Ruam lampin merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh bayi. Perkara ini sering dan normal terjadi bagi bayi yang berumur 12 bulan ke bawah. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung dan bahagian kemaluan.
Ruam lampin boleh dirawat di rumah sahaja, dan boleh sembuh dengan cepat jika dirawat dengan betul dan baik.
Ruam lampin sering terjadi kerana kerengsaan. Pendedahan terhadap air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi terutamanya jika bayi menggunakan lampin yang kurang penyerapan.
Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa akibat bergeser dengan kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan menyebabkan ruam.
Menurut Dr Samhan, 1/3 bayi akan mengalami ruam lampin. Ibu bapa pasti akan berasa sayu dengan apa yang dihadapi bayi mereka. Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk elakkan bayi daripada terkena ruam lampin. Mari lihat video perkongsian mengenai tip elakkan ruam lampin.
@dr.samhan Luluh hati bila tengok anak merana ‘nappy rash’ ni. Amal 5 tips penjagaan lampin bayi untuk elak anak kena ruam lampin. #diaper #nappycream #nappyrash #drsamhan ♬ Kong Kali Kong – Verse – Floor 88 & Namiey
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedap Nama Baby” Tasha & Raqib Kongsi Nama Anak Kedua, Comel Macam Abang!
Selepas selamat melahirkan bayi lelaki keduanya pada 15 November lalu, pasangan selebriti, Tasha Manshahar dan penyampai radio, Raqib Majib mengumumkan nama indah buat anak kedua mereka.
Pada hari ketujuh kelahirannya, Tasha dan Raqib juga turut sama mengadak
an akikah dan majlis cukur jambul buat putera kedua mereka itu.
Menurut kata Raqib, dia dan Tasha sememangnya berhajat mengadakan majlis pada hari ketujuh kelahiran bayi mereka.
“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin
“Saya memang dah niat genap 7 hari lahir putera kedua kami, saya terus nak buat aqiqah. Alhamdulillah majlis semalam semuanya berjalan dengan lancar dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Aqiqah dan cukur jambul diketuai oleh Tuan Guru @pusalman.
“Putera kami kedua diberi nama MATEEN RIZQI BIN FAHRUR RAQIB. Doakan Mateen Rizqi menjadi umat Muhammad yang dapat memberi manfaat pada keluarga , bangsa dan agama.
Melalui Instagramnya, Tasha turut berkongsi hal yang sama sambil berkongsi dua keping gambar ketika majlis berlangsung.
“Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi.
“Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah.
“Introducing adik Muammar yang kami namakan, Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib,” kongsinya lagi.
Rata-rata seluruh pengikut Tasha dan Raqib turut memuji wajah comel Mateen dan nama yang diberikan. Ringkas dan sedap kata mereka.
Semoga Mateen Rizqi terus membesar dengan sihat malah membahagiakan mereka sekeluarga.
Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Hamil Lewat, Dr Norzizi Zulkifli Selamat Bersalin Usia 42 Tahun
Pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli, 42, selamat melahirkan anak keempatnya pada Khamis, 22 Februari lalu.
Walaupun mengikut nasihat doktor, wanita hamil lewat usia akan mempunyai risiko namun ia bukanlah bermaksud langsung tidak dibenarkan.
Siapalah kita untuk menidakkan rezeki yang Allah kurniakan. Dikurniakan peluang mengandung pada usia 40-an dianggap sebagai rezeki tak terduga oleh kebanyakan wanita apatah lagi jika anak-anak sebelum ini semuanya sudah besar belaka.
Pelakon dan pengacara yang popular dalam rancangan ‘Di Mana Joe Jambul’ sekitar tahun 90-an ini juga adalah anak kepada pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar telah berkongsi di Instagram peribadinya sebaik selamat melahirkan bayi perempuannya.
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on
Hasil perkahwinan dengan Bayu Utomo Radjikin, 49, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang anak sebelum ini, Muhammad Armada Jiwa, 11, Tulus Jiwa Ramadan, 9, dan Indah Hening Kasih, 8.
