“Sayang, jom ibu dukung” ujar Lia kepada anaknya Zara. “Tak nak, Zara nak ayah yang dukung!”, jawab si anak. Aduh, sedihnya hati ibu bila menerima jawapan sebegitu. Bagaikan tamparan padu hinggap ke wajah.
Fahami situasi
Mesti terkedu dan kecewa jika berdepan dengan situasi di atas, bukan? Keadaan itu merujuk kepada istilah child prefers one parent atau playing favourite di dalam konsep keibubapaan. Di mana anak lebih memilih untuk bersama dan rapat dengan salah seorang, sama ada ibu atau ayah sahaja.
“Anak tak suka aku ke?”, mesti akan timbul persoalan sebegini apabila di-reject oleh anak. Walau bagaimanapun, ibu atau ayah yang mengalami situasi ini, tidak perlu mengambil hati dengan apa yang berlaku. Ketahuilah ia adalah satu perkara normal yang berlaku kepada ibu bapa lain di luar sana.
Playing favourite
Apabila berlaku playing favourite, ia sebenarnya adalah satu petanda sihat dan positif terhadap perkembangan emosi dan kognitif si manja anda. Ini bermakna dia sedang meneroka kebebasan dalam perhubungan serta mempertingkatkan kemahiran untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang diingininya. Menguasai kemahiran ini bererti anak anda akan dapat membesar menjadi individu yang lebih berdikari.
Di samping itu, jika permata hati anda lebih memilih si ayah (atau ibu) berbanding anda, ini bermakna dia berasa selamat dengan anda dan yakin bahawa walaupun dia meluangkan masa lebih banyak bersama ayahnya (atau ibu), anda akan tetap menyayangi dan sentiasa ada buat dirinya.
Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila si manja menyedari bahawa mereka akan mendapat lebih perhatian jika bersama salah seorang ibu atau ayah dalam satu-satu masa. Ini logik, bukan? Rasa sebagai individu dewasa pun, sudah tentu kita mahukan perhatian apabila bersama seseorang.
Ads
Ubati hati ibu
Walau apa pun, sedikit sebanyak jika anda bukan favourite si manja, sudah tentu akan terasa juga. Ya lah, penat mengandung 9 bulan, si ayah juga yang dipilih, sedihnya hati ibu. Jadi berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh anda cuba. Moga-moga tidak wujud lagi istilah ‘pilih kasih’ pada si manja anda.
Bertenang
Perkara paling penting untuk mengubati hati ibu adalah untuk kekal bertenang dan jangan membiarkan situasi itu menjejaskan anda. Yes! Melakukan tidak semudah untuk melafazkannya. Tetapi anda harus sedar, bahawa ia adalah satu fasa yang bagus untuk perkembangan si manja. bersabar , okay?
Rutin baru
Cuba anda lihat rutin harian si manja. Biasanya situasi pilih kasih ini berlaku apabila si kecil lebih banyak menghabiskan masa dengan salah seorang ibu atau ayah. Jadi mungkin anda boleh cuba mengubah rutin harian. Jangan terlalu drastik, lakukan secara perlahan-lahan. Mungkin anda boleh mulakan rutin baru seperti menyediakan sarapan pagi di hujung minggu bersama.
Menyertai si anak
Menurut seorang profesor klinik psikiatri kanak-kanak dan kejururawatan di Yale Child Study Center and School of Medicine, di New Haven, Connecticut, Dr Kyle Pruett, “Ketika si comel bermain, cuba untuk meluangkan masa untuk melihat mereka bermain. Kemudian tanyakan sama ada anda boleh turut sama bermain.”
Ads
Peluang untuk anda menyertainya bermain akan ada jika anda duduk di lantai bersamanya dan mengikuti arahannya ketika bermain. Jadi mungkin anda boleh mencubanya.
Kerjasama
Ketika sedang melakukan tugasan rumah seperti menyapu sampah atau menyiram pokok, cuba untuk mengajak si kecil melakukan bersama anda.
Masa bersama
Wujudkan satu tempoh waktu secara berkala untuk melakukan satu aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. It does not need to be fancy. Sekadar meluangkan masa membaca buku cerita pun sudah mencukupi.
Terus menyayanginya
Jika masih tidak berjaya memenangi hati si manja, bersabarlah. Ia bukanlah kayu ukuran yang boleh menilai rasa sayangnya kepada anda. Keadaan ini biasanya hanyalah untuk sementara sahaja.
Ads
Walau apa pun, pastikan anda terus mengasihi dan menyayanginya. Hindari daripada melepaskan rasa tidak dihargai itu dengan memarahi si kecil, ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jangan mengalah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Anak selesema akan disusuli dengan sakit tekak dan batuk-batuk dengan kerap. Sebenarnya tak perlukan ubat pun nak pulihkan sakit tekak anak. Sebagai salah satu usaha adalah dengan perkongsian doktor kita ini. Cuba dulu dan lihat hasilnya.
Dr Ezairy M Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak (ENT) kongsikan cara semulajadi redakan sakit tekak anak. Mama papa pun boleh amalkan cara ni. Berkesan!
BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?
Ramai ibu bapa masih belum tahu bahawa apabila anak kita kerap mengalami masalah sakit tekak dan batuk-batuk, kita boleh beri mereka kumur dengan air garam. Walaupun mereka tertelan sedikit, tiada masalah yang kita perlu risau.
Ambil air suam campur dengan setengah sudu garam. Ramai pesakit saya dah cuba, berhasil. Boleh lakukan di rumah sahaja.
Kalau di hospital, kami akan beri gargle, throat spray atau lozenges. Semua ini dapat membantu meredakan sakit. Untuk rawatan spesifik, perlu kepada pemeriksaan. Jumpalah doktor anda. Kami akan bantu.
Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.
Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?
Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna.
Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.
Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.
Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.
Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling.
Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Kredit: Dr Ezairy M Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan limitkan tugas suami tu, hanya keluar mencari rezeki. Ingat seorang suami yang baik dan jadi kebanggaan anak isteri adalah yang langsung tak berkira dan beri layanan baik keluarga.
Jika anda rasa balik rumah, bagi duit pada anak bini, beli barang keperluan mereka, then cukup tanggapan ini silap. Jangan fikir bila buat semua tu kita dah boleh buat apa yang kita suka. Nak keluar hujung minggu dengan kawan-kawan, nak melepak smpai pagi di kedai mamak, nak main HP sampai lebam mata.
Jika suami dah tunaikan bab bagi nafkah keperluan tu alhamdulillah. Dah keluar, dah cari rezeki, dah bawa balik “rezeki” tu untuk dikongsi anak isteri…sekurang kurangnya, satu bab dah selesai…
Bab kerja-kerja rumah? Bab mendidik anak-anak? Bab menjaga dan memahami hati isteri?
Bab ni pun, kalau boleh, buatlah sekali…jangan letak limit atau had, “aku dah cari rezeki, aku dah bagi duit kat kau, maka kau nak apa lagi…”
“Apa lagi yang tak cukup?”
Bukan tak cukup, tapi ianya juga memerlukan penglibatan dan sumbangan dari kita sebagai seorang suami…percayalah, setelah balik mencari rezeki, kita masih ada kudrat untuk buang sampah, kemas rumah, cuci pinggan, lipat kain dan sebagainya…
Kita juga masih ada tenaga untuk ajar anak-anak, mendekati, bermesra dan menggauli anak-anak kita.
Bab mendengar dan memahami isteri pula, tak perlu kudrat dan tenaga, hanya perlukan masa dan telinga untuk mendengar apa yang nak diluahkan dan diceritakan isteri, seterusnya memberi pandangan, pendapat serta nasihat…
Hal ini sebenarnya dah cukup untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia…anak-anak membesar dengan baik, isteri rasa dirinya dihargai dan keluarga kita tenang serta aman daripada sebarang permasalahan…
Simple bagi yang selalu buat, tak simple dah menyusahkan bagi yang tak pernah buat atau tak nak buat…
Skop seorang suami dan ayah itu luas…jangan limitkan hanya dengan keluar mencari rezeki…wallahualam.
Dalam keadaan sekarang ini, gajet antara keperluan utama anak-anak. Seawal usia setahun pun dah ramai ibu bapa mula berikan anak gajet. Betul anak boleh belajar melaluinya namun jika tak dikawal penggunaan tersebut boleh memberi masalah akan datang
Bukan itu sahaja, screen time yang berlebihan boleh menyebabkan rasa ketagih dan menyebabkan risiko penyakit lain. Bagi ibu bapa yang masih mencari penyelesaian untuk mengawal penggunaan gajet ada satu aplikasi khas boleh digunakan.
Gambar Hiasan
Bagusnya aplikasi ini adalah ibu bapa atau adik beradik boleh mengawal penggunaan gajet anak atau adik-adik walaupun berada di mana-mana jika rasa penggunaan itu melebihi had.
Seperti perkongsian Ummu Haura yang memilih menggunakan Family Link untuk mengawal telefon adiknya. Dia juga menjelaskan adiknya berada di Perak dipantau olehnya yang tinggal di Selangor atas permintaan ibu bapa.
Saya control telefon adik guna aplikasi family link. Saya boleh block aplikasi YouTube dari jauh. Adik di Perak, saya di Selangor. Atas permintaan ibu ayah saya memandangkan telefon mak ayah saya pun diaorang pandai buka dan godek.
Jadi, mak saya minta saya yang jaga. Kalau overuse, saya akan lock terus telefon tu tak boleh guna dan remind kan dia untuk fokus buat homework & hafazan(dia ada join program hafazan).
Gambar Hiasan
Apa-apa aplikasi yang dia nak install, saya rate kan siap-siap only 3+ kids sahaja boleh install tanpa asking permission. Kelebihan dia macam tu lah. But kelemahan dia, saya tak dapat tengok apa jenis video yang dia tonton.
Dekat rumah, ada Family Link (install dari PlayStore, kena buat di phone anak dulu guna emel). CCTV (boleh keluarkan voice cakap dengan anak, nak sound ke nak tegur ke nak pesan apa-apa ke)
**Nak dapatkan bahan pembelajaran anak yang menarik, boleh beli di sini
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.