia sebab ada tulis A,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya menyifatkan Aafiyah persis kakak-kakak yang pandai menjaga adiknya malah memuji cara Aafiyah yang begitu lembut dan santun pada adiknya.
“Akak aafiyah ni so cute lah”
“Loving sister aafiyah nie. Comey sgt both siblings ni”
“Alaaa… sweetnya Kakak ni…”
Semoga Aafiyah terus menjadi kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adiknya kelak.
Terdahulu, selepas melahirkan bayinya pada 19 April, sebaik dibenarkan pulang ke rumah, sudah semestinya pertemuan antara Aafiyah dan adiknya menjadi detik paling membahagiakan buat Datuk Siti sekeluarga.
Artikel berkaitan: Alhamdulillah, Saya & Anakanda Baik, Siti Syukur Lalui Nikmat Bersalin Di Usia 42 Tahun
Saya Percaya Kedua-Dua Anak Ini Akan Sayang & Jaga Ibunya, Sebak Luahan Datuk K
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Kerap Menangis Bukan Sebab Ada Gangguan, Ini Penjelasan Saintifik & 16 Cara Pujuk Si Manja

Isi Kandungan
ToggleBayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan ‘gangguan’ tapi benarkah dakwaan itu? Pakar kata bayi menangis kerana masalah kolik bayi. Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.
Memahami apa itu kolik
Bagaimana untuk tahu bayi menangis bukan kerana gangguan, sebaliknya disebabkan kolik bayi?
Kolik adalah ketika bayi yang sihat menangis lebih lama daripada biasa.
Ya, sudah tentu semua bayi akan menangis. Itu merupakan cara terbaik, malahan satu-satunya kaedah untuk mereka berkomunikasi menyampaikan ketidakselesaan mereka tentang sesuatu perkara.
Doktor biasanya akan mendiagnosis bayi menangis sebagai kolik berdasarkan 3 tanda, iaitu:
- Bayi anda menangis sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
- Bayi menangis sekurang-kurangnya 3x seminggu.
- Tangisan yang berlaku berlanjutan untuk tempoh 3 minggu berturut-turut
Bayi dengan kolik, akan menangis secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Lebih memilukan, tiada rawatan yang terbukti berkesan untuk mencegahnya.
Masalah kolik yang terjadi tidak bermakna si manja anda mempunyai masalah kesihatan. Biasanya keadaan ini akan beransur hilang seiring dengan peningkatan usia si kecil.
Bayi menangis, bila ia bermula & berakhir
Serangan kolik bermula apabila bayi berusia 2 hingga 3 minggu (lebih lewat untuk bayi pramatang).
Kemuncaknya adalah apabila usia bayi mencapai 6 minggu dan akan berkurangan pada minggu ke-10 hingga 12.
Menjelang usia 3 bulan (biasanya akan sedikit lambat bagi si kecil dengan kelahiran pramatang), masalah kolik bayi akan hilang secara ajaib.
Kolik yang dialami mungkin hilang secara tiba-tiba atau berhenti secara beransur-ansur.
Kenal pasti simptom dan tanda
Selain 3 peraturan doktor di atas, berikut adalah beberapa simptom dan tanda kolik bayi yang boleh anda kenal pasti:
- Bayi menangis berlaku pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya pada lewat petang atau awal senja
- Tangisan terjadi tanpa sebarang sebab yang boleh dikenal pasti seperti lampin kotor atau rasa lapar mahupun mengantuk
- Bayi akan melakukan pergerakan kaki dan tangan yang lebih banyak daripada kebiasaannya
- Ekspresi muka yang berubah-ubah, seperti menutup mata dan membukanya dengan luas, mengerutkan kening serta menahan sebentar pernafasan
- Aktiviti usus yang meningkat. Bayi anda mungkin lebih kerap mengeluarkan gas atau mengeluarkan air liurnya
- Aktiviti makan dan tidur terganggu disebabkan tangisan. Bayi akan panik mencari puting susu tetapi menolaknya sebaik hisapan bermula dan kembali menangis dengan kuat
Punca bayi menangis disebabkan kolik
Punca sebenar masalah kolik masih lagi misteri. Namun berikut adalah beberapa teori yang mungkin jadi penyebab berlakunya tangisan kolik:
- Deria berlebihan
Menjelang akhir bulan pertama selepas kelahiran, bayi akan menjadi lebih peka terhadap rangsangan persekitarannya.
