Jangan Salah Waktu, Bila Masa Sesuai Minum Air Selusuh & Minyak Kelapa Dara? Doktor Kongsikan Pencerahan!

Share

Menunggu tempoh bersalin sebaik memasuki minggu-minggu akhir kehamilan sememangnya cukup mendebarkan. Pelbagai perasaan mula menghantui ibu hamil. Rasa berdebar yang teramat kuat ditambah dengan rasa teruja untuk menanti detik bersua muka dengan bayi tersayang.

Pun begitu, sebelum menempuh detik waktu ini, pelbagai persiapan perlu dilakukan ibu sebelum bersedia bergelar ibu.

Menerusi Borak Pa&Ma Go Live yang bersiaran pada Selasa dan Rabu, Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi berkongsi pelbagai info menarik untuk bakal ibu.

Pada minggu ke 28 dan ke atas, mama seharusnya sudah bersedia untuk bersalin kerana biasanya sekitar minggu ke 37, bayi sebenarnya sudah cukup bulan dan bersedia bila-bila masa untuk bersalin.

Baca: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda?

Menurut kata Dr Maiza, ada waktunya terutama jika ibu mengalami beberapa komplikasi kehamilan seperti kencing manis dan darah tinggi, ibu dinasihatkan untuk bersedia lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah pada bayi dan ibu.

Perlu ke ambil minyak kelapa dara dan air selusuh?
Bila menyebut mengenai bersalin, air selusuh dan minyak kelapa dara cukup dekat dengan kita. Pun begitu, benarkah ternyata ia begitu membantu kelancaran ketika detik bersalin? Ini yang dikongsikan oleh Dr Maiza.

Minyak kelapa dara
Bahan semulajadi ini adakalanya diragui ketika cara pembuatannya. Malah kajian terhadap haiwan yang hamil juga membuktikan VCO turut memberi kesan kepada bayi yang dikandung.

Pun begitu, kata Dr Maiza lagi, adalah lebih baik ibu hanya menggunakan di luaran sahaja iaitu dengan urutan di bahagian perineum berbanding diminum. Ini disebabkan, jika tidak bersesuaian dengan jenis ubatan yang diambil ibu, ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Jadi biarkan hanya urutan sahaja tanpa perlu diminum.

Bila masa sesuai untuk ibu guna? Masa paling sesuai untuk melakukan urutan ini adalah pada minggu ke 34 ke atas

Air selusuh
Bila bercerita mengenai air seluruh, kata doktor Maiza, air selusuh hanyalah air sahaja dan tidaklah memudaratkan ibu ketika bersalin.

Pun begitu air yang dibacakan doa itu boleh diambil bila masanya sesuai. Doktor Maiza turut menasihatkan ibu mengambil air selusuh ketika berada di labour room dan ketika bukaan serviks sudah pun terbuka sekitar 3 hingga 4cm.

 

Elakkan sama sekali diambil ketika masih berada di wad bagi mengelakkan air mengalami kontraksi yang begitu kuat. Elakkan!

Menarik: Kalau Anak Tak Cukup Berat, Cuba Mama Tambah Minyak Dalam Masakan, Kalau Berat Dah OK Tak Perlu

 

 

Published by
SRM