Apabila kita sebagai ibu bapa sudah bertukar menjadi singa, menjadi naga, atau menjadi harimau mengaum kerana berhadapan dengan kerenah anak, kelembutan itu sukar untuk kita praktikkan walaupun dalam hati penuh dengan kasih sayang.
Berbeza dengan pendekatan yang selalu kita dengar, iaitu ‘pukul kerana sayang’, menurut Ustaz Syaari pengulangan panggilan “Ya Bunayya” (wahai anakku yang disayangi) adalah tanda “aku berpesan kerana sayang kepadamu wahai anak.”
Begitu juga apabila Nabi Ibrahim a.s ulang menyebut “Ya Abati” yang bermaksud “Wahai ayahanda yang dikasihi” walaupun ayah Nabi Ibrahim seorang penyembah berhala.
Nabi Ya’qub juga memanggil anak-anak Baginda dengan panggilan “Ya Bunayya” apabila meminta mereka mencari Nabi Yusuf dan Bunyamin walaupun merekalah yang berkomplot jahat terhadap saudara mereka sendiri.
Berlembut dengan kerenah anak yang menguji kesabaran memang payah. Bersabar dengan kerenah anak memang sukar. ‘Easier said than done’.
Ads
Bertukar menjadi hijau atau menjadi ‘Momster’ lebih mudah berbanding sabar dan berlembut.
Pengulangan panggilan dengan kelembutan menggambarkan kesungguhan untuk menyeru kepada kebaikan walaupun anak menunjukkan respon yang negatif.
Ads
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah berusaha melakukan yang terbaik dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa.
Anak mungkin tidak akan menunjukkan perubahan dalam masa yang singkat. Ataupun mungkin anak terlalu sukar untuk berubah terutamanya yang sudah remaja ataupun dewasa. Tetapi sekurang-kurangnya kita terus berusaha, termasuklah usaha untuk berlembut dan bersabar.
“Hidayah dalam hati anak-anak adalah di tangan Allah”. (ms 62)*
Ads
Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy
*Rujukan:
Indahnya Pesan Luqman Al-Hakim
Ustaz Syaari Ab Rahman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Faralyna Idris berkongsi video sambutan hari jadi anak keduanya menerusi laman Instagram.
Wajah anaknya yang sangat teruja menerima bugkusan hadiah menarik perhatian ramai. Menurut Fara, dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak terutama berkenaan kehendak anak-anak.
“The scream, that look, & the smile at the end”
“BondAyah memang tidak biasakan dengan “asal nampak, kena beli atau bila lalu depan any toys shop, anak sebut “nak nak nak”, kita terus “beli lah, beli je.”
“Dari kecil, mereka dah biasa dengan ‘ada masa boleh beli, ada masa tidak.”.
“Termasuklah bila birthdays. Bukan setiap kali birthday akan dapst hadiah atau perlu ada birthday party.”
“Yes. BondAyah tetap akan celebrate and be there with them on their birthday tapi tidak semestinya perlu ada cake & blow candles maksudnya.”
“Dengan itu, anak-anak memang akan ‘over-excited’ setiap kali dapat hadiah & kalau ada ‘surprise’ apa-apa untuk diorang”
Tambahnya lagi, dia cuba untuk mendidik anak-anak erti syukur dan menghargai setiap perkara yang berlaku.
“BondAyah harap, mereka membesar dengan cara ini, kami dapat mengajar & pupuk rasa “syukur” & “hargai” tu dalam diri mereka sejak dari kecil. Supaya mereka akan lebih mengenal & faham utk lebih bersyukur & menghargai setiap satu perkara yang berlaku/hadir dlm hidup mereka.”
“Kita selalu dengar orang cakap, kecik lagi lah. bukan diorang faham apa-apa lagi.”
“Tapi hakikatnya, dari kecil lah kita perlu mula usaha untuk bentuk mereka kan? Kita usaha. Yang lain kita serah pada Dia Yang Maha Kuasa.”
“Cuba kita jangan biasakan apa yang biasa tu. Kita cuba. Okay?”
Rata-rata warga maya mengucapkan selamat hari lahir buat cahaya mata kedua Faralyna beserta doa buat si comel ini.
Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.
Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan. Semuanya bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah anak mencapai umur yang matang.
Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim. Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.
Namun ia bukanlah mustahil. Untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, kita perlu bersedia dengan ilmu yang mencukupi dan menjadi model yang terbaik agar anak-anak kita sentiasa berjiwa besar dan berakhla mulia.
1. Memberi Didikan Akidah
Perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman ialah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhluk-Nya yang bernama manusia.
Iman ialah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seorang insan bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Usah bertangguh untuk mendedahkan anak-anak dengan akidah dan iman. Mereka sudah boleh menerima didikan iman sejak kecil mengikut tahap kemampuan mindanya.
2. Didikan Adab & Akhlak
Akhlak yang baik sebenarnya bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.
Anak yang bersopan menjadi penyejuk mata kepada ibu bapa dan orang lain. Tingkah lakunya mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya.
Bercakap dengannya akan menarik perhatian dan menggembirakan hati.