Dengan begitu banyak rangsangan dan sensasi yang muncul, menyebabkan mereka sukar mengendalikan keadaan tersebut.
- Sistem pencernaan
Mencerna makanan adalah tugas besar bagi sistem gastrousus bayi yang masih baru.
Akibatnya, makanan akan melalui saluran usus dengan cepat dan tidak dapat dicerna dengan sepenuhnya.
- Asid refluks bayi
Penyelidikan mendapati gastroesophageal reflux disease (GERD), boleh mencetuskan keadaan kolik bayi.
Keadaan itu mencegah asid perut mengalir ke kerongkong serta mulut dan merengsakan esofagus.
- Alahan makanan
Ada pakar percaya episod kolik terjadi disebabkan oleh alahan kepada protein susu lembu atau intoleransi laktosa pada bayi yang diberikan susu formula.
Untuk kes jarang berlaku, kolik juga boleh terjadi disebabkan reaksi terhadap makanan tertentu dalam diet pemakanan ibu yang menyusukan bayi.
- Pendedahan kepada tembakau
Kajian menunjukkan wanita merokok semasa atau selepas kehamilan cenderung mempunyai bayi dengan kolik.
Walaupun masih tidak jelas kaitan antara asap rokok dan kolik, tetapi bukankah bagus jika ibu mengandung menjaga kesihatan dengan baik?
Mengatasi kolik bayi
Tiada rawatan dapat menghilangkan kolik, tetapi ada cara untuk membantu meredakan keadaan bayi menangis.
- Pastikan bayi tidak lapar.
- Keadaan lampin bayi sentiasa bersih.
- Cuba untuk sendawakan bayi dengan lebih kerap semasa atau selepas penyusuan.
- Jika si comel menyusu menggunakan botol, cuba tukar botol lain yang lebih sesuai.
- Tanyakan pendapat doktor jika menukar susu formula boleh membantu.
- Sesetengah ibu mengehadkan pengambilan kafein, tenusu, kacang soya, telur atau gandum dalam diet harian dan ia berkesan menghalang kolik bayi.
- Dodoikan bayi.
- Bernyanyi atau berbual dengan si manja.
- Bawa bayi menaiki kereta sorong.
- Mendakap bayi secara rapat ke badan dan bernafas secara perlahan-lahan.
- Berikan si manja mandian suam yang menyelesakan.
- Sambil mendukung anak, lakukan urutan perlahan di belakang badan bayi.
- Letakkan bayi secara meniarap pada pangkuan anda dan urutkan si manja dengan perlahan.
- Letakkan bayi di dalam buaian dan lakukan gerakan yang menenangkan.
- Letak bayi di dalam kerusi keselamatan bayi jika bawa mereka berjalan-jalan dalam kereta.
- Mainkan muzik. Anda juga boleh membuat bunyi ‘sshhh’ dengan perlahan bersama henjutan badan.
Akan berakhir…
Untuk kepastian, lakukan pemeriksaan doktor. Ini dapat membantu anda menentukan keadaan sebenar si manja.
Anda perlu sentiasa ingat bahawa keadaan ini akan berakhir, jadi bersabarlah mommies sekalian.
Kredit: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mesin Pengering Tangan Banyak Bakteria & Kulat, Lebih Baik Kibas-kibaskan Tangan Supaya Cepat Kering

Isi Kandungan
ToggleMesin pengering tangan banyak bakteria dan kulat. Lebih baik kibas-kibaskan tangan supaya cepat kering. Selepas menggunakan tandas pasti kita akan membasuh tangan bukan? Perbuatan ini menjadi suatu kebiasaan sebagai langkah menjaga kebersihan.
Seperti yang kita semua ketahui bahawa tandas merupakan tempat pembiakan pelbagai jenis kuman. Kebiasaannya selepas mencuci tangan, kita akan menggunakan mesin pengering tangan yang disediakan di dalam tandas awam untuk mengeringkan tangan.