Nampaknya Zizi dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan selamat melalui proses melahirkan bayinya tanpa sebarang masalah.
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on
APA RISIKO MENGANDUNG PADA USIA 40-AN?
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, tubuh seorang wanita akan semakin tidak berdaya untuk kehamilan berbanding semasa umur mereka 20an atau 30an.
Dalam banyak kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang hamil pada usia 40 an mengalami risiko dua kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia 20an untuk mendapat
- Kencing manis semasa hamil
- Masalah pra-eklampsia
- Masalah tekanan darah tinggi
- Plasenta previa (uri rendah)
- Abruption plasenta (uri terpisah dari dinding rahim)
Wanita 40an mungkin lebih mudah mengalami masalah ketika proses melahirkan anak seperti
- Kemungkinan melahirkan secara pembedahan casearean
- Bayi akan lahir songsang
- Bayi yang lahir dengan berat badan yang ringan
- Bayi dilahirkan terlalu awal (pramatang)
Masalah yang menjadi kebimbangan setiap doktor dan ibu bapa ialah risiko mendapat anak yang mempunyai masalah kromosom lebih besar berbanding dengan wanita yang lebih muda.
Kira-kira satu dalam 200 bayi yang dilahirkan oleh wanita berumur 40an atau lebih mempunyai masalah down syndrome.
Namun sebagai umat Islam kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah. Walaupun ada risiko namun tidak semestinya seratus peratus tepat.
Kini dengan teknologi perubatan moden dan terkini, ramai wanita yang telah berjaya melalui fasa kehamilan pada lewat usia serta selamat melahirkan anak yang sihat dan sempurna.
Apa yang penting, ibu mestilah menjalani pemeriksaan kehamilan yang lebih kerap di bawah pantauan doktor supaya sebarang masalah dapat dipantau dan diberikan rawatan yang sewajarnya sepanjang kehamilan dan semasa proses melahirkan bayi kelak.
Sumber: norzizi zulkifli & drzubaidi.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Haura Kuat Lawan Sakit.” Mata Kiri Terpaksa Dibuang Akibat Derita Kanser Mata!
Kuatnya si kecil ini melawan sakit kanser mata yang dihidapi! Nur Haura Wasiqah anak kecil yang berjiwa besar. Anak kedua dari dua beradik ini baru berumur dua tahun, tapi dia telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Dia telah dikesan mempunyai kanser mata.
Sejak lahir, Haura telah mengalami masalah penglihatan mata di sebelah mata kirinya. Apabila dia mencecah umur dua tahun, dia disahkan mempunyai Kanser Retinoblastoma. Ikuti perkongsian, Puan Nur Wahyuni (Ayu)
“Haura anugerah terindah buat saya dan suami. Doktor dah sahkan dia buta sebelah kiri sejak lahir kerana kanta matanya separuh berbeza dengan kanta normal dan tiada retina. Setiap bulan dia perlu menjalani pemeriksaan dengan Pakar Mata dan Pakar Kanak-Kanak di Hospital Batu Pahat, Johor. Haura turut disahkan menghidap jantung berlubang. Terlalu banyak komplikasi yang dia hadapi ketika itu”.
“Bermula mac 2018, Haura mendapatkan pemeriksaan seperti biasa. Kemudian doktor kesan sesuatu dalam mata dia. Sebelum ni kalau doktor tengok cahaya dalam mata dia boleh tembus ke arah belakang, tapi kali ini doktor buat pemeriksaan dan dapati cahaya dalam mata dia dah tak boleh tembus ke arah belakang. Doktor kesan ada Crystal biji tanda awal kanser. Tapi keadaan mata haura ketika itu belum berair lagi, cuma size mata dia makin mengecil”.
