Memiliki anak autism sering dianggap satu bebanan. Walhal dialah anugerah tidak ternilai dari Allah SWT buat kita yang tidak pernah kita tahu.
Perkongsian seorang ibu yang juga seorang doktor, Dr Izam Suziani ini menerusi akaun Tik Tok @drizamsuziani menyentuh hati ramai.
Apa yang dikongsikan ibu ini yang berhenti kerja daripada tanggungjawabnya seorang doktor ini wajar kita dengari sebagai terapi diri. Jangan jadikan anak autism kita beban kerana merekalah kebahagiaan kita.
Jangan sedih ada anak Austism. Hari ini saya nak bercerita pulak. Antara pengalaman yang menyentuh perasaan dan memberi kekuatan. Allah atur elok sangat pertemuan hari ini. Ada tak yang rasa macam saya?
Saya nak cerita satu kisah yang berlaku dalam tiga tahun lalu, masa tu anak saya baru je didiagnos ada autism.
Masa tu saya bawak anak no 2 pergi orentasi Tingkatan 1, sampai-sampai saya cari tempat duduk. Macam biasa semua tempat penuh, saya reda sebab saya tahu saya sampai lambat.
Ads
Ada sorang kakak ni panggil saya duduk sebelah dia. Lepas tu dia tanya,
Puan: Hantar anak ke, rumah kat mana? Saya: Ye Pn saya dari Bangi. Puan: Kerja kawasan ini ke? Saya: Eh tak, saya tak kerja. Puan: Kalau tak kerja apa? Saya: Saya cakap saya doktor. Puan: Allah sayangnya, kenapa tak kerja? Saya: Anak saya ramai Pn, enam orang. Yang kecik sekali itu baru je diagnos autism. Buat masa sekarang saya rasa biarlah saya jaga dia saja.
Baguslah itu, maaflah akak tak tahu. Adik ni beruntung sangat tau sebab Allah pilih untuk letak syurga dalam rumah adik. Terdiam saya.
Baiknya Allah, adik ni tak payah pegi jauh pun untuk buat pahala banyak-banyak. Dia bagi ladang pahala dalam rumah. Mata saya dah berkaca, tahan air mata.
Otak ni sentiasa dok fikir apa yang kakak tadi cakapkan. Lepas tu fikir sebab itu ke orang panggil anak syurga?
Ads
Sebab sejak kebelakangan ini bila tengok anak tu saya rasa bahagia sangat. Tak faham puulak kenapa.
Dulu saya selalu terfikir kesian dekat mak bapak yang ada anak syurga ni. Mesti terbeban kan tapi saya tengok anak sendiri saya rasa bahagia je rasa.
Bukan rasa tak mencabar langsung tapi dorang ni kan simple je, makan minum, tidur buang air, main. Kalau happy gelak, kalau sedih nangis. Very lovevable, nak peluk je.
Walaupun tak macam anak normal lain, cukup membahagiakan dengan anak-anak aku. Mungkin itulah yang dikatakan syurga dalam rumah.
Ads
Bila teringat balik apa akak tu cakap saya rasa macam bertuah sangat. Memang rasa syukur Allah pilih aku untuk ada anak istimewa ini. Sungguh Allah bagi anak istimewa ini untuk bantu kita masuk syurga.
Hasrat seorang wanita untuk melihat jenazah arwah ibunya yang baru meninggal dunia tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Setiu, Terengganu. Lebih menyayat hati apabila mangsa baru sahaja disahkan hamil selepas melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, arwah Nadia Fizatul Hanim Zamani berusia 23 tahun baru sahaja menerima berita gembira mengenai kehamilannya yang kini baru masuk usia tiga minggu.
Namun siapa sangka, Allah SWT lebih menyayanginya. Menurut ibu saudara mangsa iaitu Salmie Arshad, kemalangan maut itu berlaku semasa mangsa dan suaminya dalam perjalanan pulang dari Johor ke kampung di Kelantan untuk menzarahi jenazah ibunya.
Pulang nak ziarah jenazah ibu yang meninggal kerana sakit kronik di kampung di Machang, tetapi dia pula menyusul. Allah SWT menyayangi mereka berdua.
Menurut sumber, kereta Kancil yang dipandu suaminya, Muhamad Nazirul Rameli hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan. Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian depan tercampak keluar dari kenderaan itu.
Live location terhenti
Sementara itu, menurut Nurul Asiah Yacob iaitu ibu saudara mangsa memaklumkan mereka sekeluarga berasa tidak sedap hati selepas melihat ‘live location’ yang dikongsikan mangsa terhenti. Malah panggilan telefon juga tidak dijawab.
Kira-kira jam 4 pagi, ‘live location’ Nadia terhenti. Kami cuba menghubunginya tetapi gagal sebelum panggilan akhirnya dijawab oleh individu tidak dikenali dan memaklumkan Nadia bersama suaminya terbabit dalam kemalangan.
Difahamkan, mangsa sempat singgah berehat di sebuah stesen minyak kerana berasa pening disebabkan alahan mengandung. Pasangan ini kemudian meneruskan perjalanan sebelum kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berikutan daripada kecederaan parah di bahagian kepala. Difahamkan, jenazah mangsa dan ibunya disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Bukit Ajil, Machang, Kelantan.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki yang tak nampak tetapi situasi ini selalu berlaku dalam rumah! “Along…sudah tu. Jangan nyakat adik lagi. Kang ada yang menangis.” “Bek..bek..bek..bek..”, Along buat muka mengejek pada adiknya. “Uwekkk..” Angah balas dengan menjelirkan lidahnya.
Bingit rumah bila dua beradik ni saling melawan ejek. “Aduii…korang ni kan. Sudah sudah lah tu..Kalau nangis nanti, jangan cari mak. Mak dah pesan, bukan tak pesan.”
Tiba-tiba, “Waaaaa….”. Adik menangis. Aaaa…mak dah kata dah. Selesaikan sendiri. Mak tak nak campur. Pandai cari pasal, pandaila betulkan balik.”
Biasa tak jadi benda macam ni kat rumah? Ha..lagi bila pkp ni kan..semua dalam rumah. Musim raya pun ada je adengan usik mengusik, nyakat menyakat kan.
Sabru minal imann… Sabar itu sebahagian dari iman. Rezeki juga bila jadi begini. Rezeki yang nyata memang kita nampak. Namun rezeki yang tidak nyata memerlukan kita lebih peka dan bersyukur kepada sesuatu yang mungkin nampak remeh.
Contoh, anak-anak yang aktif, suka bermain dan bertanya, itu adalah rezeki yang tidak nampak. Kerana bila-bila masa sahaja itu boleh bertukar dan nauzubillah, kita akan azab jika ianya bertukar. Tidak dapat hendak dibayangkan jika anak yang aktif atau terlalu banyak akal itu jatuh sakit dan tidak bermaya untuk melakukan sesuatu, walaupun setapak berjalan.
Betul tak? Ala…cer pandang situasi tadi. Apa perkara yang boleh disyukuri?
Alhamdulillah anak-anak sihat.
Alhamdulillah anak-anak ada rumah untuk didiami.
Alhamdulillah anak-anak aktif dan cergas.
Alhamdulillah anak-anak sedang belajar bersosial lebih baik.
Alhamdulillah Allah sedang didik aku jadi mak yang lebih sabar.
Haa…nampak tak? Kalau nak senaraikan kesyukuran, banyak je perkara yang boleh disyukuri. Lagi satu rezeki yang tidak nampak adalah masalah yang kita hadapi setiap hari besar mahu pun kecil.
“Ehh…kenapa Ibu kata MASALAH pun REZEKI?” Ya rezeki tu, kerana tanpa masalah-masalah itu, kita tidak akan menjadi lebih baik dari semalam.
Contoh, jika anak-anak jatuh sakit dan kita tidak dapat tidur dan berehat langsung; tanpa kita sedar, kita diberi suatu kesabaran yang luar biasa dan kuasa yang sangat hebat sehinggakan, kita tetap boleh berfungsi dengan baik.
Malah, kita juga menjadi lebih rapat kepada Allah, kerana kepadaNya sahajalah tempat untuk kita menangis, meminta dan berdoa agar anak kita yang amat kita kasihi itu sihat kembali.
Fikir-fikirkanlah, dari mana datang segala kekuatan menyelesaikan masalah itu. Itu juga rezeki. Dan dariNyalah ia datang.
Jaga hati kita, jangan izinkan terbit dengki yang menjadi punca caci dan maki dan menghukum orang lain itu bertapak di hati itu. Bila hati kita bersih, kita nampak rezeki-rezeki Allah itu.
Anak-anak makan bersepah.
Alhamdulillah ada makanan untuk mereka makan hari ini.
Anak-anak panas dalam rumah kecil.
Alhamdulillah masih ada rumah untuk berteduh.
Anak-anak menconteng dinding.
Alhamdulillah sel-sel otak anak-anak berhubung dengan baik.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah..
Bila hati kita nampak rezeki-rezeki itu semua, kita menjadi lebih berlapang dada mendidik anak-anak kita. Cubalah buat perkara ini bagi yang belum biasa, nanti sayang akan merasakan kelainan yang sangat nikmat.
Cuti sekolah bakal tiba tak lama je lagi. Tentunya dah ada perancangan untuk bawa anak-anak bercuti ke mana-mana. Umrah juga biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil atau bersekolah.
Tapi senang ke nak bawa anak-anak yang masih kecil ke umrah tu? Ya lah mama dengan papa mestilah nak banyakkan beribadat sepanjang disana kan? Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Nur Shazareen Kamarozaman di Facebook miliknya, dia menyatakan memang mencabar bila menunaikan umrah dengan anak-anak. Tapi banyak juga keseronokan dan momen indah yang dapat diabadikan Bersama.
Dalam perkongsian tersebut juga, wanita ini berkongsi lima tip dalam mempersiapkan anak-anak sebelum menunaikan umrah Bersama-sama.
UMRAH BERSAMA ANAK-ANAK?
Umrah bersama anak-anak sememangnya mencabar. Tapi banyak keseronokan dan moment indah yang dapat dicipta.
Menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak sudah pasti persiapannya tidak akan sama dengan pergi hanya membawa diri sendiri sahaja. Anak-anak juga perlu mempersiapkan diri mereka sebelum ke sana. Biarlah mereka faham dan bersedia untuk sama-sama beribadah di sana kelak. Walaupun mungkin mereka tidak mampu memahami sebagaimana kita, tapi sekurang-kurangnya berilah mereka peluang mengenal ibadah umrah dan jatuh cinta pada Kaabah serta bumi Haramain.
Kita sebagai ibubapalah perlu bantu memberi kefahaman dan mempersiapkan diri mereka.
Ini antara perkara yang kami lakukan sebelum ke tanah suci :
1. MEMBACA BUKU KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN IBADAH UMRAH BERSAMA MEREKA.
Alhamdulillah, kebetulan saya pernah belikan anak-anak saya buku berkaitan tempat-tempat yang disebut di dalam al-Quran. Ia termasuklah Mekah, Madinah, Kaabah, Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Sambil melihat gambar-gambar dan ilustrasi di buku, saya menceritakan kepada Tuqo dan Taqi tentang sejarah dan maklumat berkaitan dengan tempat-tempat tersebut. Bagi saya, sekurang-kurangnya mereka sudah pernah mendengar nama-nama tempat tersebut dansedikit kisah tentangnya.
Contohnya apabila bercerita tentang Mekah, saya katakan kepada Tuqo dan Taqi bahawa Mekah adalah tempat kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW. Di Mekah juga nabi mula berdakwah. Tuqo pula memang suka sangat bila dengar perkataan ‘dakwah’. Seakan-akan menarik minatnya.
Kemudian saya ceritakan pula tentang Bukit Safa dan Marwah serta kisah penat lelah Saidatina Hajar berlari-lari membawa Nabi Ismail AS dan juga bagaimana wujudnya air zam-zam. Sungguh, ini antara kisah yang Tuqo sangat minat dan ingat. Apabila melihat reaksi dan responnya, seakan-akan dia tidak sabar untuk melihat sendiri Bukit Safa dan Marwah serta meneguk sendiri air zam-zam. Watak-watak seperti Saidatina Hajar juga Tuqo mampu hafal dan ingat peranannya dalam setiap kisah yang saya ceritakan. Inilah buktinya yang anak-anak dapat faham dan ingat dengan baik apa yang kita sampaikan.
Ya,mereka kelihatan seperti belum memahami. Tapi hakikatnya otak mereka sedang menerima dan mengingat dengan baik.
Selain itu, saya juga ceritakan tentang Madinah serta Raudhah sehingga membuatkan Tuqo sering meminta untuk dibawa ke Raudhah dan makam baginda Rasulullah SAW. Tak sabar-sabar!
2. TUNJUK VIDEO BERKAITAN IBADAH UMRAH
Video sangat membantu dalam mempersiapkan diri anak-anak. Ia seperti membuatkan jiwa anak-anak melompat tidak sabar mahu ke sana.
Selain itu, ia juga memberi kefahaman dan gambaran bagaimana ibadah umrah akan dilakukan seperti tawaf dan saie. Sekurang-kurangnya mereka tahu, bila sampai di Kaabah kelak, kita perlu tawaf. Tawaf itu pula maksudnya adalah mengelilingi Kaabah. Tidaklah bila sampai di sana kelak, anak-anak hanya melopong dan tertanya-tanya apa yang sedang dia lakukan.
Kalau anak-anak bertanya di sana, lagi payah nak menjawab. Mana mahu fokus ibadah, mana mahu menjawab soalan anak. Jadi sebaiknya, fahamkan anak-anak terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana.
3. SERING BERSEMBANG DAN BERCERITA DENGAN ANAK-ANAK TENTANG IBADAH UMRAH DAN KELEBIHANNYA.
Sembang secara santai itu lebih seronok. Di dalam kereta atau sambil berjalan-jalan. Bedtime story juga menjadi lebih seronok apabila bercerita tentang umrah. Barangkali mereka akan tidur dengan tenang sambil mimpi pergi ke sana mengelilingi Kaabah.
Sambil bersembang, kami kebiasaannya akan minta anak selitkan doa. Hati dan jiwa mereka masih suci. Harapan mereka terlalu tinggi. Sebaiknya kita ajar mereka supaya bergantung harap dengan Allah Yang Esa dan berdoa semoga Allah izinkan untuk ke sana kelak.
Maka akan kedengaranlah suara halus Tuqo berdoa,
“Ya Allah, kakak nak pergi Kaabah. Kakak nak minum air zam-zam. Kakak nak pergi Raudhah, nak jumpa Rasulullah”.
Kami juga turut menumpang doa dari Tuqo. Kami aminkan sama-sama tanda menyambut baik apa yang dipohon kepada Allah.
Kami jadikan topik berkaitan umrah ini sebagai topik utama perbualan kami untuk beberapa minggu sebelum berangkat. Kalau dah tak tahu nak cerita apa, kami ulang cerita yang sama. Dan saat itu, kami mula terkejut kerana Tuqo sudah pandai sambung sendiri apa yang ingin kami sampaikan. Itu merupakan satu kepuasan bagi kami sebagai ibubapa.
4. BAWA ANAK-ANAK SOLAT DI MASJID.
Untuk membiasakan diri anak-anak dan juga kami sendiri di sana kelak, beberapa minggu sebelum berangkat kami mula berlatih membawa Tuqo dan Taqi untuk solat di masjid.
Tujuannya bagi membiasakan Tuqo dan Taqi dengan suasana masjid, solat dan orangramai, dalam masa yang sama persediaan kepada kami bagaimana untuk membawa mereka bersama kelak ketika solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Ini seolah-olah latihan praktikal buat kami anak-beranak.
Pemilihan masjid yang sesuai juga penting. Bagi saya surau tidak berapa sesuai, kerana surau bersaiz kecil. Sedangkan Masjid Nabi dan Masjidil Haram tersangatlah besar. Sudah tentu kondisinya tidak sama.
Dari simulasi praktikal ini kami dapat sesuaikan diri dan mula mendapat sedikit gambaran. Perancangan asal kelak di Tanah Haram, Taqi akan bersama saya ketika solat manakala Tuqo pula akan mengikut suami saya memandangkan Taqi agak sukar berpisah dengan saya.
Tapi keputusan berubah setelah melakukan latihan simulasi solat di masjid. Taqi rupanya lebih behave apabila bersama abahnya. Kalau dengan saya, dia akan merengek dan minta didukung ketika saya sedang solat. Tapi apabila dengan abahnya, dia setia menungguabahnya solat dengan sangat sopan tanpa banyak ragam.Tuqo pula yang kian membesar sebenarnya memang sesuai bersama saya sebab mudah baginya untuk menyesuaikan diri dengan jemaah wanita yang lain.
5. PASANGKAN LAGU-LAGU NASYID BERKISAR UMRAH, HAJI, DAN BERKAITAN RASULULLAH SAW.
Untuk mencipta mood, saya kerap memainkan lagu-lagu yang berkaitan dengan Mekah, Madinah dan Rasulullah SAW yang kebanyakannya dinyanyikan oleh Maher Zain, Irfan Makki atau Opick seperti Medina, Labbaik Allahumma Labbaik dan Waiting For The Call.
Tiap kali mendengar lagu-lagu itu, perasaan seperti melonjak tidak sabar mahu pergi ke sana. Terasa benar rindu untuk menjadi tetamu Allah. Tuqo dan Taqi juga sering meminta supaya lagu-lagu itu tadi diulang-ulang. Seronok mereka menyanyi dan bertalbiah bersama.
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat membantu para ibubapa yang bercadang untukmembawa anak mereka untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Semoga Allah bakal menjemput kita semua menjadi tetamu-Nya tak lama lagi. Aminn..
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.