3. Didikan Membina Pemikiran
Ibu bapa sebenar akan menjadikan ilmu sebagai elemen penting dalam pembentukan keluarga.
Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa untuk mewarnakannya dengan warna fitrah.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat.
Tidak dinafikan, ilmu akademik adalah penting dalam dunia hari ini. Namun sebaiknya kita mengisi jiwa anak kita dengan mengenal al-Quran terlebih dahulu.
Selain itu, anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif. Pemikiran dan sikap proaktif yang perlu dibentuk oleh ibu bapa adalah:
Anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya. Setiap apa yang disuruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya.
Mengajar anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain, dibentuk melalui latihan kepada anak-anak untuk membuat keputusan.
Anak-anak perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya, tidak suka menuding jari menyalahkan orang lain dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri. Inilah sifat proaktif yang perlu disemai dalam diri mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
4. Didikan Kecerdasan Emosi
Selain daripada membina kekuatan pemikiran anak-anak, ibu bapa juga perlu serius untuk membentuk emosi cemerlang dalam diri anak-anak.
Antara perkara utama yang perlu dipupuk ialah pembinaan keyakinan diri anak-anak.
Keyakinan diri ialah perasaan yang teguh dalam jiwa seseorang yang meletakkan kepercayaan tinggi bahawa dia boleh berjaya, lantas menjadikannya bersemangat dan berani untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Di sini adalah panduan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak-anak:
Anak-anak perlu dibiasakan dengan budaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi.
Galakkan anak berinteraksi dengan berani dan bebas
Ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di sekolah, baik dalam kelas mahupun dalam aktiviti kokurikulum
Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah.
Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu
Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa.
Kejayaan dalam mendidik anak bukanlah bergantung kepada ilmu parenting semata-mata. Apa yang paling penting adalah kita sendiri menjadi contoh atau role model, dan mengamalkan sendiri apa yang kita terapkan kepada anak-anak.
Sebagai contoh kita mahukan anak kita menjadi seorang rajin, tetapi kita sendiri sering menangguhkan kerja dan selalu menghabiskan masa dengan smartphone ataupun rancangan TV.
— Jika anda sendiri gagal mendidik diri, bagaimana anda boleh mengharapkan anak menjadi lebih baik dari anda? Kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak kita.
Mereka akan meniru segalanya tentang kita, daripada cara bercakap sehinggalah apa yang kita bagaimana ke saat kita tidur. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh mereka.
Ibu bapa yang pintar sentiasa cuba menyesuaikan setiap ilmu parenting yang dipelajari dengan keperluan situasi anaknya, dan memperbaiki kaedah didikan mereka dari masa ke semasa.
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasalah anak kedua ni banyak perangai yang akan buat kita naik angin. Sebenarnya anak kedua ni ada satu karakter yang sangat kuat dan mereka juga tekad berusaha bila menginginkan sesuatu. Tidak dinafikan dengan personaliti mereka itu, kadang-kadang banyak orang yang menggangap anak kedua ni degil. Sebenarnya mereka tidaklah degil dan kita sebagi ibu ayah kena cuba memahami mereka.
Menurut penulisan dari En. Mohd Fhais Salim, sangat mudah untuk ibu ayah trigger dengan perangai anak kedua. Ia kerana mereka ada masanya seperti keras kepala, susah dihalang dan akan ada je jawapan jika ditegur. Ikuti penjelasan penulis keibubapaan ini dengan lebih lanjut:
Kadang senang nak salah faham dengan Second Born Child (anak nombor dua) ni. Dari luaran memang kita mudah trigger dengan perangai dia. Sangka degil rupanya bukan. Memang birth order anak kedua ni buat perangai dia agak sedikit,
– keras kepala
– susah ditegah
– kuat bentak
– kuat melawan
– self-centered
Tapi itu tak bermakna dia degil tau. Jangan salah faham. Yang sebenarnya itu la karakter second born child. Dia bukan degil tapi dia ada karakter yang,
– kompetetif
– strong will
– suka menang
– benci kalah
– kuat gaduh
– tak suka diarah-arah
Macam degil, tapi bukan degil. Tak dinafikan, budak ni paling banyak buat kita mengucap & menguji kesabaran. Selalu berdoa di beri kekuatan, hanya Allah sahaja tempat bergantung. Sungguh!
Nak mendidik anak ni bukan sahaja kena kuat sabar, tapi kena kuat iman juga. Saya yakin, bahawa di sebalik kedegilan anak anak kita ini tersembunyi hikmah besar yang bakal beri manfaat pada kita kelak. InsyaAllah..
Orang kata degil degil anak kedua ni, dia la anak paling setia dan paling ingat orang tua nanti.
Wallahu A’lam.
Bila dah baca penulisan En. Fhais ni barulah kita ada idea macam mana perangai anak kedua ni. Mungkin selepas ini, kita akan lebih mudah nak handle mereka. Tak perlu gunakan kekerasan kerana anak kedua sebenarnya mempunyai sisi lembut yang mudah tersentuh.
Jika ibu ayah bijak menggunakan permainan psikologi dan emosi, pasti hati mereka ‘tercuit’ dengan teguran yang kita berikan.