“Doktor nasihatkan supaya buat Diagnostic cancer test di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selepas pemeriksaan, doktor dapati dia ada tanda Kanser Retinoblastoma tahap 2. Kanser ini biasa akan menyerang kanak-kanak bawah umur tiga tahun. Kemudian doktor, saya dan suami berbincang tentang keadaan Haura. Doktor sarankan supaya buang biji mata yang telah dijangkiti kanser, iaitu mata sebelah kirinya. Saya dan suami mengikut arahan dan saranan doktor. Raya ke-5 baru ni saya dan suami bertolak ke HKL” cerita ibu tabah ini.
Pembedahan Ditangguh Akibat Kurang Dana
“Pembedahan sepatutnya sebelum bulan puasa tahun ini (2018). Namun disebabkan kekangan dana, saya dan suami melanjutkan tempoh pembedahan. Pembedahan ini untuk gantikan mata di sebelah kiri dengan mata palsu”.
Pengorbanan Ulang Alik Ke Hospital
“Kami berulang alik ke hospital sejak dia lahir kerana masalah mata dia sejak lahir. Kami ke HKL dua kali untuk pembedahan dan follow-up di HKL. Sekarang setiap bulan kami perlu ke HKL dari Johor dan jika keadaan dia semakin baik kami perlu ke HKL dalam tempoh setiap 6 bulan”.
“Dari kecik mata dia sakit. Jadi kita reda, bila doktor sahkan dia kanser. Kalau ikutkan biarlah mata dia seperti dulu. Tapi sebagai ibu, saya takut matanya semakin teruk. Saya takut kuman merebak ke sebelah mata kanan, sebab mata sebelah kanan tiada masalah. Sekurang-kurangnya dia boleh teruskan hidup dengan satu mata. Kalau virus merebak, nanti dua-dua belah mata hilang penglihatan. Ini akan lebih menyukarkan dia.”
Dengar Nasihat Doktor
“Bila doktor cakap buang tu, kita ikut arahan doktor. Keputusan bersama, kami suami isteri bersetuju untuk membenarkan doktor buat pembedahan untuk buang sebelah mata. Mungkin ini yang terbaik untuknya. Kalau dibiarkan takut merebak dekat otak, hati dan jadi lebih parah. Jika kita boleh bantu apa yang patut, buatlah dan nasihat doktor”.
Haura Anak Yang Kuat
“Alhamdulillah Haura kuat. Daripada kecil dia dah biasa dengan satu mata jadi dia dah biasa. Haura dah boleh bercakap. Dia ada bagitahu sakit, dia menangis. Doktor ada bagi ubat tahan sakit. Kadangkala dia menangis, air mata keluar darah, hidung pun keluar darah sekali. Sekarang alhamdulillah luka dah kering, lebam mata pun dah baik. Keadaan sekarang dah ok, dah mula main dengan abang dia,” cerita Ayu tentang perkembangan Haura.
Reda Dengan Ketentuan
“Ini semua ketentuan Tuhan dan saya reda, kalau saya tak kuat siapa yang akan bagi sokongan pada Haura. Sekarang dia kecil lagi, bila dia dah besar, kalau kita tak kuat dan tak bagi kata-kata positif dan bagi semangat.
Nanti bila dia dah sekolah dia akan jadi putus asa bila dia berjumpa orang. Saya takut dia akan putus asa, jadi dari sekarang saya kena bagi dia kata-kata semangat. Memang sedih dan menangis, tapi depan Haura saya perlu kuat dan buat macam biasa demi dia”.
Nasihat Kepada Ibu Bapa
Semoga ibu bapa di luar sana lebih berjaga-jaga jika anak anda ada tanda awal kanser.
Sumber: Puan Nur Wahyuni
Jangan lupa saksikan Pa&Ma setiap selasa, jam 12 tengah hari & ulangannya jam 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Tajuk minggu ini sangat menarik iaitu “Wira Cilik Berjiwa Besar” dengan kupasan menarik daripada pakar-pakar & temu ramah ibu bapa anak-anak yang menghidap penyakit kanser.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI