Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof dilihat semakin berpanjangan.
Hari ini, hati seorang wanita bergelar ibu yang sekian lama bertahan demi dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah sedikit tercalar.
Semuanya gara-gara satu hantaran yang dibuat suaminya di Instagram. Ujar Sarah menerusi Insta Storynya, dia sebolehnya tidak mahu lagi memberikan sebarang reaksi kepada isu hangat ini kerana memikirkan perasaan dua anaknya yang masih kecil.
Malah kata Sarah lagi, sebolehnya dia tidak mahu mengguris hati dua anaknya kerana mereka kini semakin memahami.
“Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku.
“Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga,” kongsi Sarah.
Pohon Sarah lagi, dia tidak mahu suaminya itu terus menyakiti hati dan perasaan dua anak kecilnya yang sedang membesar.
“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar.
“Jangan sesekali menyakiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikir sebelum membuat sebarang hantaran.
“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” katanya sinis.
Rentetan kisah itu, terbaru Sarah juga meminta untuk dilepaskan kerana tidak rela dimadukan.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better,” katanya lagi menerusi satu entrinya di Instagram.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Sarah serta dua anaknya. Moga terus kuat dan tabah menjalani hari-hari mendatang.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma