Sebagai ibu bapa pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari sepanjang mendidik anak. Didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Moga apa yang dikongsikan oleh Ustaz Mohd Elyas Ismail ini dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang baik untuk-anak. Lebih-lebih lagi dalam membentuk anak yang degil dan tak mahu dengar cakap.
Anak degil salah siapa? Tak ada lagi insan di muka bumi ini lahir-lahir terus jadi degil. Lahir terus jadi baik, memang tak ada. Tak boleh tiba-tiba.
Mesti ada yang mendidik dan mengajar. Orang kata rumah tempat membina watak, sekolah tempat membina otak. Samada otak atau watak keduanya ini memainkan peranan yang penting.
Apa punca anak degil dan tak nak dengar cakap? Ada punca dan sebabnya. Pertama sekali puncanya mungkin kerana didikan itu sendiri. Anak belajar melalui apa yang dia nampak.
Seorang suami atau isteri ada bergaduh, anak tengok dan ini mungkin punca buat anak degil. Ini contoh.
Yang kedua mungkin kerana didikan terhadap mereka. Anak-anak ini kalau segala yang dia mahu kita ikut saja semuanya, pun boleh jadi sebab anak degil. Orang panggil besar kepala.
Yang ketiga mungkin juga kawan-kawan dia, atau melalui filem dan drama yang menunjukkan contoh negatif. Jadi pemilihan kawan ini pun penting.
Ada empat perkara untuk kita didik anak, agar tak jadi anak yang degil.
1. Jangan ajar anak berbohong
Apa saja bentuk penipuan, elakkan sama sekali. Bimbang didikan ini beri kesan pada anak.
2. Jangan ajar anak mencuri
Walau sekecil-kecil perkara di sekeliling kita yang menjurus kepada mencuri atau menyalahkan hak orang lain, elakkan. Selalu berlaku tanpa sedar.
3. Larang anak caci maki
Bila anak kita cakap yang bukan-bukan, elakkan sama sekali.
4. Jangan ajar anak tiru benda tak baik
Apa sahaja yang anak tonton di televisyen atau telefon, bantu dia untuk kenal pasti baik dan buruk. Jangan meniru benda yang tak elok. Betulkan kalau anak buat segera!
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!