Melalui facebook Tiffany dari US, yang keguguran bayi dia telah memuatnaik gambar anaknya yang telah meninggal (photo). Apa tujuan dia sebenarnya? Dia ingin menyampaikan pesanan kepada semua ibu diluar sana bahawa jangan bersedih sekiranya anda pernah kegugurkerana anda juga seorang ibu yang melahirkan anak-anak syurga! Anda patut bangga dan bersyukur katanya.

Berikut adalah kata-kata Tiffany..

“Jangan Sedih Kalau Anda Gugur” Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak-Anak Syurga

Facebook / Tiffany Burns

“This is my hand. Holding my sweet baby, Ezekiel. I delivered him on January 20, 2016. His heart stopped at 11 weeks 2 days. He had a heartbeat. Such a sweet sound. He had life! He was not a blob. He was not just a clump of cells. He was formed. Perfect. Look at the details. His sweet fingers. Toes. I am blessed to be his mother.”

“Ini adalah tangan saya. Saya memegang bayi comel saya, Ezekiel. Saya melahirkannya (gugur) pada 20 Januari, 2016. Degupan jantungnya terhenti ketika dia berusia 11 minggu 2 hari. Memang ada denyutan jantung. Masih kedengaran ketika itu. Inilah kehidupan. Dia bukan segumpal darah..dia juga bukan hanya sel telur..dia mempunyai tubuh badan yang lengkap. Sempurna. Jari jemari dia..kaki2 dia..Lihatlah..Sebagai seorang ibu..saya bersyukur melahirkan dia..”

Ingin Hamil Semula Lepas Keguguran?

Pengalaman menyedihkan dan rasa kosong akibat keguguran boleh membuatkan seseorang wanita itu berasa serik mencuba untuk hamil semula. Akan tetapi, untuk anda yang masih inginkan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan, berikut disediakan beberapa tips untuk anda hamil semula dengan selamat selepas keguguran.

Ads

“Jangan Sedih Kalau Anda Gugur” Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak-Anak Syurga

Pulihkan semula rasa kehilangan

Kehilangan bayi dalam kandungan sukar untuk dihadapi. Jadi, persediaan emosi adalah amat penting untuk setiap ibu. Wanita yang mengalami keguguran akan rasa lebih lemah dan berdebar-debar untuk mula hamil kembali.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Walaupun tiada sebarang cara mudah untuk berhadapan dengan ketakutan menghadapi satu lagi keguguran, namun dengan bersikap terbuka kepada pasangan anda dan doktor mungkin boleh membantu anda melalui masa-masa genting sebegini. Janganlah putus asa untuk mencuba hamil kembali. Jika anda tiada masalah kesihatan yang menghalang anda untuk hamil, peluang untuk kehamilan berlaku semula adalah tinggi.

Ads

Pilih masa yang betul

Selepas keguguran, anda dan pasangan berkemungkinan mengalami kesukaran untuk bersedia dengan kehadiran bayi baru. Bagaimanapun, jika kedua-dua anda sudah bersedia, anda perlu mengira masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim.

Bersama dengan suami pada waktu yang tepat adalah kunci yang boleh membantu anda hamil dengan cepat dan selamat. Sebaik sahaja anda tahu waktu bila anda akan mengalami ovulasi dan telur anda akan dilepaskan, anda sudah boleh merancang kehamilan dengan sewajarnya. Melakukan hubungan seks terlalu awal atau terlalu lambat boleh menurunkan peluang anda untuk mudah hamil.

Tambahan pula, sperma hanya boleh bertahan selama tiga hingga enam hari dalam tubuh anda, sementara telur pula hanya boleh bertahan selama satu hari. Jadi, anda perlu melakukan hubungan seks satu atau dua hari sebelum ovulasi. Kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan juga menyarankan pasangan untuk melakukan hubungan intim selang sehari jika anda tidak boleh mengagak bilakah waktu ovulasi anda. Ini akan menambahkan peluang anda untuk segera hamil.

“Jangan Sedih Kalau Anda Gugur” Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak-Anak Syurga

Ads

Kesan jendela kesuburan anda

Cara lain untuk berjaya hamil adalah dengan mengetahui masa ovulasi anda. Peluang anda untuk hamil terletak dalam masa lima hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi tersebut. Akan tetapi, bagi mengenal pasti hari ovulasi mungkin sedikit mencabar. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi masa sebenar ovulasi anda, termasuklah tekanan dan aktiviti fizikal yang berlebihan.

Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mengenal pasti waktu ovulasi anda, termasuklah:

  • Periksa kalendar: Kaedah ini sesuai jika anda mengalami haid teratur dan stabil. Pertama, kenal pasti bilakah waktu haid anda seterusnya akan bermula. Tandakan hari tersebut. Jika kitaran haid anda 28-hari, maka anda berkemungkinan mengalami ovulasi pada hari ke-14.
  • Kesan suhu badan anda: Suhu asas badan adalah suhu tubuh terendah dalam tempoh 24-jam. Beberapa hari selepas ovulasi anda, suhu asas badan anda akan meningkat. Anda boleh menggunakan termometer untuk mengukur suhu asas badan. Peluang kehamilan anda akan menjadi lebih tinggi semasa dua hingga tiga hari sebelum suhu badan anda meningkat.
  • Perhatikan perubahan dalam lelehan faraj: Pada hari-hari biasa, anda akan mengalami sedikit lelehan faraj dan rasa kekeringan. Namun, semakin dekat anda dengan waktu ovulasi, anda akan mengalami lebih banyak lelehan mukus serviks. Lelehan ini akan kelihatan jernih, berlendir, dan meregang seperti telur putih.

Sebelum mencuba untuk hamil semula, adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca yang menyebabkan anda mengalami keguguran sebelum ini. Dengan mengetahui keadaan kesihatan anda dan mendapatkan rawatan yang betul boleh membantu anda untuk berjaya hamil.

Sumber: Tiffany Burns, Hello DoktorMisteri Alam de Paranormal

“Jangan Sedih Kalau Anda Gugur” Anda Juga Seorang Ibu Yang Lahirkan Anak-Anak Syurga

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI