Bukan kuasa kita bila mana Allah takdirnya bayi dikandung pergi sebelum sempat melihat dunia. Begitu juga dengan anak kecil kita yang pergi dulu meninggalkan kita walau baru beberapa bulan dan tahun bersama kita. Pastinya ada hikmat disebaliknya yang Allah janjikan.
Sukar untuk diterima, sedih dan terasa kehilangan. Namun kita perlu redha dengan ketentuan ini. Bagi meredakan kegelisahan, kesedihan dan rasa kehilangan, Ustaz Sharhan Shafie kongsikan empat hikmah disebalik kehilangan anak. Mama papa perlu tahu.
Anak Masuk Syurga Tanpa Hisab
Hikmah pertama yang akan diperoleh di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam adalah anak tersebut akan langsung masuk ke syurga tanpa harus dihisab terlebih dahulu. Pasti orang tua akan senang mendengarkan hal ini, mereka akan bahagia kerana anak yang dikandungnya akan langsung masuk ke dalam syurga.
Memang musibah tersebut membuat hati terluka dan sedih yang luar biasa. Namun, orang tua akan bertemu dengan anaknya di akhirat kelak jika mereka juga masuk syurga.
“Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Anak-Anak Membawa Orang Tuanya Masuk Ke Syurga
Anak-anak yang meninggal sebelum dilahirkan atau meninggal sebelum baligh dapat menghantarkan orang tuannya ke dalam syurga. Tentu saja hal ini menjadi penyejuk meskipun hati tengah berduka. Kerana kelak akan berjumpa dan bersama-sama dengan buah hati yang dicintai di dalam syurga.
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!” Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman:
“Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”. (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)
Diriwayatkan dari Anas ra: ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anaknya tersebut, ”(HR Bukhori muslim).
Hikmah seterusnya di balik kehilangan buah hati adalah, Allah tidak pernah membebani sesuatu di luar kadar kesanggupan hamba-Nya. Pastinya perkataan tersebut sudah sangat biasa di telinga. Jadi mengapa sedih? Meski Allah memberikan cubaan yang berat, namun ingatlah Allah adalah zat yang Maha Adil dengan memberikan hikmah di balik setiap kejadian.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.’”
Allah Gantikan Yang Lebih Baik
Kredit: Ustaz Sharhan Shafie