Mesin Pengering Tangan Banyak Bakteria & Kulat
Sebenarnya adakah anda yakin ketika menggunakan mesin pengering tangan tersebut anda bebas daripada sebarang kuman? Adakah udara panas daripada pengering tangan itu benar-benar bersih dan sihat?
Artikel lain:Jangan Sapu Bedak Talkum Pada Anak, Mengelakkan Pembiakan Bakteria Dan Ruam!
Menerusi akaun TikTok, Phone Soap berkongsi info tentang penggunaan mesin pengering tangan di dalam tandas awam. Eksperimen yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok itu yang merupakan seorang lelaki berjaya menemukan bakteria dan kulat hasil daripada penggunaan mesin pengering tangan di dalam tandas awam.
Lebih Baik Kibas-kibaskan Tangan Supaya Cepat Kering
RINGKASAN EKSPERIMEN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH LELAKI INI:
1. Eksperimen dilakukan terhadap dua jenis mesin pengering tangan secara rawak.
2. Melalui hasil eksperimen yang dilakukan ke atas dua jenis mesin pengering tangan mendapati, mesin pengering tangan pertama lebih banyak menghasilkan kuman dan bakteria pada jeli kultur berbanding mesin pengering tangan yang kedua.
3. Oleh kerana hasil eksperimen pertama menemukan banyak kuman dan bakteria pada jeli kultur, lelaki ini sekali lagi membuat eksperimen tersebut dengan menguji tahap kebersihan mesin pengering tangan di beberapa lokasi berbeza.
4. Untuk piring petri yang pertama, mesin pengering tangan tidak digunakan pada jeli kultur. Apa yang dilakukan ialah mengibas-ngibaskan piring petri tersebut seperti seseorang individu mengibaskan tangan mereka selepas mencuci tangan.
5. Seterusnyanya untuk piring petri kedua, ke tiga, ke empat dan ke lima, semua piring petri itu telah dilalukan pada mesin pengering tangan di lokasi berbeza seperti lokasi asal eksperimen, stesen minyak, panggung wayang dan pasar raya.
6. Semua piring petri yang mengandungi jeli kultur akan diletakkan dalam mesin inkubator selama tiga hari.
7. Selepas tiga hari berlalu, jelas kelihatan perubahan pada jeli kultur menerusi mata kasar. Piring petri yang pertama menunjukkan keputusan yang mengejutkan apabila tiada kehadiran bakteria yang ketara pada jeli kultur.
Baca lagi: Karies Gigi Punca Berumahnya Bakteria Dalam Mulut Anak. Tak Jaga, Lagi Teruk!
8. Piring petri kedua pula menunjukkan keputusan yang serupa dengan sebelum ini iaitu, pertumbuhan ketara sehingga memenuhi keseluruhan jeli kultur.
9. Permukaan jeli kultur pada piring petri ketiga, keempat dan kelima adalah berbeza-beza mengikut lokasi mesin pengering tangan.
10. Jelas kelihatan permukaan jeli kultur yang dilalukan pada mesin pengering tangan di stesen minyak menghasilkan kuman yang lebih kurang sama dengan hasil piring petri kedua.
11. Mesin pengering tangan di panggung wayang menghasilkan kuman yang lebih kecil berbanding kedua-dua piring petri sebelum ini dan mesin pengering tangan di pasar raya menghasilkan kuman paling kecil, iaitu hanya beberapa tompokan sahaja.
12. Walaupun hasil piring petri di pasar raya menunjukkan pertumbuhan kuman yang tidak banyak namun keputusan itu tidak dapat menandingi keputusan piring petri pertama iaitu dengan hanya mengibaskan tangan.
13. Hasil daripada eksperimen yang telah dilakukan, lelaki ini mencadangkan agar orang ramai tidak perlu menggunakan mesin pengering tangan selepas membasuh tangan di dalam tandas awam. Lebih baik hanya mengibaskan tangan sahaja.
Sumber: Phonesoap
Lagi artikel: Risiko Bakteria Kalau Simpan Susu Ibu Dibahagian Makanan Mentah! Tolong Elakkan, Atau Buruk Padahnya!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI