Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

Share

Menantikan kelahiran bayi sesuatu yang mendebarkan. Lebih membimbangkan jika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut?

Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.

Memahami perkembangan bayi pramatang

Kelahiran bayi sama ada anak pertama mahupun yang kelima, pasti tetap akan menjadi perkhabaran yang menggembirakan. Namun, tidak semuanya akan berjalan lancar.

Jika bayi yang dilahirkan 3 minggu lebih awal, anda mungkin akan mempunyai lebih banyak persoalan mengenai si manja – bagaimana tumbesaran bayi – berbanding ibu bapa bayi yang dilahirkan tepat pada waktunya.

American Academy of Pediatrics (AAP) menyenaraikan perkembangan atau pencapaian penting dalam tumbesaran anak.

Ia membantu anda untuk mengetahui apa yang perlu diperhatikan seiring peningkatan usia si manja.

Seperkara yang harus diingatkan adalah proses perkembangan anak bukanlah perlumbaan. Anak akan membesar dalam aturan masa mereka tersendiri.

Pun begitu, sesetengah anak mungkin tidak mencapai titik perkembangan yang sama. Ini terutamanya jika mereka dilahirkan lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin sepatutnya.

Jadi bagaimana untuk mengukur tahap perkembangan bayi pramatang?

Penyelarasan usia mengikut tempoh kelahiran bayi

Si kecil yang menghabiskan masa kurang daripada 37 minggu di dalam kandungan ibunya dianggap sebagai bayi pramatang.

Maka penting untuk menggunakan usia yang sesuai bagi menilai tumbesaran anak.

Untuk mengetahui apa dan bila anak sepatutnya melakukan sesuatu, penting untuk ibu bapa melihat pelarasan usia yang sewajarnya. Ia turut dikenali sebagai pembetulan usia.

Jika kelahiran bayi adalah 2 bulan lebih awal dan sekarang sudah berusia 4 bulan, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk melakukan sama seperti baby yang berusia 4 bulan.

Sebaliknya, anda perlu melihat apa yang boleh dilakukan oleh bayi pada usia 2 bulan.

Sesetengah bayi pramatang boleh mengikuti jejak langkah rakan seusia mereka, tetapi anda sebagai ibu bapa perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.

Walau bagaimanapun, jika bayi pramatang itu mempunyai masalah melibatkan perubatan penting, mereka mungkin memerlukan lebih masa untuk mencapai tahap perkembangan sewajarnya.

Mengenal pasti tahap perkembangan bayi pramatang

Seperti si manja yang lahir cukup bulan, titik perkembangan bayi yang lahir pramatang juga berbeza. Walau apa pun, sesetengah perkara penting perlu berlaku pada urutan masa berikut:

Penyelarasan usia 2 bulan

-Boleh mengawal kepalanya
-Membuat suara seperti teriakan dan tangisan yang berbeza
-Tersenyum kepada individu sekelilingnya
-Mengenali ibu bapa dan penjaga

Penyelarasan usia 4 bulan

-Mampu mengangkat kepalanya ke atas dan melihat sekeliling semasa tummy time
-Berguling
-Mengikut gerakan wajah dan objek

Penyelarasan usia 6 bulan

-Duduk dengan sendiri
-Mula merangkak
-Melihat kepada mainan
-Ingin mengetahui tentang perkara di luar jangkauan
-Gabungan konsonan dan vokal babbles seperti dada, mama, baba

Penyelarasan usia 9 bulan

-Perkembangan bayi pramatang pada usia ini sudah boleh merangkak bebas
-Boleh menarik badan untuk berdiri
-Memahami maksud “tidak”
-Mengikut bunyi dan isyarat
-Mempunyai ragam vokal yang lebih banyak
-Boleh bermain peek-a-boo

Penyelarasan usia 12 bulan

-Mula berjalan mengikut aturan perabut
-Mula mengambil langkah solo
-Mula untuk berdiri sendiri
-Boleh memungut barangan kecil
-Bertindak balas dengan soalan ringkas seperti “Mana Mama?”
-Cuba mengucapkan kata-kata yang anda lafazkan
-Menggunakan gerak isyarat mudah seperti menggelengkan kepala yang bermaksud “tidak” dan melambai tangan “bye-bye”
-Menangis apabila ditinggalkan ibu bapa
-Mempunyai barangan kegemaran seperti anak patung atau bantal busuk
-Mula melafazkan perkataan Mama dengan maksud (bermakna anak mengetahui Mama adalah panggilan untuk ibunya)

Penyelarasan usia 15 bulan

-Berjalan dengan koordinasi
-Boleh melakukan penyusuan bentuk atau bermain susun gambar ringkas
-Boleh bercangkung
-Sudah menggunakan lebih daripada 3 perkataan selain Mama dan Dada yang digunakan untuk meminta sesuatu
-Boleh melihat atau menunjukkan gambar di dalam buku
-Mengikut lebih banyak arahan yang diberikan

Penyelarasan usia 18 bulan

-Berjalan menaiki tangga
-Mula berlari
-Menarik mainan semasa berjalan
-Boleh menanggalkan pakaian
-Minum menggunakan cawan dan makan dengan sudu
-Mempunyai perbendaharaan kata sekitar 19 patah perkataan
-Berkata dan menggelengkan kepala sebagai tanda “tidak”
-Menunjukkan ke arah yang dimahukannya
-Perkembangan bayi pramatang pada zaman persekolahan

Apabila bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ini mula memasuki alam persekolahan, sebahagian daripada mereka mungkin menghadapi masalah fizikal berterusan seperti asma atau Cerebral palsy.

Mereka juga mungkin menghadapi cabaran perkembangan seperti kesukaran memberikan perhatian atau kurang kawalan motor.

Ini terutamanya bagi kelahiran bayi dengan saiz yang sangat kecil.

Perkembangan bayi pramatang

Setelah anak anda mencapai usia persekolahan, adalah penting untuk anda berhubung rapat dengan guru dan kakitangan sekolah bagi mengenal pasti isu yang perlu dan menjadi perhatian.

Setiap bayi adalah berbeza

Semakin awal kelahiran bayi, semakin panjang dan banyak yang perlu dikejarnya.

Walaupun selepas penyelarasan usia untuk perkembangan bayi pramatang dilakukan, anda harus ingat tiada bayi yang akan mempunyai proses tumbesaran yang sama.

Paling penting sebagai parents, anda harus sentiasa memberikan sokongan kepada si manja anda.

Sumber: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa